𝔾𝔹 𝕝 𝟜𝟙

1.2K 39 0
                                    

"Ibu!" jerit Naura dan Lissa lagi lalu mereka cuba meluru kearah maksu siti dengan tangisan laju berjurai-jurai dan keadaan yang masih terikat.Terasa seperti nyawa mereka separuh hilang melihat adegan tadi.Maksu siti ditembak dihadapan mata mereka.

"Flower!!" jerit Tengku Ayaaz dengan suara garau.

"Tak guna!" jerit bantu Rossa lalu dia mengeluarkan pisau dan dia menikam perut Tengku Ayaaz.

"Arghh!Shit!"

Pembantu Rossa menolak tubuh Tengku Ayaaz jatuh ke tepi lalu dia tinggal melarikan diri.Rancangan mereka nampaknya sekarang gagal total kerana dari awal tidak mahu ada pembunuhan nmaun sekarang lebih dari itu.

"Abang!" mata Naura terarah kearah Tengku Ayaaz pula.Terbeliak mata Naura memandang suaminya yang terkulai lemah diatas lantai.

"Woi!Jangan tinggalkan aku!" jerit pembantu Rossa yang memegang Tengku Zakuan tadi, dia meninggalkan Tengku Zakuan di situ dan berlari keluar bersama rakannya tadi.

Rossa cuba meloloskan diri dari ditindih oleh maksu siti yang sudah diam terkaku.Dahinya yang berdarah diabaikan.Sudah tidak terasa sakit.
Tak semena-mena ikatan tangan Naura itu mula longgar lalu terlepas, dia membuka ikatan Fara Melissa pula.
Rossa menolak tubuh kaku maksu siti ke tepi lalu bingka dia bangkit mencari-cari pistol yang hilang tadi.

"Ibu bangun,Ibu bangun" teriak Naura disii tubuh maksu yang sudah diam membisu.Tubuh maksu siti di goncang  berkali - kali supaya maksu siti tetap sedar.Tengku Zakuan berlari kearah Tengku Ayaaz yang sudah terbaring lemah,banyak darah yang keluar dari perut lelaki itu yang ditikam tadi.

"Rosak rancangan aku!" jerit Rossa, dia meluru kearah Naura sambil mengangkat pisau tinggi keatas.Mahu menikam tubuh itu sehingga hancur.

"Rasakan sial!!"

"F...Flower!"pantas Tengku Ayaaz berlari kearah Naura untuk menyelamatkan cinta hatinya dengan kudrat yang masih tersisa dia berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan Naura tanpa memikirkan rasa sakit tusukan pisau tajam tadi.Segera Tengku Ayaaz merempuh tubuh Rossa sekuat hatinya sehingga terhentak ke dinding membuatkan dia dan Rossa terpelanting jauh dari Naura.

"Argghh!"  Rossa mengaduh sakit setelah di rempuh kuat oleh lelaki itu.

Setelah beberapa saat dia cuba untuk bangkit melarikan diri dalam pening - pening setelah di rempuh kuat tadi.

"POLIS!JANGAN BERGERAK!ANDA DI KEPUNG!"

Namun cubaan Rossa untuk melarikan diri gagal setelah polis datang mengepung seluruh kawasan itu.Segera polis itu menangkap Rossa lalu tangan perempuan itu diari pantas.

"Woi lepaskan aku Woi!Dasar polis!Lepaskan aku Woi!" meronta-ronta Rossa seperti orang gila setelah tangannya diari oleh polis lalu dibawa keluar.

Naura terkedu melihat suaminya melutut di tepi dinding terdiam seorang diri pantas Naura meluru kearah suaminya dengan tangisan makin berjurai.

" Abang, Abang.... Abang okay?Abang! Dengar tak abang....Jangan tinggal Naura Abang.Jangan...." tangis Naura sudah menerpa kearah Tengku Ayaaz.

Namun Tengku Ayaaz hanya terkaku memegang perutnya.Mata Naura tertancap pada perut suaminya.Matanya terbeliak melihat pisau tajam terpacak pada perut lelaki itu Perlahan-lahan Tengku Ayaaz merebah tubuh kebawah.
Sempat Naura menyambut lalu dia  meletakkan kepala suaminya diatas pahanya.Mata Tengku Ayaaz terkebil-kebil memandang kearah Naura dengan senyuman nipis di bibir.

