6

58 7 0
                                    

"THE first stage of cheating is when you starts to contacting them. Serentak, awak mula tanam perasaan tu kepada dia instead of me, Aryan Hameen." Tegasku.

Mata bertentang mata. Jika matanya terbias dengan tatapan yang.. penuh kesesalan? Lain pula aku yang menatapnya dengan tatapan yang marah dan kecewa.

"Kadang-kadang Aryan terfikir kalau suatu hari nanti, Arya sudah ada orang lain. Tanpa sebab, Aryan jadi cemburu." luahnya jujur.

"Oh. What about me? What about me being jealous seeing you having crush on someone else? Arya tak cemburu?" soalku bertalu-talu.

Tanpa menunggu dia membalas, aku menyambung lagi,

"Bagi Aryan, ada kawan perempuan itu remeh. Tapi cuba Aryan ingat balik, Aryan cemburu bila Arya rapat dengan kawan lelaki Arya. Same goes to me. I'm jealous too."

Remeh bukan sebab kami bertengkar?

Nampak bodoh bertengkar hanya disebabkan hal ini.

"Aryan minat perempuan lain semasa Arya masih lagi menjadi teman wanita Aryan. Are you dumb? I think it's my time to leave." Aku melarikan pandangan ke tempat lain tatkala melontarkan ayat terakhir. Mengelakkan diri daripada dia ternampak mataku yang sudah mulai berkaca.

"I.. I don't know how to react right now, Arya. I don't know if I really want you to go," lirihnya perlahan.

Aku memicit dahiku kasar di depan dia, menandakan kesabaranku sudah mencecah tahap yang sepatutnya.

Huh?

"For a god sake, Aryan! You need to help yourself first, Aryan! Aryan sendiri tak tahu Aryan nak apa and now Aryan bertegas yang Aryan susah untuk lepaskan Arya. You ask me, to teach you to not break any hearts. Tapi bila Arya ada untuk ajar Aryan, Aryan lari. Aryan bagi silent treatment. You pushed me away. But still, after all of those shits, I'm staying with you, by your side. Walaupun Aryan tak sedar pun." Aku menghela nafas.

Hubungan ini melelahkan.

"Where am I bila kawan-kawan Arya minta Arya untuk jauhkan diri daripada Aryan? Dekat sini. Aryan masih tak nampak Arya. Entah-entah Aryan rimas kan dengan Arya?" sinisku, lebih kepada memerli diri sendiri.

"I'm sorry," aku mengangkat sebelah kening. Dia fikir dengan maaf itu boleh ubah semua keadaan ke?

"Sepatutnya Aryan tak patut minta maaf. You should change yourself first. Sorry without any actions is a big manipulation." Dia mengetap bibir. Terdiam dengan kata-kataku lagi.

Aku menyentuh bahunya, lalu mengalihkan mukanya agar memandang ke arah aku.

"Aryan minat orang lain kan? I don't know samada dia ex girlfriend Aryan ataupun orang lain yang Aryan minat, tapi kalau Aryan betul-betul suka dia, Arya kena undur diri. You deserves someone better right? Arya nak pertahankan relay ni, but it seems like I got no space untuk berada dalam hati Aryan." Aku merenung ke arahnya lagi.

"You know me, Aryan. Arya dah bagi peluang banyak kali, sehinggalah hari ini. Tetapi kalau hati Aryan ada dekat orang lain, it useless. Arya tak mahu menjadi penghalang."

Baru sahaja aku ingin berjalan, dia menahan tanganku, menghalang aku untuk pergi.

"Why Aryan? Are you scared of.. losing me?" Intonasi suaraku berubah lembut. Kadang-kadang.. bercakap dengan Aryan seolah bercakap dengan kanak-kanak berusia 7 tahun.

Mungkin kerana zaman kanak-kanaknya tidak seindah mana apabila ibu dan bapanya berpisah ketika dia bersekolah rendah mengakibatkan Aryan yang hari ini berperangai tidak matang dan tidak jelas dengan apa yang dia mahu.

"Kinda.. Aryan rasa tak sedap hati." Jujurnya.

"Tapi Aryan suka orang lain. Aryan sedar tak? Arya boleh terima kalau Aryan buang perasaan tu dan fokus kepada Arya. Tapi Arya tak boleh terima kalau Aryan simpan dua hati pada masa yang sama. Sepatutnya Aryan pilih, siapa yang Aryan betul-betul nak. Arya kejam, kan? Kalau Aryan rasa Arya kejam, ingat balik siapa yang ada dengan Aryan, even at your worst."

Aku melepaskan tautan tangannya lembut.

"Arya tak suka berkongsi. Jadi Aryan pasti tahu apa yang Aryan perlu lakukan supaya Arya ada dengan Aryan. Arya harap Aryan faham bila Arya dah pilih untuk undur diri, Aryan kena bersedia untuk rasa sakit hati sebab Arya akan cuba buka ruang untuk orang yang lebih layak."

Dan itu merupakan kali kedua terakhir aku bercakap panjang dengannya. Manakala kali terakhir semasa hari terakhir persekolahan kami.

Perempuan mana je yang tidak sakit hati jika dengar daripada rakan-rakannya yang kadangkala dia bercakap tentang bekas teman wanitanya?

Tambahan pula, dia boleh minat perempuan lain walhal ketika itu aku masih bergelar teman wanitanya.

Dan aku cukup tahu yang aku buta untuk menilai semua itu kerana aku terlalu sayangkan dia.

Stupid Darya, isn't it?

Arwah ayah cakap, kita kena cari orang yang suka sama suka dengan kita.

Secara refleks, penceraian mama dan arwah ayah beberapa tahun lepas sebelum ayah meninggal menyelinap masuk ke fikiranku.

"Nanti Arya nak kahwin, pastikan Arya dan pasangan Arya suka sama suka. Memang orang cakap biasanya perlukan cinta lelaki lebih besar daripada perempuan. Tapi Arya nampak kan apa yang berlaku sekarang ni? Mama tak suka ayah, jadi dia bertindak untuk tidak hormat ayah."

Aku hanya termenung. Menghadam ayat itu sebaik mungkin. Bagaimana jika aku tidak mampu menjadi isteri yang baik hanya disebabkan hal ini?

Aku rindu.. ayah.

Walaupun dulu aku banyak bergaduh mulut dengan ayah, tetapi bila ada masa tertentu, hubungan kami agak baik juga.

Dan ayahlah yang kerap menasihati aku sendiri. Alangkah bagusnya jika dia yang menjadi wali ketika hari pernikahan aku nanti.

Mungkin jika ayah ada lagi, aku tidak perlu meneruskan pernikahan ini atas desakan mama, kan?



kekeke

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now