21

7.3K 542 36
                                    

Aku melangkah turun daripada motor yang ditunggang oleh Ian itu apabila tiba di perkarangan rumah opah. Tangan aku disuakan kepada Ian untuk meminta kunci rumah Opah.

"Nak apa?" Dahinya berkerut memandang tangan aku. Wajah aku dipandang sekilas lalu dia tergelak kecil.

"Gelak lah lagi! Ni semua salah kau! Tak pasal-pasal rambut aku yang warna dark brown yang lawa tu jadi warna blond. Eiii! Bagi kunci rumah!" Kata aku dengan nada menahan marah. Dia tergelak kecil.

"Aku mana bawak kunci rumah tadi. Ni ha, ada kunci motor je." Aku memandangnya dengan geram sebelum aku melangkah menuju ke depan pintu rumah itu dengan geram. Sebuah keluhan berat dilepaskan. Boleh pulak terlupa nak bawak kunci. Eiii!

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam dengan kuat. Pintu itu diketuk beberapa kali. Badan aku mula meremang akibat geli. Siapa tak geli kalau jatuh dalam sawah yang berlumpur tu? Nasib baik dah kering sikit sebab kena angin semasa naik motor tadi.

"Assalamualaikum! Opah ohh Opah!" Salam kedua diberikan lalu aku cuba untuk menyabarkan hati aku yang sudah tak sabar mahu mandi. Yang paling sedihnya rambut aku huwaa. Habis disalut dengan lumpur!

"Ya, ya. Waalaikumussalam... Sekejap!" Aku dengar opah menyahut. Seketika kemudian, pintu rumah itu terbuka dari dalam. Aku hanya tersengih memandang opah yang sudah melihat aku dengan wajah terkejut.

"Ya Allah... Nad! Hang buat apa sampai berlumpur satu badan ni! Astaghfirullahalazim..." Aku mencebik sekilas sebelum aku memandang Ian yang berada di belakang aku.

"Hiks... Dia ni lah opah! Dia buli Nad pastu dia tolak Nad dalam sawah! Pastu Nad sempat tarik tangan Ian sekali. Ha, padan muka dia!" Aku menunding jari ke arah Ian lalu memandangnya yang berada di belakang aku itu.

"Eh... Mana ada! Dia yang terjatuh sendiri pastu boleh pulak tarik Ian sekali. Ha, nak salahkan siapa? Aireen la!" Balas Ian sambil memadang aku dengan matanya yang disepetkan. Aku mencebikkan bibirku lalu memandang opah semula. Opah hanya menggeleng melihat telatah kami berdua.

"Sudah sudahlah tu... Hampa berdua pergi mandi cepat. Banyak bakteria apa semua tu. Pergi mandi cepat." Kata opah lalu badanku ditolak sedikit untuk masuk ke dalam oleh Ian. Aku memandangnya sekilas dengan pandangan geram sebelum aku melangkah menuju ke bilik aku dengan laju.

Sampai sahaja di dalam bilik, aku mencapai sepasang baju dan towel sebelum aku menuju ke bilik air untuk mandi.

Habis rambut aku jadi kusut. Haih...

♡♡♡

Tok! Tok! Tok!

Badan aku automatik terbangun dari berbaring apabila mendengar ketukan pintu itu. Lantas, aku bangun dan melangkah menuju ke pintu bilik aku.

Pintu bilik itu dibuka dari dalam oleg aku lalu tubuh Ian menyapa pandanganku. Aku mengerut dahi melihatnya.

"Kenapa?" Soalku. Ada apa dia datang ke sini? Nak kata opah ajak makan malam, kami baru sahaja selesai dinner tadi.

"Dah solat isyak ke belum?" Soalan aku dibalas dengan soalan... Aku menggeleng sebagai jawapan kepada soalannya.

"Siap lah cepat. Opah dengan atok ajak solat isyak berjemaah." Katanya sebelum berlalu pergi. Sempat aku menangkap sebuah senyuman oleh Ian kepada aku itu.

Wahh, sekarang dia dah pandai senyum kat aku balik!

Terharu jap.

Tanpa membuang masa, aku melangkah keluar menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja, aku menuju semula ke bilik aku untuk mengambil telekung lalu aku melangkah menuju ke bilik solat.

The Truth Untold Where stories live. Discover now