39

10.2K 641 103
                                    

Bismillah... Author nak start lari dari kena sembelih.. Bye bye semua~ 🌚

Abaikan typo atau ayat yang merepek. Sesungguhnya ending cerita ni hambar ha ha ha k bye.

_________________________________

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar bilik hotel yang aku duduk itu membuatkan aku mengalihkan pandangan memandang pintu itu. Tangan aku yang sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala itu terhenti. Langkah di atur menuju ke pintu bilik hotel itu.

Kaki dijingkit sedikit untuk melihat gerangan yang berada di luar melalui lubang kecil yang terdapat di pintu itu. Wajah seseorang yang tidak disangka menyapa pandanganku.

Nafas dihelah perlahan sebelum aku membuka pintu itu dengan malas. Wajah Ian dijeling sekilas.

"Aireen..."

"Aku nak mintak maaf. Aku mintak maaf sangat-sangat if aku ada sakitkan kau. Kalau aku ada buat kau sakit hati secara fizikal atau mental, kau bagitau je aku eh? Aku takut aku tak sedar yang aku sakitkan kau."

"Ye. Aku tau aku ada banyak buat salah dekat kau, Dee. Aku tau semua tu. Tapi aku tak nak disebabkan aku, hubungan kita terputus macam tu je. So, aku nak mintak maaf sangat-sangat dekat kau."

"Tak apa. Kalau kau tak nak maafkan aku, aku tak kesah, Dee. Satu je aku mintak... Aku tak nak hubungan kita terputus. Itu je, Dee. Itu je yang aku mintak."

"Satu je aku mintak Ian..." Aku bersuara apabila dia sudah menghabiskan ayatnya. Sebuah keluhan berat dilepaskan.

"Balik and jangan kacau aku lagi. Fullstop." Pintu itu terus ditutup rapat. Hampir sahaja pintu itu terkena hidung mancung milik Ian namun sempat dia mengelak.

Langkah di atur menuju ke katil sebelum badanku dihempas ke atas tilam empuk itu. Lengan sebelah kiri diletakkan di atas dahi sebelum dia mengeluh perlahan.

Mata dipejam serapat-rapatnya, cuba untuk tidur dan lupakan semua yang terjadi.

Seminggu Kemudian

Bunyi ringtone daripada phone aku itu telah berjaya menyentakkan lamunanku. Phone yang berada di meja tepi katil itu dijeling sekilas. Nama Ian terpampang di screen phone aku.

Baru sekarang nak cari?

Aku ketepikan ego yang sedang melangit di dalam diri itu apabila teringat akan tarikh harini. Laju sahaja tangan aku mencapai phone itu. Butang 'answer' ditekan.

"Dee..." Aku hanya diam membisu. Hati aku hanya terniat untuk menjawab, tapi langsung tak terniat untuk membuka mulut dan berbual dengannya.

"Dee, aku..." Telinga aku menangkap bunyi Ian mengeluh perlahan. Bibirku diketap menahan rasa yang bercampur-baur di hati. 6 hari tidak cukup ke untuk aku lupakan dia?

Mungkin 6 tahun baru cukup.

"Aku tau kau masih marah and emosi kau masih tak stable. I know all of this is my fault. Semua ni datang dari aku, Dee. But please. Aku tak mintak lebih. Aku mintak satu je."

"Aku mintak sangat kau datang jumpa aku before aku fly petang ni. Please, Dee. Aku nak tengok muka kau before aku pergi. Aku tak sanggup nak jauhi kau if aku tak sempat tengok muka kau sebelum aku pergi." Sambungnya. Suasana menjadi sunyi sepi sebelum Ian mengeluh sekali lagi.

"Please, Dee." Air liur ditelan terasa kesat. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Masih sempat untuk aku pergi ke airport.

"Boleh..."

The Truth Untold Where stories live. Discover now