15

6.8K 611 118
                                    

Aku mengeliat kecil saat kakiku melangkah keluar dari bas itu manakala Naura sudah mengeliat besar. Haih... Perangai tu memang tak senonoh betul.

"Eii... Perangai tu elok-elok sikit lah. Kau tu perempuan tau tak." Baru saja aku hendak menegur Naura, orang lain sudah menegurnya. Kelibat Daniel yang turut baru melangkah keluar dari bas itu hanya di pandang sepi oleh aku. Daniel memandang jelik ke arah Naura.

"Suka hati aku lah. Tak kacau life kau pun kan?" Balas Naura dengan kasar. Aku menggeleng perlahan memandang mereka berdua. Entah bila nak berbaik tu.

"Sudah lah korang ni. Kau pun Naura, perangai tu bagi nampak macam nama Naura sikit. Haih..." Kata aku sebelum aku melangkah pergi ke arah tempat menyimpan bag.

Kelibat Sir Saiful yang sedang berdiri di tempat menyimpan barang itu menyapa pandanganku. Sir Saiful hanya memeluk tubuh memerhati Ian dan beberapa budak lelaki lain yang sedang membawa keluar semua bag yang terdapat di dalam itu. Seketika kemudian, Sir Saiful berlalu pergi ke arah sebuah bas satu lagi yang baru sahaja sampai.

Aku berjalan ke arah mereka yang sedang menunggu bag mereka di bawa keluar. Aku memerhati pergerakan Ian yang sedang mencapai bag kepunyaan dia dan Hanis itu. Mataku tertumpu ke arah bag aku yang berada di belakang bag mereka itu.

Selepas sahaja Ian telah membawa keluar bagnya dan bag milik Hanis lalu diberikan kepada Hanis, aku menghulurkan tanganku ke arah Ian sebagai tanda untuk menyuruhnya mengambil bag aku. Namun, dia hanya buat-buat tak tahu dan berlalu pergi bersama Hanis.

Aku memandang langkah mereka berdua dengan wajah yang sukar ditafsir. Apakah?

"Erkk... Aireen. Ni bag kau kan?" Pandanganku terus beralih ke arah suara di belakang aku. Wajah Afiq yang merupakan salah seorang classmate aku dipandang sebelum mataku bergerak memandang bag yang dipegang olehnya. Sebuah anggukan diberi.

"Thanks, Aqil." Aku mengucapkan terima kasih setelah bag itu bertukar tangan. Dia hanya mengangguk sebagai balasan.

"Dah kenapa dengan mamat tu?" Kata Naura yang sedang berjalan ke arah aku bersama Daniel. Aku hanya menjungkitkan kedua belah bahu aku tanda tidak tahu. Mungkin mamat yang dia maksudkan itu ialah Ian.

"Dia tak perasan kot yang Aireen mintak tolong tadi." Kata Daniel, cuba untuk berfikir positif. Dia mencapai bagnya begitu juga dengan Naura lalu kami bertiga mula jalan menuju ke arah tempat berkumpul.

♡♡♡

"Okay jadi sekarang. Sir nak start bahagi kumpulan. Sila dengar dengan baik sebab sir tak akan repeat untuk kali kedua." Semua pelajar di situ hanya mengangguk apabila mendengar arahan dari Sir Saiful. Dia mula mengeluarkan suaranya untuk memanggil nama-nama bagi kumpulan masing-masing.

"Aireen Nadhirah, kumpulan 5!" Aku terus bergerak menuju ke kumpulan 5 saat namaku diseru oleh Sir. Kelibat Aisyah yang sedang melambaikan tangan ke arah aku dipandang dari jauh. Aku tersenyum lalu aku melangkah ke arahnya dengan pantas.

"Lamanya tak satu group dengan kau macam ni!" Ujar Aisyah setibanya aku di situ. Mujurlah dia satu kumpulan dengan aku. Takut jugak kalau aku berkumpulan dengan orang yang aku tak rapat. Aku pernah rapat dengan Aisyah semasa tingkatan 4 tapi hubungan kami semakin renggang sebab dia pindah kelas semasa naik tingkatan 5.

"Hmm.. Tu lah. Nasib baik aku kumpulan dengan kau. Tak ada lah awkward sangat kalau berkumpulan dengan orang yang aku tak rapat sangat." Dia hanya mengangguk setuju. Setelah itu, kami hanya mendengar nama-nama yang dipanggil oleh Sir Saiful.

"Tengku Ian Raykarl, group 5!" Mataku membulat saat mendengar nama Ian. Bukan, aku terkejut sebab dia satu kumpulan dengan aku.

Mungkin kalau dulu, aku akan rasa bahagia gila sebab dapat satu kumpulan dengan dia tapi... Sekarang, aku rasa lain. Sangat lain.

The Truth Untold Where stories live. Discover now