11

7.5K 614 26
                                    

"Balik lah!" Nada aku dinaikkan sedikit. Tubuh Ian yang sedang bersandar memeluk tubuh di dinding itu dipandang.

"At least, bagi lah aku breakfast dulu. Aku tak breakfast lagi tadi sebab belikan bunga tu untuk kau tau." Aku mengomel perlahan mendengar alasannya. Mengada je tu!

"'By the way~ Ambik lahh bouquet ni. Ni dah masuk kali ke 150 juta kau reject aku. Sakit tau tak." Katanya sambil mengacah-acah memegang dadanya. Dengan muka mintak penampar tu eii. Rasa macam nak melayang tangan aku ni.

Aku hanya memandang bunga itu sekilas tanpa mengambil bunga itu. Kalau diikutkan hati memang aku nsk ambil dah tapi tu lah, ego!

Walaupun mulut berkata suruh Ian balik, tangan aku tetap menyediakan tiga hidangan untuk aku, Naura dan Ian.

"Suruh aku balik, tapi kenapa masak banyak sangat? Macam bukan untuk dua orang je." Soalannya dibalas dengan sebuah jelingan daripada aku sebelum aku melangkah menuju ke cabinet dapur untuk mengambil serbuk nescafe.

"Untuk boyfriend aku... Kejap lagi dia sampai la tu." Aku melangkah ke arah meja makan lalu menghidangkan makanan serta minuman untuk sarapan itu. Ian hanya mengikut langkahku dari tadi.

"Kau ni dah macam tak ada rumah sendiri. Kesian sikit dekat si Naura tu. Disebabkan kau, dia kena pakai tudung pulak." Sambung aku lagi.

"Eh tak apa. Aku dah pakai tudung dah pun. Ian, jemputlah makan sekali." Naura yang baru tiba di ruang makan itu terus mencelah. Dia menarik salah satu kerusi lalu melabuhkan punggung.

"Hehe, terima kasih Naura!" Katanya sambil tersenyum sinis memandangku. Dia melabuhkan punggung berhadapan aku manakala Naura berada di sebelahku.

"Korang baca tak group kelas?" Dahiku berkerut apabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut Naura, begitu juga dengan Ian. Kami berdua lantas memandang ke arahnya.

"Group last year?" Soal aku. Masih wujudkah group itu? Kenapa aku rasa macam aku dah left group tu?

"Ye lahh... Group mana lagi. Kan si Haris tu bagitau jangan left sampai result SPM keluar." Balas Naura. Dahiku bertambah kerutannya. Masalahnya, group tu masih wujud lagi ke dalam phone aku?

"Kenapa group tu tak ada pun dekat whatsapp aku? Aku dah left ke?" Soal Ian. Aku turut bersetuju dengannya sebelum aku mengeluarkan phone aku dari pocket seluarku. Aplikasi whatsapp dibuka.

"Eh ada lah!" Serentak aku dengan Ian berkata. Aku memandangnya dengan pandangan menyampah. Dia turut memandang aku dengan reaksi yang sama.

"Hmm. Bila korang nak nikah ni?" Soal Naura tiba-tiba. Laju tangan aku bertindak balas dengan menampar pahanya.

"Ish sakitlah!" Rungutnya sambil mengusap perlahan pahanya. Aku hanya membiarkan. Dia pun dah biasa dengan tamparan aku.

"Vacation?" Ian bersuara. Aku memandang Ian pula. Terlupa tentang topik yang dibincangkan tadi. Vacation apa pulak ni?

"Vacation ape ni?"
"Lah kau lupa ke?" aku memandang Naura dengan sebelah keningku terangkat. Lupa apa?

"Kan every year cikgu akan buat short vacation dengan batch yang spm last year tu. So, this year kita pulak lah. Takkan kau lupa kot? Aku rasa kau yang paling excited last year. Tak sabar sangat nak pergi vacation tu." Sambung Naura. Aku termenung seketika, memikirkan tentang hal itu.

"Ohh, yang tu!" Terjerit kecil aku beberapa saat selepas itu. Ya Allah, sejak keluar dari sekolah ni, otak aku dah jadi senget dah.

"Kau loading lambat sangat kenapa ni?" Aku mengjungkitkan kedua-dua belah bahuku tanda tidak tahu. Manalah aku nak tahu kenapa aku loading lambat sangat hari ni.

The Truth Untold Where stories live. Discover now