01

20.2K 1K 202
                                    

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar itu telah berjaya mengalihkan fokus seorang budak perempuan yang sedang ralit membaca sebuah novel. Dia memandang pintu biliknya yang terbuka dari luar.

"Reen tengah buat apa tu?" Kelibat ibu yang telah melahirkan insan bernama Aireen Nadhirah melangkah masuk ke dalam biliknya bersama sebuah senyuman yang jarang hilang dari bibir wanita itu.

"Tengah baca buku, ibu." Jawab Aireen sambil tersenyum manis. Gadis yang baru berusia 12 tahun itu duduk bersila di atas katil manakala ibunya sudah melabuhkan punggung di tepi birai katil. Wajah anak perempuannya ditatap dengan penuh kasih sayang.

"Dapat mana novel ni? Bukan Abang Alif je ke yang ada novel ni?" Soal wanita itu sambil memandang Aireen. Dahi wanita itu sedikit berkerut sambil membelek buku yang berada di atas riba Aireen.

"Reen ambil dekat dalam bilik Abang lah. Hehe..." Aireen Nadhirah tersengih memandang ibunya, menunjukkan barisan gigi putihnya yang tersusun elok.

"Hmm... Reen, nanti kawan ibu nak datang tau. Reen turun ya." Kata Puan Meriana kepada anak perempuannya, Aireen.  Bukannya wanita itu tidak tahu yang Aireen ni sememangnya seorang budak introvert. Kalau ada orang datang, memang susah nak turun!

Aireen pun bukanlah seorang yang jenis bersosial sangat. Disebabkan itulah ibunya tidak ragu-ragu untuk memberikan handphone kepada Aireen. Sebab dia yakin yang Aireen tidak akan membuang masa dengan bermain phone. Malah, dia lebih suka membaca buku di dalam bilik berseorangan.

"Erm, tak nak lah... Reen malas lah nak turun, ibu." Aireen sedikit merengek. Wajah simpati ditayangkan kepada Puan Meriana, berharap agar ibunya tidak akan memaksanya untuk turun berjumpa dengan tetamu itu nanti.

"Ish... Tak elok lah macam tu. Tetamu datang rumah tapi anak dara duduk dalam bilik. Berdosa tau!" Aireen sedikit tersentak. Betul ke berdosa? Kenapa selama ni dia tak tau langsung tentang ini.

"Hmm, ye lah... Nanti Reen turun eh." Aireen bersetuju dengan pasrah. Takkan lah dia nak membantah arahan orang tuanya pula kan? Puan Meriana hanya tersenyum lembut memandang salah satunya anak perempuan yang dia miliki itu.

"Good girl... Behave tau nanti." Kepala Aireen diusap lembut oleh Puan Meriana sebelum wanita itu bangun dari birai katil dan melangkah keluar dari bilik kepunyaan Aireen. Aireen menghela nafas berat. Sungguh dia malas hendak bertemu dengan manusia luar sekarang ini.

Penanda buku yang terdapat di celahan muka surat novel itu diletakkan di muka surat terakhir yang dibacanya sebelum dia bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sempat dia mencapai sehelai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air.

♡ ♡ ♡

"Apa nama anak kau, Zati?" Aku mendengar suara ibu menyoal kawannya, Aunty Izzati. Aku memang kenal Aunty Izzati sebab dia selalu datang rumah aku. Tambahan pula, rumahnya satu taman dengan rumah aku. Dekat kan?

Aunty Izzati merupakan kawan kepada ibu sejak sekolah rendah lagi. Kukuh benar persahabatan mereka. Boleh dikatakan diorang ni bestfriend lah.

Langkahku dibawa menuruni tangga tetapi aku berhenti di salah satu tangga yang tersembunyi lalu aku duduk mencangkung. Dengan senyap-senyap, aku melihat gerangan budak yang namanya ditanya oleh ibu sebentar tadi.

Seorang lelaki berwajah putih bersih yang sedikit tinggi daripada aku kelihatan sedang bermain dengan handphone miliknya di sebelah Aunty Izzati. Aku mencebik melihat tingkah laku lelaki itu. Boleh pulak dia main phone. Dimanakah adabnya sebagai seorang tetamu?

"Tengku Ian Raykarl." Keningku berkerut mendengar nama budak lelaki yang disebut oleh Aunty Izzati itu. Tengku? Automatik otak aku cuba untuk mentafsir salasilah keluarga Aunty Izzati. Baru aku teringat bahawa suami Aunty Izzati iaitu Uncle Rayyan berpangkat Tengku.

The Truth Untold Where stories live. Discover now