13

6.8K 601 19
                                    

Aku termenung seketika di dalam bilik Hanna itu. Sekarang ni hanya aku dan Ian yang berada di dalam rumah ini. Ya, hanya kami berdua sebab Hanna sudah mula sesi persekolahannya semula setelah 5 hari bercuti.

Aku termenung memikirkan apa yang aku patut buat daripada membazir masa termenung macam ni. Beberapa ketika kemudian, tanganku laju menampar dahiku. Ya Allah! Aku lupa nak bawak turun guitar dari kereta Ian semalam!

Aku terus keluar dari bilik itu dan menuju ke bawah. Pintu utama rumah itu dibuka lalu aku menyarungkan selipar dan berlari anak ke kereta milik Ian. Pintu keretanya cuba dibuka namun tak boleh. Ahhh, dia kunci lah!

Aku terus berlari masuk ke dalam dan mendaki tangga itu ke tingkat 2. Langkahku diatur menuju ke bilik Ian. Pintu biliknya diketuk.

Seketika kemudian, pintu bilik Ian terbuka dan terpampanglah wajah tuannya dengan muka baru bangun tidur.

"Nak kunci kereta." Aku terus straight to the point lalu tanganku disuakan ke arahnya untuk meminta kunci kereta itu.

"Nak buat apa?" Dia menyoal sambil menggosok matanya. Masih mamai.

"Ishh bagi je lah. 빨리빨리 ( Pali-pali // Cepat-cepat! )" Dia merungut sedikit sebelum mengambil kunci keretanya dan diberikan kepada aku. Aku terus berpusing dan melangkah pergi. Belum sempat aku menuruni tangga itu, aku berpusing dan memandang wajah Ian yang masih tercegat di pintu biliknya.

"Mandi cepat!" Jerit aku sedikit sebelum aku terus berlari anak menuju ke kereta Ian semula. Kunci keretanya ditekan lalu lock keretanya itu terbuka. Aku terus buka pintu kereta bahagian belakang. Namun, benda yang aku cari langsung tiada di situ.

Kosong!

"Ehh mana guitar aku?" Aku sedikit terjerit sebelum aku kembali menutup pintu kereta itu. Langkah aku kembali diaturkan ke dalam rumah.

"Ian!" Aku menjerit memanggilnya dari bawah. Ni kalau ada cctv pastu aunty dengan uncle nampak, mesti tak jadi nak ambik aku sebagai menantu. Cancel terus!

Aku mendongak memandang tingkat 2 itu dengan lama. Baru teringat yang aku suruh dia pergi mandi tadi. Langkahku terus disusun menuju ke arah sofa di ruang tamu itu. Punggungku dilabuhkan di atas salah satu sofa yang empuk itu. TV yang tidak terpasang itu direnung oleh aku.

Aku ni memang suka termenung ke macam mana?

"Kau kenapa terjerit-jerit panggil aku?" Aku mengalihkan pandanganku ke arah suara itu. Tubuh Ian yang sedang menurun tangga itu diperhati.

"Hmm... Mana guitar aku?" Aku menyoal Ian yang terus melangkah menuju ke dapur. Mulutku sedikit memuncung. Dimanakah guitar saya? Hmm...

"Tingkat 3, sebelah bilik dance practice Hanna." Keningku terangkat sebelah. Tanpa membuang masa, aku terus bangun dan berlari mendaki tangga menuju ke tingkat 3. Pintu berwarna dark brown yang betul-betul berada di sebelah pintu bilik dance practice kepunyaan Hanna dipandang.

Tak pernah-pernah aku masuk bilik ni. Pelik kan? Sedangkan dah berapa juta kali aku datang rumah Ian, namun bilik ni sahaja yang aku tak pernah masuk.

Dan juga bilik aunty dan uncle.

Tanganku bergerak memulas tombol pintu itu. Pintu itu ditolak ke dalam sedikit lalu aku menjengukkan kepala aku ke dalam. Wajahku terkedu. Terus
aku membuka pintu itu dengan luas seluas-luasnya.

Sekeliling bilik itu dipandang. Beberapa buah guitar yang tergantung di dinding dipandang satu persatu lalu pandanganku beralih ke arah sebuah piano berwarna hitam yang berada di tengah-tengah bilik itu. Kakiku langsung tidak bergerak. Aku terkaku di pintu bilik itu.

The Truth Untold Where stories live. Discover now