40

20K 782 339
                                    

10 Bulan Kemudian

Aireen Nadhirah melangkah masuk ke dalam rumah peninggalan 'arwah' Ian. Hanya 'arwah' di dalam hatinya. Tapi betul ke sudah menjadi arwah? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Aku juga tidak tahu isi hati aku sekarang. Kosong. Mungkin itu yang sedang dirasakan oleh hati aku.

Dia tak ada pilihan lain selain berhenti mengharap. Kedatangannya disini dibawa bersama sekeping hati yang kecewa. Hati yang sudah penat dan lelah menanti cinta yang tak akan dimiliki. Surat yang diterima olehnya dari Ian di Berlin itu sahaja sudah mampu membuatkan hatinya patah seribu.

Betul lah kata orang. Ini lah padahnya bila mengharap. Aku tak sepatutnya berharap yang Ian akan jatuh cinta dekat aku. Terang lagi terang masa depannya akan bersama dengan Hanis. Mengapa aku masih lagi berharap?

Langkah aku diatur menuju bilik yang mempunyai beberapa alat muzik itu. Bagaimana aku boleh berada di sini? Sebelum Ian dan keluarganya fly ke Berlin, sempat dia memberikan aku kunci rumah ini. Ya, dia berharap dekat aku untuk menjaga rumah ini. Ian juga turut memberi izin untuk aku buat apa saja di sini.

Mengapa aku masih mahu datang ke rumah milik orang yang aku sayang kalau aku cuba untuk melupakannya? Huh, aku pun tak tahu. Mungkin, ini kali terakhir aku datang sini dengan perasaan yang masih mencintai Ian. Selepas ini? Mungkin tiada lagi perasaan itu bersama aku.

Bukan mungkin, tapi aku kena berusaha dan paksa diri aku untuk berhenti. Berhenti dari mengharap dan juga mencintai. Mencintai seseorang yang pasti tak akan jadi milik aku. Cukup lah aku masih berharap kepada Ian selama 11 bulan dia tinggalkan aku.

Setitis air mata aku mengalir turun ke pipi aku tanpa aku sedari. Kenapa? Kenapa aku langsung tak berpeluang untuk hidup seperti dalam novel semua itu? Tak boleh kah aku bahagia bersama orang yang hati aku mahukan?

'No, Aireen! Stop it. Ini takdir.' Getus hatiku dengan sayu. Ya, aku perlu menerima semua ini. Ini semua aturan Tuhan. Pasti ada sebab kenapa aku hanya bertepuk sebelah tangan. Mungkin ada yang lebih baik sedang menunggu aku.

Setitik lagi air mataku mengalir. Aku hanya biarkan air mata aku berterus-terusan mengalir ke pipi mulus aku itu. Tangan aku langsung tak bertindak untuk mengelap air mata itu.

Tiba sahaja di hadapan bilik itu, tangan aku bergerak memulas tombol pintu lalu ditolak ke dalam. Tanpa membuang masa, aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Pandangan aku disapa dengan sebuah piano dan beberapa buah guitar yang tergantung elok di dinding itu.

Perhatian aku lebih tertarik kepada piano besar yang betul-betul berada di tengah-tengah bilik itu. Aircond dipasang lalu aku melangkah ke piano itu. Sebuah senyuman nipis terbentuk di bibir mungil milikku.

Aku duduk di bangku yang disediakan untuk piano itu lalu tangan aku mula menekan beberapa key piano itu. Sebuah lagu terlintas di fikiran aku. Lantas, jari-jemari aku mula menari di atas piano key itu.

All I want is nothing more
To hear you knocking at my door
'Cause if I could see your face once more
I could die a happy girl I'm sure

Pasti, jika Ian datang kepada aku dan jika aku dapat melihat mukanya sekali lagi, pasti aku akan menjadi perempuan yang paling gembira di dunia. Hanya sekali, itu sahaja yang aku mintak. Cepat-cepat aku menidakkan semua itu. No, stop it Aireen! Aku tak sepatutnya berharap lagi!

When you said your last goodbye
I died a little bit inside
And I lay in tears in bed all night
Alone without you by my side

Benarkan? Lagu ini sangat sama dengan apa yang aku alami. Bertitis-titis air mata aku menitik jatuh ke atas piano key yang berwarna putih itu. Namun aku tetap gagah meneruskan lagu itu.

The Truth Untold حيث تعيش القصص. اكتشف الآن