17

71 7 0
                                    

AKU hanya memandang Aryan yang sedang tidur lena di sofa. Jam menunjukkan jam tiga pagi. Manakala aku masih tidak dapat melelapkan mata. Dari katil, aku hanya memerhati raut wajahnya yang disimbah biasan lampu tidur.

He look so.. innocent.

Tipulah jika aku tidak rindukan dia. Tetapi ego aku lebih tinggi. Malah aku juga takut perkara yang sama berulang lagi. Kepercayaan aku kepada dia.. telah tiada.

Aryan masih Aryan Hameen yang dulu. Walaupun dia sekarang lebih berlembut denganku, namun habit dia yang masih mampu tidur lena tanpa sebarang gangguan membuatkan dia tampak sama seperti dulu.

Tidak memikirkan keselesaan diri dia, dia masih mampu untuk melelapkan mata di sofa itu. Jujur aku tersentuh dengan tindakan dia mahu menghormati aku itu.

"Abang tidur dekat sofa, abang takut Arya tak selesa. Lagipun abang tak mahu Arya bertambah bencikan abang."

Itulah ayat dia lontarkan tadi.

Perasaan serba salah, aku tolak tepi. Memandangkan aku tidak dapat melenakan diri, aku mengambil keputusan untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai buat beberapa hari ini.

Dengan perlahan, aku mengatur langkah tanpa sebarang bunyi untuk mengambil Macbook didalam beg.

Usai mengeluarkan Macbook daripada beg komputer riba, aku kembali mengambil tempat tadi. Rambut disanggul tinggi bagi memudahkan kerja. Kaca mata juga diletakkan dibatang hidung. Menandakan mod kerja sedang aktif biarpun dimalam hari.

Lincah jari jemariku memari di papan kekunci. Sesekali dahi berkerut apabila melihat terdapat aliran tunai syarikat tidak menuju ke akaun sebetulnya.

Maknanya, benda ni dah berlaku sejak dua bulan lalu?

Aku mendecit sinis, dia fikir dia dah licik. Namun akhirnya, aku dapat kesan juga. Banyak juga perkara yang dia telah lakukan, termasuklah menyerahkan tender kepada syarikat lain. Atau senang kata, dia sendiri yang membatalkan projek tanpa pengetahuan aku.

Lelaki ini.. ada dendam dengan aku ke? Lebih pelik lagi, macam mana dia tahu fail-fail tentang projek itu padahal dia berada di bahagian akauntan dan bukannya project management?

Sesekali aku menggigit hujung bibir. Kenapa makin lama kes ini makin rumit? Seperti orang ini mahu menjatuhkan aku. Ataupun ada orang lain disebalik semua ini?

Diam. Aku memejam mata, cuba memerah otak sebaik mungkin. Akal menyuruh aku berdepan dengannya manakala hati lebih suka menggunakan kekerasan.

Haih. Nak gunakan kekerasan macam mana kalau tenaga aku sebatas seorang perempuan sahaja? Aku mengalihkan kepala ke kiri, hampir pecah jantung apabila melihat sepasang mata Aryan kini memandangku bersahaja.

Aku berdehem, membuang rasa gugup apabila perasan ditenung dia begitu dalam.

"Kenapa terjaga?" Soalku pendek. Mahu membuang rasa cuak tiba-tiba menjengah diri.

"Sakit perut, Arya ada minyak angin?" Tanya dia lembut. Aku hanya mengangguk sambil memandang skrin Macbook.

"Ambil dekat atas meja." Beritahuku. Lelaki itu hanya bangun dengan diam melangkah ke meja solek menempatkan barangan peribadi aku.

Aryan mungkin boleh bantu tetapi dengan keadaan sekarang ini aku tak mahu meminta tolong dia. Oh, tolonglah!

Aku tak semudah itu untuk jatuh dalam genggaman Aryan.

"Kenapa Arya tak tidur lagi?" Aku mengangkat kepala memandang dia. Tak lama kemudian, anak mata dilarikan ke skrin Macbook semula sambil menahan rasa bahang di pipi.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now