16

6.6K 618 93
                                    

"A-Aireen?" Terjungkit sedikit bahu aku mendengar suara seseorang memanggil nama aku. Makin menggigil badan aku. Lututku dipeluk erat dan aku menyembamkan mukaku rapat ke lututku. Cuba untuk mengendahkan suara itu. Hati aku tak henti berselawat sejak tadi.

Aku tak rasa itu manusia. Sebab setahu aku, aku dan Ian adalah pasangan yang terakhir untuk night walk ini. Kan?

"Aireen?" Badan aku semakin meremang dan menggigil. Terasa sejuk satu badan. Sedaya upaya aku cuba menhindarkan suara itu. Nyah kau dari sini, syaiton!

"Aireen Nadhirah..." Suara itu. Aku kenal suara ni! Perlahan-lahan aku mengangkat kepala aku, memandang gerangan yang sedang berdiri 2 kaki jauh daripada aku.

"Daniel?"

♡♡♡

"Baiklah... Harini, aktiviti kita adalah hiking. Untuk aktiviti hiking ni, kamu semua boleh berjalan dengan kumpulan masing-masing. Tak perlu ikut pasangan. Sebelum tu, teacher nak ingatkan semua untuk alwasy stay together and jangan berpisah. Ingat tu! Group members please be aware if ada ahli hilang or tak cukup. Okay?" Semua hanya mengangguk mendengar arahan daripada Teacher Lila. Sesungguhnya, aku malas nak berhiking pagi-pagi ni!

"Okay... Semua boleh bergerak mengikut kumpulan masing-masing... Diikuti dengan kumpulan 1, sila ikut langkah Teacher Lila ye..." Ujar Sir Saiful pula. Kumpulan 1 mula melangkah membontoti langkah Teacher Lila, diikuti kumpulan 2 dan seterusnya.

"Dee..." Langkahku serta-merta terhenti apabila mendengar nama panggilan itu dipanggil. Tak lain dan tak bukan, mesti Ian. Hmm, sudah lama aku tak dengar dia panggil aku dengan panggilan ni.

"Hmm?" Aku hanya menjawab tanpa langsung menoleh. Telinga aku dapat menagkap derapan kakinya darin belakang yang semakin mendekat.

"Dee." Tanganku dicapai dari belakang oleh gerangan itu. Automatik badanku terpusing menghadapnya. Wajah putih bersih milik Ian menyapa pandanganku. Hmm, hensem.

"Kenapa?" Jawab aku dengan acuh tak acuh. Seboleh mungkin aku cuba untuk tidak memandang wajahnya. Takut nak marah nanti tak menjadi pulak hmm.

"Pandang aku." Kata Ian dengan tegas. Langsung aku tak menoleh memandangnya. Sekeliling hutan itu dipandang, cuba untuk mencari kelibat gadis pujaan hati Ian.

Ye, hati aku sakit apabila terfikir tentang Hanis dengan Ian. Cemburu, sakit, marah semua bercampur baur.

"I said, look at me." Aku hanya mengendahkannya. Seketika kemudian, jari runcingnya menarik lembut dagu aku untuk menatap wajahnya. Terkaku. Itu sahaja yang mampu aku katakan tatkaa mata aku bertembung dengan mata milik Ian.

"Aku nak tanya..." Katanya dengan lembut. Aku hanya mengangguk sedikit sebagai tanda untuk menyuruhnya menyambung.

"Kau pergi mana malam semalam?" Terus kening aku berkerut

"Hah?" Automatik perkataan itu terpancul keluar dari mulut aku. Dia melepaskan jarinya daripada memegang daguku.

"Semalam... Masa aku pergi hantar Hanis dekat cikgu, aku tengok kau dah tak ada dengan aku... So, kau pergi mana?" Terangnya lalu dia menyoal aku. Soalannya membuatkan aku tergelak hambar. Aku pergi mana?

Seriously? Dia tanya aku pergi mana? Aku yang pergi somewhere or dia yang tinggal aku sekarang ni?

"Kau tanya aku pergi mana?" Soalannya dibalas dengan soalan... Dia hanya mengangguk kecil.

"Ye lah... Aku tanya kau pergi mana. Kenapa?" Soalnya lagi tanpa riak bersalah. Huh, memang dia tak sedar ke macam mana?

"Huh, ask yourself lah... Aku yang pergi somewhere or kau yang tinggal aku?" Kata aku dengan nada bersahaja lalu aku terus pergi meninggalkannya. Langkahku cuba dilajukan bagi mengejar langkah orang lain.

The Truth Untold Where stories live. Discover now