06

8.3K 763 34
                                    

Mataku perlahan-lahan dibuka. Kepala aku yang terasa sakit di pegang. Aku memandang sekeliling. Aku ada dalam bilik? Apa yang dah jadi tadi?

Dadaku dipegang. Sakit yang dirasakan tadi sudah pun hilang. Pandangan aku terus dikalihkan ke arah bunyi pintu bilik air yang terbuka. Terpancul wajah putih bersih milik Ian.

"Eh, kau dah bangun dah, Dee?" Dia melangkah mendekati aku yang sedang berbaring di atas katil lalu dia melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan aku. Dee, nama panggilan yang hanya Ian sahaja yang guna untuk panggil aku. Aku sendiri tak tau kenapa dia panggil aku Dee. Kalau depan parents kitorang mahupun orang lain, dia akan panggil aku dengan panggilan biasa iaitu Reen.

"Apa jadi? Kenapa kau dekat sini?" soal aku. Masih keliru dengan apa yang baru sahaja terjadi.

"Aku baru je balik pastu aku saja lah nak singgah. Aunty kata kau dalam bilik pastu aku masuk-masuk kau tengah tidur. Aku baru je nak keluar, tiba-tiba kau meracau nama aku. So, aku teman kau sampai kau bangun." Terang Ian. Dahiku mula berkerut apabila mendengar penjelasan Ian itu.

"Meracau nama kau?" Dia memandang aku lama sebelum dia membalas.

"Yup. Aku rasa kau rindu aku teruk sangat ni. Ni mesti malam-malam kau mengigau nama aku jugak kan? Elelele~" Balasannya mendapat sebuah jelingan daripada aku. Perasannya dia nii.

"Tak payah nak perasan sangat." Aku mengalihkan pandangan ku kearah lain. Kiranya tadi tu mimpi je?

"Tapi kan... Cara kau mengigau tu lain macam. Kau mimpi apa tadi?" Aku kembali memandang wajah Ian. Mimpi tadi mula menghantui mindaku. Kenapa aku dapat mimpi tu? Apa kaitan dengan kacang tu pulak?

"Macam mana aku mengigau? Pelik sangat ke?" Aku membiarkan soalannya pergi jauh. Malas aku nak terangkan apa yang aku mimpi tadi. Biarlah mimpi itu.

"Entah... Cara kau mengigau macam mintak tolong. Kau mimpi hantu ke?" Soalannya dibiarkan tidak terjawab buat kali kedua. Aku termenung buat seketika.

"Haih.. Tu la, tidur lagi time asar ish ish ish. Dah nak dekat maghrib dah ni. Kau dah solat Asar ke belum?" Aku menggeleng.

"Tak boleh." Aku menjawab tanpa memandang Ian. Segan lah haih.

"Erk okay... Jom la turun bawah. Ibu kau masak dinner." Dia mula bangun dari duduknya dan mula melangkah ke arah pintu. Aku hanya memandang langkahnya dari katil itu.

"Yang kau tak balik lagi kenapa? Nak maghrib dah kan." Aku menyoalnya. Ian berhenti melangkah dan dia memandangku dengan sebelah keningnya terangkat.

"Rumah aku dekat je kan. Kau nak halau aku ke macam mana?"

"It's a question, Ian. Kau turun la dulu. Nanti aku turun." Aku mula bangun dari pembaringanku. Sakit di kepala itu cuba ditahan. Nasib baik dah berkurang sikit.

"I'll wait outside. Cepat sikit." Ian terus keluar dan menutup pintu bilik aku lalu aku dengan pantas bamgun dan menuju ke bilik air.

♡♡♡

"So, Ian plan nak sambung belajar dekat mana?" Ayah memulakan bualan. Aku terus berhenti mengunyah. Pandanganku beralih ke arah Ian yang berada di sebelahku. Makanan yang berada di dalam pinggan sudah tidak menarik perhatianku. Hmm, memang sebelum ni aku tak pernah tanya dekat Ian tentang Universiti yang dia mahu pergi. Ian pun langsung tak pernah buka topik itu. Jadi, aku tak tahu apa-apa pun.

"Tak sure lagi. InsyaaAllah, kalau ada rezeki, Ian akan sampai Ireland." Dia tersenyum memandang ayah. Aku kembali sambung makan walaupun selera makan aku sudah berkurang. Sesungguhnya, aku dah tak rasa nak makan. Tak ada selera dah.

The Truth Untold Where stories live. Discover now