4

64 7 0
                                    

BARU sahaja aku ingin menjerit, lelaki itu segera meletakkan jari dibibirnya walaupun aku tidak berapa nampak.

Gila. Sudahlah berpakaian serba hitam. Siapa sahaja yang tidak menjerit jika berdepan dengan orang sebegini. Kalau dia mahu culik aku bagaimana?

Aku tidak mempunyai sebarang seni pertahanan diri untuk berlawan dengan orang jahat.

"Cik, saya tak berniat mahu apa-apakan cik. Cuma saya nampak tadi cik macam ada masalah. Cuba cerita dekat saya, manatahu cik rasa ringan sedikit. Lagipun saya tidak mahu ada kes bunuh diri malam ni." Ayat terakhirnya membuatkan aku yang sedang menconteng pasir menggunakan ranting terhenti sebelum mencerlungnya tajam biarpun dia tidak nampak.

"Saya tak gila lagi nak bunuh diri," aku membuang pandangan ke arah laut yang ditemani dengan ombak yang sambung-menyambung.

"Ceritalah, saya stranger. Bila saya stranger, sudah tentu saya takkan cerita dekat orang." Aku berfikir sejenak memikirkan pendapatnya.

Ada betulnya juga.

"Saya ada tunang," aku mula membuka cerita.

"Okay" dia membalas ringkas menandakan dia sedia untuk mendengar cerita aku.

"Saya bertunang atas pilihan mak saya. Jadi saya tak kenal dia, malah nama dia pun saya tak tahu. Mungkin saya boleh terima dia tapi pada masa yang sama.."

"Awak tak yakin dengan dia?" soalnya.

"Bukan, saya tak move on dengan masa lalu. Yang bodohnya, dia bekas teman lelaki saya ketika umur saya 17 tahun dan sekarang saya hampir mencecah umur 26 tahun."

Lelaki itu diam. Memberi ruang lagi untuk aku bercakap.

"Separuh hati saya membenci dia, manakala separuh lagi masih sayangkan dia. Saya takut, kalau saya dah kahwin nanti lelaki itu datang balik. Mampu ke saya setia dengan suami saya nanti? Dan apa yang lebih teruk, mesti dia akan kecewa dengan saya, kan?" tanya aku, lebih kepada bertanya kepada diri sendiri.

"Awak tak bodoh. Itulah cinta, kita tak dapat expect apa yang kita akan rasa. Saya ada soalan, macam mana kalau tunang awak itu merupakan bekas teman lelaki awak?" soal lelaki misteri itu pula.

Hampir terputus nafasku. Mustahil!

"Mustahil. Yang saya tahu lelaki itu memperkenalkan dia dengan nama Am manakala bekas teman lelaki saya pula nama dia, Aryan." Terang aku.

"Jodoh itu datang tanpa disangka. Awak kena terima itu. Tidak kisahlah dia bekas teman lelaki awak ataupun lelaki baru. Awak cuba mana yang mampu, selagi awak boleh move on, awak buat. Buang yang keruh, ambil yang jernih." Nasihat dia. Sesekali aku mendengar dia terbatuk. Suaranya juga jelas menunjukkan yang dia tidak sihat.

Seperti ada atau tidak saja suara dia.

"Awak sakit?" tanyaku.

"Tak sihat sikit. Saya busy uruskan hal pengilangan syarikat." Aku hanya mengangguk faham.

Mesti bos dia jenis yang tak ambil tahu pasal pekerja kan. Yang dia tahu asal kerja siap! Kejam!

"Mesti bos awak kekwat" ujarku ringkas.

"Ha?"

"Bos awak, mesti dia jenis yang memaksa siapkan kerja tanpa fikir pekerja dia sakit." Terang aku panjang lebar.

Lelaki itu ketawa kecil,

"Nampaknya begitulah, kut."

TIGA pagi. Jam tiga pagi baru aku sampai ke rumah. Dengan cermat aku mengakses kad untuk unlock pintu.

Siapa hendak kisah jika aku pulang awal atau lewat? Sudah sememangnya aku tinggal bersendirian.

Seperti yang lelaki tadi itu kata, anggap sahaja kami berdua stranger, buktinya, kami lansung tidak bertukar nombor telefon.

Baguslah begitu. Aku pun malu kerana dia sudahpun tau apa yang sedang bermain dalam fikiran aku tadi.

Bunga Baby's-Breath aku letakkan di atas meja makan. Setahu aku, bunga ini lambat mati. Dan kalau mati sekalipun, masih boleh disimpan bunga keringnya.

Tanpa termenung panjang, aku segera melangkah kedalam bilik sebelum membuka lilitan tudung yang kemas terletak di kepala dan mencampakkannya ke dalam bakul baju.

Wardrobe yang terletak disebelah tandas aku tuju lalu tangan menyelak pintu gelangsar untuk masuk ke dalam untuk mengambil baju tidur untuk diganti selepas mandi.

Sambil membilas badan, aku memikirkan semula kata-kata lelaki tadi. Akal fikiran memilih untuk move on manakala hati memilih sebaliknya. Aku memejamkan mata seketika. Tiada siapa yang tahu tentang isi hati ini sejak dulu.

Tiada.

Memori lapan tahun lalu tanpa sengaja menjengah di kotak ingatan semula membuatkan luka yang lama kembali berdarah.

Aku.. aku pun tidak tahu apa sebenarnya yang aku nak.

Duit? Aku sudah mempunyai pendapatan sendiri. Kereta idaman? Aku sudah berjaya membeli Mercedes-AMG itu. Rumah impian? Buktinya kondominium yang sedang aku diami sekarang.

Aryan. Aku.. rindu dia.

Entah bagaimana rupa parasnya sekarang. Masih sama ataupun tidak? Ataupun mungkin wajahnya makin matang.

"I think I've crush on you." Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba lelaki ini datang di hadapanku sekarang dan meluahkan perasaan dia.

Aku garu kening. Biar betul mamat ni?

"Kau salah orang ke? Dan.. kita kenal ke?" tanya aku berhati-hati. Nasiblah sekarang ini tidak ramai orang. Aku pun tidak mahu malukan dia dihadapan khalayak ramai.

Sebab yang pertama sudah tentulah kerana aku tak kenal dia!

Aku hanya memerhati dia yang sedang menunduk malu. Dari segi pemakaiannya yang berkemeja putih lengkap bersama tali leher, tahulah aku yang dia ini merupakan seorang pengawas.

Hujung baju juga disinsing sehingga ke lengan menampakkan urat lengannya.

Fokus, Arya. Menyempat kau usyar dia?

"Kita.. tak kenal. Just.. aku nak kau tahu yang aku suka kau. Aku pergi dulu," tanpa menunggu jawapan aku, terus dia berjalan meninggalkan aku yang terkebil-kebil di sini.

"Arya! Kau taknak pergi lab ke? Teacher dah tunggu!" Laung rakan sekelasku.

"Tunggu aku!" Aku laung kembali sambil berlari ke arahnya.

"Kau kenal tak lelaki tadi?" Tanyaku. Mesti Afiya kenal kan sebab dia sudah lama bersekolah disini?

"Oh tu. Tu Aryan. Kelas atas. Dia atlet rumah kuning, budak-budak MSSD dengan MSSK juga," terangnya panjang lebar.

Aku hanya mengangguk faham. Patutlah postur badannya agak.. bagus.

"Kenapa kau tanya?"

"Dia confess tadi" balas aku selamba.

"Apa?!"

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now