23

6.5K 536 93
                                    

"Assalamualaikum..." Mata aku spontan bergerak memandang pintu rumah yang terbuka dari luar itu. Tubuh yang memberi salam tadi bergerak masuk ke dalam lalu matanya bertembung dengan mata aku buat seketika sebelum aku memandang ke arah atok yang berada di belakang Ian.

"Waalaikumussalam." Ameer yang duduk di sofa bertentangan aku itu menjawab salam yang diberi oleh Ian tadi. Tindakannya membuatkan aku tersedar tentang hal itu lalu aku turut menjawab salam di dalam hati.

"Eh, Ameer? Kamu buat apa dekat sini? Bila sampai?" Soal atok bertubu-tubi apabila tersedar yang aku bukan keseorangan di ruang tamu itu. Lantas, Ameer berdiri dan menuju ke arah atok. Ian? Sudah hilang ke dapur. Mungkin hendak bagi opah ikan hasil memancing tadi kot.

Aku hanya memerhati Ameer dan atok beramah mesra di depan pintu itu. Tak boleh duduk dulu ke? Kenapa nak kena bersembang depan pintu jugak? Alahaii...

Pandangan aku beralih ke arah Ian yang sudah berjalan kembali ke ruang tamu itu. Dia melangkah menuju ke arah atok dan Ameer tanpa langsung memandang aku yang berkeseorangan disitu.

'Lebih baik aku tolong opah kalau macam ni.' Getus hatiku lalu aku mula bangun dan menapak ke dapur. Kacau opah dekat dapur lagi best daripada bersembang!

♡♡♡

Pinggan mangkuk kotor yang terdapat di dalam singki itu ditenung macam nak tembus. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Nasib baiklah kaki aku dah okay... At least tak ada lah sakit kalau aku berdiri lama-lama sebab nak basuh pinggan.

Tangan aku mula membuka paip air itu lalu satu persatu pinggan dicapai dan dicuci dengan bersih menggunakan sabun. Terdengar gelak ketawa atok, Ameer dan Ian dari ruang tamu itu. Opah pula awal-awal sudah masuk ke bilik. Penat memasak katanya.

Seketika kemudian, bahu aku terasa seperti dicuit oleh seseorang dari tepi. Aku terus memandang gerangan tersebut. Wajah Ameer yang merupakan sepupu aku itu menyapa pandanganku.

"Kenapa?" Soalku ringkas lalu aku kembali sambung mencuci pinggan mangkuk itu. Tubuhnya yang berada dekat dengan aku membuatkan aku berasa tidak selesa lalu aku bergerak ketepi sedikit.

"Kau buat apa tu?" Aku memandangnya sekilas sebelum wajahnya dijeling tajam. Apa bodoh sangat soalan dia tu?

"Basuh pinggan lah. Takkan tak nampak kot? Buta ke?" Balasku dengan sedikit sindiran. Dia hanya berdecit perlahan sebelum tangannya bergerak mencubit pipi aku. Laju sahaja aku menepis tangannya.

"Apo main pipi orang ni? Ishh!" Sekali lagi tangan aku menepis tangannya yang sibuk mencubit pipi aku itu. Tahu lah pipi aku ni pau gebu melepak gitu tapi tak payah lah nak mencubit bagai. Ian je boleh!

Eh? Astaghfirullahalazim.

"Kau buat sekali lagi, aku tampar kau cukup-cukup." Ugut aku dengan kasar. Tak kesah lah yang dia ni tua tiga tahun dari aku pun. Tak akan pernah aku tunjuk hormat dekat dia. Suka sangat kacau life aku kenapa entah!

"Okay fine... Tak buat dah." Automatik tangan Ameer berhenti dari cuba untuk mencubit pipi aku itu. Suasana sepi buat seketika sebelum tangannya bergerak ke paip air itu lalu air yang basah ditangannya itu dipercik ke muka aku.

"Ya Allah. Jangan kacau aku nak basuh pinggan lah!" Kata aku dengan nada geram sebelum aku mula memercikkan air sabun ke arahnya. Dapur itu hanya bising dengan jeritan aku dan bunyi ketawa sakan Ameer.

Tanpa kami berdua sedar, kemesraan aku dan Ameer dipandang oleh seseorang dengan satu perasaan yang sukar di tafsir.

♡♡♡

"Nad balik dengan Ian dulu ya? Ni kunci rumah. Opah dengan atok ada hal sikit dengan imam masjid ni." Aku hanya mengangguk tanda akur dengan arahan opah sebelum kunci rumah itu bertukar tangan.

The Truth Untold Where stories live. Discover now