29

7K 588 173
                                    

Siling bilik itu direnung sedalam-dalamnya. Otak aku masih ligat memikir apa yang dikatakan oleh Ian tadi. Ayat itu diulang banyak kali di dalam otak aku. Seketika kemudian, aku melepaskan helah dengan kasar. Jam di dinding bilik itu dipandang sekilas. Sudah nak masuk pukul 1 pagi dan perut aku buat hal.

Lapar.

Laju sahaja kaki aku melangkah turun dari katil bersaiz king itu. Langkah diatur menuju ke dapur di tingkat bawah. Setibanya disana, sepeket maggi kari dicapai lalu aku mula menyediakan bahan untuk memasak maggi itu. Kuali diambil lalu aku mengisi air di dalamnya sebelum api dapur dibuka.

Peket maggi itu dikoyakkan lalu aku merendamnya di dalam air yang sudah mendidih itu. Badan aku disandarkan ke island table yang terdapat di situ lalu kotak fikiran akh mula memikirkan tentang Ian semula.

"Adik?" Sapa satu suara dari belakang. Suara itu berjaya membuatkan lamunanku terhenti. Lantas, aku memandang gerangan yang baru melangkah masuk ke dapur itu

"Adik buat apa dekat sini? Maggi?" Dia melihat isi di dalam kuali itu lalu Abang Alif memandang aku dengan wajah pelik.

"Jarang adik abang nak makan tengah malam macam ni. Dah kenapa?" Aku hanya menggeleng sekilas. Betul lah tu, jarang sekali untuk aku makan macam ni waktu tengah malam begini.

"Adik ada problem? If ada, share je lah dengan abang." Dia tersenyum nipis dekat aku sebelum dia turut mencapai sepeket maggi dan memasaknya.

Aku melepaskan helah dengan perlahan sebelum aku melabuhkan punggung di salah satu kerusi tinggi yang terdapat di island table itu. Tak perlu kot aku bagitau siapa-siapa tentang ni. Biar aku pendam seorang diri. Lagipun ini problem aku, biar aku cuba selesaikannya tanpa melibatkan orang lain.

Abang Alif turut melabuhkan punggung di sebelah aku. Secawan kopi yang berada di dalam genggamannya itu diletakkan di atas meja itu.

"Best keluar dengan Ian tadi? Siap dapat teddy bear besar gedabak lagi." Kata Abang Alif lalu dia menyisip sedikit air kopi itu. Aku hanya tersenyum nipis. Best sangat heh.

"Boleh lah." Balas aku ringkas. Dia memandang aku dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Sah adik ada masalah. Haih, tak nak lah macam ni. Tak bagus untuk kesihatan. Cuba share." Aku memandangnya sekilas sebelum mula bangun dan menuju ke arah maggi itu.

"Tak ada apa pun. Adik sakit kepala sikit. Tak ada mood sangat." Balasku dengan penipuan. Abang Alif hanya sekadar mengangguk faham. Aku mula menghidangkan maggi kari itu untuk aku dan Abang Alif. Seketika kemudian, kami memulakan suapan.

♡♡♡

Sweatshirt berlengan panjang yang berwarna maroon itu disarungkan ke tubuh aku. Rambut disikit rapi sebelum dibiarkan terlepas. Seperti biasa, aku menempekkan sedikit bedak ke wajah aku dan bibir aku diletakkan sedikit lipbalm. Sling bag dicapai sebelum aku mula turun ke bawah.

"Adik tak breakfast dulu?"

"Tak kot. Takut jem pulak nanti." Kata aku sebelum sepasang sneakers dicapai dan disarungkan ke dua-dua belah kaki aku.

"Okay... Drive safe." Aku hanya mengangguk lalu melemparkan sebush senyuman kepada Abang Alif. Ayah dan ibu? Mereka berada di Singapore sekarang. Jadi hanya aku dan Abang Alif sahaja yang berada di sini.

Aku memboloskan diri ke dalam kereta. Engine kereta dihidupkan. Tanpa membuang masa, aku memulakan pemanduan menuju ke airport.

♡♡♡

Setelah selesai meletakkan kereta di tempat parkir, aku berjalan masuk ke dalam kawasan airport itu. Sekeliling kawasan itu dipandang. Seketika kemudian, kelibat Aunty Izzati, Uncle Rayyan dan Hanna serta Ian menyapa pandanganku.

The Truth Untold Where stories live. Discover now