28

7K 581 115
                                    

Notification yang terhasil dari phone aku itu berjaya memecahkan lamunanku. Tanpa membuang masa, aku mencapai phone itu lalu dihidupkan. Message dari Ian itu menarik perhatian aku.

Jom keluar :)

Dahi aku berkerut melihat message darinya itu. Dah mabuk ke lelaki ni? Sejurus itu, jari-jemari aku menari-nari di atas keyboard phone itu.

Pakcik Tengku <3

Dah pukul 8 kan. Nak buat apa?

Siap lah cepat. Aku dah bagitau Ibu kau dah.

Ish... Orang tanya tu jawab je lah.

Tak baik buat aku menunggu. Aku dah ada depan rumah ni. 5 minutes!

Membulat mata aku apabila membaca ayat itu. Dia dekat luar?

Laju sahaja kaki aku melangkah menuju ke balkoni yang terdapat di bilik aku itu. Langsir di selak lalu aku memandang ke bawah untuk mencari kelibat Ian. Pemandangan aku disapa dengan kereta Ian yang terletak elok di hadapan pagar rumah aku. Aku berdecit perlahan. Dia ni dah gila ke apa?

Kalau diikutkan hati, memang rasa malas merasuk diri aku tapi disebabkan Ian yang ajak, takkan aku nak tolak kot. Aku terus melangkah ke arah almari baju aku untuk mengambil pakaian untuk dipakai. Seluar jeans hitam di ambil dan dipadankan dengan hoodie berwarna light purple.

Nasib baik lah aku dah mandi awal-awal tadi. Kalau tak, mesti mengambil masa yang lama untuk aku bersiap. Selesai sahaja memakai pakaian itu, aku menuju ke depan cermin lalu ditempekkan sedikit compact powder ke muka. Bibir aku diletakkan sedikit lip balm sebelum aku mencapai sling bag aku lalu aku menyusun langkah untuk turun ke bawah.

Kelibat ibu yang sedang menonton television kelihatan di ruang tamu itu. Ibu memandang aku lalu aku melemparkan sebuah senyuman unntuknya.

"Reen nak keluar dengan Ian?" Soal ibu. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Langkah diatur ke arah ibu.

"Jaga diri baik-baik. Make sure balik awal."

"Okay ibu... Reen pergi dulu ye? Assalamualaikum." Aku mengucap tangan ibu sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Sempat telinga aku menangkap suara ibu menjawab salam.

Pintu rumah dikunci sebelum aku melangkah ke arah kereta Ian. Pintu kereta di sebelah pemandu di buka lalu aku memboloskan diri ke dalam.

"Kau lambat 3 minit." Katanya sebaik saja aku masuk. Aku menjelingnya tajam. Bukannya nak sambut aku elok-elok pun. Masuk-masuk terus perli aku macam ni.

"3 minit je kot. Salah kau jugak lah. Yang aku acah-acah buat surprise ni kenapa?" Kata aku dengan suara yang sedikit meninggi akibat geram. Dia tergelak kecil.

"Saja lah. Salah ke kalau aku nak spend time dengan kau lagi? Esok aku nak fly dah kan. Halah, kau pun suka kan..." Balasnya dengan nada mengusik. Aku mencuba sedaya-upaya untuk tidak mengukirkan senyuman.

"Erm... Nak pergi mana ni?" Aku memandangnya sekilas sebelum tangan aku bergerak untuk memakai tali pinggang keledar.

"Ada lah..." Sekali lagi aku menghadiahkan sebuah jelingan kepada Ian. Ni namanya mintak penampar. Aku hanya diam tidak membalas. Sejurus itu, Ian memulakan pemanduannya.

♡♡♡

"Funfair?" Soal aku dengan nada pelik saat kereta yang dipandu Ian masuk ke sebuah kawasan yang terang dengan lampu yang pelbagai warna. Ferris Wheel Ride yang terdapat dekat situ menerangkan yang kami sedang berada di funfair.

The Truth Untold Where stories live. Discover now