17

6.7K 616 62
                                    

Keesokan Harinya

"Okay... Jadi malam ni kita chill chill je. Disebabkan malam ni adalah malam terakhir kita berada dekat sini... Teacher cadang kita buat Friendly Night! Kalini kita bercampur. Tak payah ikut group okay. So, ada tak siapa-siapa yang nak volunteer untuk buat persembahan apa-apa? Anything pun boleh... But make sure korang perkenalkan diri dan bagitau kelas masing-masing dahulu. Tak kesah lah kalau korang semua dah kenal each others pun. Alright?" Kami semua hanya mengangguk faham apabila mendengar penerangan daripada Teacher Lila itu.

"Okay... Siapa-siapa nak volunteer dulu?" Soal Sir Saiful yang setia berdiri di tepi isterinya, Teacher Lila. Aku hanya duduk menongkat dagu memandang sekeliling. Langsung tak tertarik untuk volunteerkan diri sendiri.

"Ha, Ian nak volunteer ke tu? Baiklah... Dijemput Ian dan partnernya, Hanis untuk membuat persembahan pertama. Tepuk sikittt!" Laju sahaja pandangan aku bergerak mencari kelibat mereka berdua. Tubuh Ian dan Hanis yang sedang menuju ke arah Sir Saiful itu dipandang sepi. Guitar di tangan Ian lebih menarik perhatian aku. Tak perasan pulak yang dia bawa guitar dia haritu. Botol air di sebelah aku dicapai lalu diteguk rakus. Dahaga!

"Assalamualaikum and hai semua. Saya Hanis Atieya dari kelas 5 galaxy, iaitu kelas yang mengambil bidang sains tulen. Harini saya akan berduet dengan one of my classmate, Tengku Ian Raykarl. Kami akan nyanyikan sebuah lagu yang bertajuk 'You are the reason'. Hope korang enjoy!" Hampir tersembur air yang aku minum itu apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Hanis itu.

Kenapa... Kenapa lagu itu juga yang Ian dan Hanis pilih?

Aku hanya memandang Ian yang sedang duduk di atas kerusi itu. Dia mula memetik guitar itu lalu nyanyian mereka dimulakan. Sama seperti semasa aku dan Ian cover lagu itu. Namun kalini, Hanis mengambil bahagian aku.

Terasa seperti ada sebilah pisau yang tajam menusuk ke dalam hati aku. Sakit. Pedih. Sedih. Cemburu. Semuanya bercampur baur. Macam mana aku nak handle perasaan ni? Aku pun tak tahu.

Kalau diikutkan hati, nak sahaja aku balik rumah dan mencari katil aku. Hanya katil aku yang menjadi tempat aku melepaskan segala tangisan aku. Sedaya-upaya aku menahan diri aku daripada menangis di situ. Aku perlu kuat!

Beberapa minit kemudian, mereka semua bertepuk tangan apabila persembahan daripada Ian dan Hanis itu berakhir. Aku mengeluh nafas lega. Sungguh aku tak sanggup nak lalui perasaan tadi lagi. Sakitnya, Ya Allah.

Beberapa jam telah berlalu pergi. Bermacam jenis persembahan telah dilaksanakan di situ. Aku hanya mampu tersenyum melihat persembahan yang mereka semua lakukan.

"Eh, kau nak pergi mana tu?" Soal Naura kepada Daniel apabila dia terlihat tubuh Daniel bangun hendak berlalu pergi.

"Aku nak pergi pinjam guitar kejap dekat Ian." Balas Daniel. Dahi Naura mula berkerut.

"Buat apa kau nak pinjam dekat dia?" Soal Naura lagi. Aku hanya diam, langsung tak ada niat untuk menyampuk.

"Ada lah..." Daniel terus berlalu pergi. Aku hanya memandang langkahnya yang sedang menuju ke arah Ian dan Hanis yang duduk bersama-sama. Keluhan kecil dilepaskan. Naura yang tersedar akan kelakuan aku itu hanya mampu memandang aku sepi.

Beberapa seketika kemudian, Daniel kembali bersama guitar milik Ian di genggamannya. Dia memandang aku seketika sebelum dia memandang ke arah Naura.

"Kau okay tak kalau kau duduk sorang-sorang kejap?" Soal Daniel kepada Naura. Dahiku automatik berkerut apabila mendengar soalan Daniel. Tinggalkan Nuara sorang-sorang? Maksudnya dia nak suruh aku ikut dia? Pergi mana pulak nii?

The Truth Untold Onde as histórias ganham vida. Descobre agora