08

7.6K 652 42
                                    

"Aunty and Uncle sihat?" Aku menyambut kehadiran kedua orang tua Ian dan Hanna itu. Tangan Aunty Izzati dicapai lalu disalam manakala aku sekadar menunduk sedikit kepada Uncle Rayyan yang berada di belakang Aunty Izzati sebagai tanda hormat. Ye lah, takkan aku nk salam Uncle pulak kan?

Untuk seketika, badan aku dipeluk erat oleh Aunty Izzati. Aku membalas pelukkannya dengan mesra. Aunty Izzati kalau jumpa aku, mesti peluk. Tak sah lah kalau dia tak peluk aku!

"Haih... Lama tak jumpa Reen, rindu Aunty dengan kamu!" Aunty Izzati melepaskan pelukan dan memandangku bersama sebuah senyuman yang lebar di bibirnya. Tangannya bergerak mengusap rambutku yang diikat ponytail. Aku turut tersenyum memandangnya.

"Reen pun rindu Aunty hehe. Jemputlah masuk." Aku menjemput mereka masuk. Uncle Rayyan hanya tergelak kecil melihat telatah isterinya bersama aku. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah aku.

Uncle Rayyan menuju ke arah ruang tamu di mana Ayah, Abang dan Ian berada. Aku pula menuju ke dapur diikuti oleh Aunty Izzati.

"Ya Allah Zati! Lamanya tak jumpa kau!" Ujar ibu dengan teruja apabila dia ternampak kelibat Aunty Izzati menuju ke arahnya. Mereka berlaga pipi dan berpelukan seketika. Aku hanya membiarkan mereka beramah mesra. Langkahku diatur menuju ke arah Hanna yang sedang membacuh air. Lauk-pauk yang sudah siap itu diangkat untuk dihidangkan di meja makan. Gerak-geriku diperhati oleh Ian dari jauh.

"Ian.. Jaga sikit mata tu. Anak dara orang tu." Usik Uncle Rayyan yang perasan akan tingkah laku Ian itu. Aku yang mendengar hanya buat-buat tak dengar. Pinggan-pinggan di tanganku disusun di atas meja dengan berhati-hati.

"Kalau dah suka sangat tu, bagitau je Uncle. Esok jugak uncle hantar rombongan meminang!" Kata-kata ayah membuatkan Abang dan Uncle Rayyan tergelak. Aku memandang wajah Ian. Dia hanya tersenyum nipis dan turut tergelak kecil.

Aku melangkah semula ke dalam dapur untuk mengambil cawan. Suara Ibu memberhentikan kaki aku yang baru hendak melangkah.

"Reen tolong panggilkan diorang makan ye. Makanan pun dah terhidang tu. Lambat-lambat nanti sejuk pulak." Ujar ibu. Aku memandang Ibu yang sedang membasuh tangannya di sinki.

"Okay, ibu!" Sejurus itu aku menuju ke arah ruang makan dan menyusun gelas tersebut sebelum langkah aku disusun menuju ke ruang tamu untuk mengajak mereka semua makan.

"Ayah, Uncle, Abang jom lah makan. Ibu dengan Aunty dah tunggu." Kataku sebaik sahaja aku menapak ke dalam ruang tamu itu. Pandangan mereka semua beralih ke arah aku.

"Aik? Panggil kami je? Ian tak panggil pun." Usik Abang. Aku menjelingnya geram. Saja tu ish!

"Dia sekali lah..." Entah kenapa aku rasa macam pelik nak sebut nama Ian depan diorang. Tidak mahu menunggu lama, aku terus melangkah semula ke ruang makan. Ibu, Aunty Izzati dan Hanna sudah berada di situ. Aku masih tidak mengambil tempat duduk.

"Reen nak pergi tandas kejap ye." Kataku kepada Ibu sebelum aku menuju ke tandas yang berada di dapur. Malas aku nak pergi tandas dalam bilik. Jauh sangat nak jalan.

Selesai sahaja urusan aku di tandas, aku melangkah semula ke ruang makan. Semua orang sudah berada di situ. Aku memandang satu lagi tempat yang kosong iaitu di antara Ian dan Abang Alif. Aku mengeluh sedikit sebelum aku melabuhan punggungku di situ.

"Tak ada apa sangat pun yang kami nak cakap sampai nak dinner sekali. Tapi tu lah dah lama kan tak dinner sekali. So alang-alang tu boleh la dinner sekali." Ayah memecahkan kesunyian di meja makan itu. Aku hanya memandang ke arah Ayah dan Ibu yang duduk bersebelahan. Tak tau nak bersuara apa.

"Benda ni tak serious mana pun. Bukan nak suruh Reen dengan Ian kahwin. Tak adanya istilah macam tu dalam keluarga kita ni." Ibu pulak bersuara. Aku hanya memandang ibu dengan muka yang sukar ditafsir. Kenapa nama aku dengan Ian pula yang naik ni? Hmm... Macam ibu tau-tau je yang aku terfikir tentang itu tadi.

The Truth Untold Where stories live. Discover now