𝔾𝔹 𝕝 𝟘𝟛

1.9K 74 0
                                    

"Bapak kau transfer duit tu bukan untuk kau!!" ketus maksu

Naura mengerutkan dahinya "habistu kalau bukan untuk Naura lalu untuk siapa maksu?" soal Naura dengan penuh tanda tanya.

"untuk akulah" jawab maksu sambil mngerling ke arah Naura

Naura ingin protes tetapi terhenti apabila bunyi hon kereta dari luar rumah lalu maksu bergegas pergi ke arah bunyi hon kereta tersebut

Cermin kereta tersebut di turunkan lalu menampakkan wajah seorang lelaki bertopi hitam dan wajahnya seakan  tertutup tidak ingin memperlihatkan wajahnya

"Nah!duit kau yang si naufal tu transfer tadi.Kau suruh aku pergi ambil tadi kan" kata lelaki tersebut sambil menghulurkan satu sampul dan diterima baik oleh maksu

"hmm..kejap aku nak kira duit ni takut terkurang" kata maksu

Lelaki tersebut memutarkan bola matanya malas

"Halah!aku takde nak ambil duit kau pun!!"

Maksu siti ketawa dengan kuat lalu berkata "eh, sejak bila aku tuduh kau ambil duit aku?takde pun kan?"

Lelaki itu mendengus

"dahlah aku nak balik dahni...dah lewat dah" kata lelaki itu

"hmm...pergilah" kata maksu

Lelaki itu berlalu meninggalkan perkarangan rumah maksu siti

Maksu berjalan masuk ke dalam halaman rumahnya.Naura yang melihat kelibat maksu yang ingin masuk ke dalam rumah ditahan nya.

"mak-"

"Kau nak apa??!!" baru sahaja Naura menyebut nama maksunya terlebih dahulu maksunya memotong.

"eii kau ni kalau sehari tak menyibuk urusan aku tak boleh ke!?" marah maksu

"tapi maksu,Naura cuma nak tan-"

"KAU DIAM BOLEH TAK!?KENAPA KAU BANYAK CAKAP SANGAT HARINI HAH?!" jerit maksu

"tapi duit tu untuk Naura!!Naura perlukan duit tu maksu...duit tu penting bagi Naura maksu-"

PLAKK!!

Belum sempat Naura menghabiskan kata-katanya tangan maksu terlebih dahulu hinggap di pipi mulus milik Naura.Naura cuba menahan air mata yang cuba gugur dari kelopak matanya

" berani kau tinggikan suara dekat aku ehh sekarang" kata maksu

"Kau tu sepatutnya kena sedar kedudukan kau sekarang!!kau tu hanya pembawa masalah dalam hidup aku!kau tahu tak!!?" kata maksunya lagi.

Naura hanya diam menanti hinaan yang bakal keluar dari mulut maksunya itu.

"Kau tu tak lebih dari seekor bab*!!" jerkah maksu

Naura memandang maksunya dengan pandangan seolah olah terkejut dengan kata-kata yang di lontarkan oleh maksunya itu

"ASTAGHFIRULLAH!!hina sangat ke Naura ni di mata maksu ya Allah" tangis Naura dalam hatinya

"DAHLAH H*R*M!! DUDUK DEKAT DENGAN KAU PUN RASA JIJIK, RASA NAK MUNTAH" jerit maksu

Naura diam seketika kemudian Naura bersuara dengan tangisnya yang teresak-esak

"Apa salah Naura sampai maksu bencikan Naura sampai macam ni sekali?" soal Naura

"satu lagi maksu..apa kaitan Naura dengan anak h*r*m yang selama ni maksu panggil Naura dengan gelaran terhina tu maksu?" tanya Naura sambil menangis pilu

"heh!!kau betul nak tahu?" tanya maksu

"aku risau takut kau tak dapat terima kenyataan yang akan aku sampaikan dekat kau nanti" kata maksu sambil menatap sinis ke arah Naura.

Naura hanya sekadar menganggukkan kepala lalu maksu menghembuskan nafas beratnya dan mula untuk berbicara.

"macam ni....."

-FLASHBACK-

"abang, saya..."

Siti menyeka air matanya...lengan sasa pujaan hatinya, Ahmad Naufal di sambar  lalu digenggam erat seakan tidak mahu melepaskannya. Siti tidak mahu lelaki itu meninggalkannya.

Siti tidak sanggup untuk berjauhan dengan lelaki itu, sungguh dia terlalu mencintai dan menyayangi naufal.Siti mencintai naufal dengan sepenuh hatinya.

"Siti!what do you want from me!!" jerkah naufal

Terasa menyampah apabila gadis muda itu asyik menganggu dan mengejarnya tanpa henti.

"siti nak abang....siti nak kahwin dengan abang...." rayu siti

Kepala disandarkan ke dada bidang milik lelaki itu namun belum sempat kepalanya mendarat di atas dada bidang naufal, segera kepalanya di tempis kasar oleh naufal.Tubuhnya terdorong sedikit ke belakang.

" SITI PLEASE!!KAU SENDIRI TAHU YANG AKU SUKAKAN SURAYA DAN KAU SEPATUTNYA CUKUP DEWASA UNTUK FAHAM" tempik naufal

Mata coklat miliknya mencerun tajam ke arah siti.

"tapi suraya tak sukakan abang!dia cintakan orang lain!siti yang ada di
depan  abang, yang sentiasa ada untuk abang abang tak pernah pandang pun"

"apa yang suraya ada, yang takde pada siti?!" siti membalas dengan penuh emosi.

Air matanya mula mengalir deras.Dia cintakan lelaki itu, Ahmad Naufal.

Naufal adalah kawan rapat kepada kakaknya,Suraya.Dari pertama kali bersua muka di universiti setahun yang lalu siti sudah jatuh hati pada naufal.

Jatuh cinta pandangan pertama.Hati perempuannya meronta ingin memiliki naufal.

Setiap kali naufal mengajak suraya keluar, pasti siti tidak bisa diamDia akan mencari cara untuk turut serta nasib lah suraya memahami kehendak hatinya, dengan batuan suraya siti akan sentiasa ada setiap kali naufal dan suraya berjumpa.

Siti seperti ekor naufal, dimana sahaja lelaki itu berada,di situ pasti ada dia.

Lapan bulan lepas, naufal kembali ke New Zealand untuk menyambung pengajiannya.Lemah, longlai tidak bersemangat saja siti meneruskan aktiviti harian kerana berjauhan dengan naufal.

Setelah genap setahun naufal berada di New Zealand, siti dikejutkan dengan berita bahawa naufal telah berkahwin dengan seorang gadis dan gadis itu adalah kakak kandungnya sendiri, Suraya.

Apabila mengetahui berita tersebut benar, siti mula menanam rasa dendam kerana sangat marah aka perkara tersebut.

Dan terlebih lagi membuatnya sakit hati dan benci terhadap naufal dan kakaknya kerana dikejutkan dengan alasan perkahwinan mereka akibat mereka telah terlanjur dan kini usia kandungan Suraya sudah mencecah ke 6 bulan...

Selapas Suraya melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Naura Aqila....Siti merancang untuk membalas dendam dengan menyihir Suraya sehingga meninggal.

Setelah Suraya meninggal,dia berasa puas kerana dendamnya sudah terbalas. Namun dia terlupa bahawa Naura masih ada dan Naufal sangat menyayangi anak perempuannya itu melebihi segalanya termasuk nyawanya sendiri.

-END FLASHBACK-

TBC

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant