12

7K 591 40
                                    

"Kau kata tadi kita kena tunggu dia kat mana?" Soal aku sambil melangkah bersama Naura menuju ke kereta miliknya yang diparking di tingkat basement.

"Dia mintak tunggu dekat kedai tu" Aku hanya mengangguk lalu menyedut sekilas air starbucks berperisa red velvet frappuccino yang berada di dalam genggaman aku.

Naura membuka lock kereta miliknya lalu aku masuk ke dalam keretanya dan seatbelt dipakai sebelum dia mula memandu menuju ke arah kedai tersebut.

Setibanya di kedai tersebut, aku melangkah keluar dari kereta milik Naura. Sebuah kereta yang diparking selang dua kereta daripada kereta Naura menarik perhatian aku. Macam kenal.

"Jom la masuk" Aku mengangguk lalu mengikut langkah Naura memasuki kedai yang menjual alat-alat muzik itu. Bekas air starbucks yang sudah kosong itu dibuang ke dalam tong sampah yang berada di luar kedai tersebut.

Pintu kedai tersebut dibuka lalu aku melangkah masuk ke dalam diikuti oleh Naura. Pelbagai jenis alat muzik menyapa pandangan aku. Terkedu aku buat seketika.

"Mana orang tu?"
"Entah. Tak sampai lagi kot." Aku hanya mengangguk sebelum memandang sekeliling. Mataku terpaku ke arah seseorang yang sedang berbual di counter pembayaran di situ. Tubuhnya direnung. Macam pernah kenal je. Eh?

"Eh, tu bukan Daniel ke?" Aku menyoal Naura yang sedang ralit memandang guitar-guitar yang penuh tergantung di situ.

"Hah? Mana?" Dia memandang sekeliling mencari tubuh yang pernah menjadi ketua kelas kami semasa tingkatan 5 itu dan juga yang pernah duet dengan aku itu. Aku menundingkan jari aku menunjukkan kelibat Daniel yang berada di counter pembayaran itu.

"Eh haah lah!" Suara Naura yang sedikit kuat akibat terkejut itu membuatkan tubuh itu memandang kami. Dahinya berkerut memandang kami berdua yang turut memandangnya.

"Sekejap eh, bro." Dia berkata kepada salah seorang lelaki yang berada dengannya sebelum dia melangkah menuju ke arah kami berdua.

"Aireen? Kau buat apa dekat sini? Oh, Naura pun ada." Suaranya bertukar perlahan ketika menyebut nama Naura. Aku tersenyum memandangnya. Ye lah, takkan nak buat muka sombong pula. Lain lah si Naura ni, awal-awal dah menjeling.

Aku pun tak tahu kenapa diorang ni selalu sangat cari pasal waktu sekolah menengah dulu. Sampai sekarang tak okay lagi.

"Aku suddenly terfikir nak belajar guitar. So, aku sedang mencari guitar yang sesuai untuk beginner macam aku ni..." Aku berkata lalu Daniel hanya sekadar mengangguk faham.

"Kau pulak buat apa dekat sini?" Soal aku pula. Dia memandang sekeliling sebelum memandang aku berserta sebuah senyum kecil.

"Part time worker kat sini lah hehe."
"Kau dah tau dah ke nak beli jenis macam mana?" Dia menyambung lalu aku menggeleng sambil tersengih. Memang tak tahu la sebab baru je terniat nak belajar terus menggedik nak beli huhu... Tak reti nak menyabar kan?

"Kalau macam tu, aku boleh je tolong tunjukkan yang mana sesuai untuk beginner macam kau ni." Aku mengangguk setuju.

"Boleh jugak!"
"Eh tak payah lah... Nanti susahkan kau pulak. Reen, kau lupa ke? Kan aku dah panggilkan orang tuu..." Ujar Naura yang hanya berdiam diri dari tadi. Aku menampar dahiku sekilas.

"Lupa pulak aku... Haih, tapi dia lambat sangat lah. Kau cancel je lah dengan dia tu. Jom, Daniel?" Daniel mengangguk lalu mula melangkah. Aku mengikut langkahnya dari belakang sebelum sempat Naura menghalang.

"Haih budak ni lah!" Rungut Naura seorang diri lalu mata dia mula bergerak mencari tubuh yang ditunggu dari tadi. Mana pula mamat ni?

"Naura!" Satu suara telah membuatkan pandangan Naura beralih. Naura tersenyum melihat kelibat lelaki yang ditunggu itu sebelum dia menyusun langkah menuju ke arah lelaki itu.

The Truth Untold Where stories live. Discover now