"Abang, abang kenapa abang sanggup buat semua ni?kenapa?!Abang jangan tinggalkan Naura, bangun!bangun! Tahan nanti kita pergi hospital!" meraung Naura sendiri.Keliru tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Semua ni terlalu mengejut baginya sehingga tubuhnya sendiri menggigil-gigil tanpa henti.

" Syu...syukur,flower se...selamat" ucap Tengku Ayaaz sambil sebelah tanganya mengelus lembut wajah Naura dengan tangan berdarah.Tangan sejuk itu mengelus lembut wajah Naura sehingga pipi Naura melekat kesan darah.
Perlahan-lahan Naurea memegang tangan suaminya dibiarkan ke pipinya supaya berhenti dari mengelus wajahnya.

"Abang, bertahan... Jangan pergi... Jangan... Naura dan anak-anak perlukan abang.Naura sayang abang.Naura cintakan abang" teriak Naura sambil menggoncang kan tubuh Tengku Ayaaz perlahan berkali-kali.

Air mata setitis demi setitis jatuh dari tubir mata mengalir ke wajah Tengku Ayaaz.

Tiba-tiba Tengku Ayaaz mengangkat jair kelingkingnya Kearah Naura dengan matanya tepat memandang Naura.
Senyuman nipis setia di bibir.

Naura terkaku melihat jari kelingkingnya suaminya.Seakan-akan lelaki itu mahu membuat satu perjanjian.Perlahan-lahan jari kelingking Naura memaut pada jari kelingking Tengku Ayaaz.Tangisannya sedikit reda namun tubuhnya masih menggigil.

"F..Flower, flower janji dengan a...abang"
Ujar Tengku Ayaaz  perlahan.

Naura terdiam.

"Flower janji, kalau a.. kalau..abang dah takde...j..jaga diri flower baik baik.
Abang.... .sa... .sayang bunga ke..kesayangan abang ni.. Jaga anak-
anak baik baik ye...Abang sa..sayang flower...hingga hu..hujung nyawa abang..." ujar Tengku Ayaaz separuh gagap.

Naura menelan liur dengan air mata menjurai ke pipi Perlahan-lahan dia memganggukkan kepala.

"Ba...baik,tapi abang jangan tinggalkan Naura.Naura tak sanggup hilang abang..." jari kelingkingnya masih terpaut pada jari kelingking suaminya.

Rambut suaminya dielus - elus perlahan.

Tengku Ayaaz hanya tersenyum.
Perlahan-lahan matanya terpejam dengan tenang.Senyuman indah terukir di bibir itu tidak pudar.

"ABANG!ABANG! BANGUN JANGAN PERGI!JANGAN TINGGALKAN NAURA!JANGAN PERGI....ABANG!!" meraung Naura di ruangan sunyi itu.Bergema suaranya diseluruh pelusuk penjuru.
Fara Melissa menggosok lembut belakang Naura.Air mata yang keluar dari mata Tengku Zakuan cepat - cepat dihapuskan olehnya.

Pandangan Naura bersilih ganti kearah maksu siti yang terbaring kaku dna tubuh Tengku Ayaaz turut terbaring kaku diatas pangkuan ribanya.Rasa sekaan-
akan cahaya yang baru ingin memgindahkan hidupnya telah pergi.

Naura meraung sekuat hati t8dka sanggup kehilangan kedua-dua orang yang dia amat sayangi.

_____________________

"Woi polis!Lepaskan aku! Lepaskan!" Rossa masih meronta-ronta sambil meluru keluar dari tempat itu tanpa henti.Pintu kereta polis di bahagian belakang di buka untuk memasukkan Rossa.

Pembantunya juga sudah berada didalam perut kereta kecuali Rossa.Sebelum Rossa dimasukkan kelam perut kereta langkahnya ditahan oleh seseorang.Mata Rossa terkebil-kebil melihat riak wajah itu memandang kearah dia dengan pandangan kosong.Rossa merenung wajah itu dengan penuh rasa cuak di dada.

"Ab...Abang" separuh gagap Rossa dibuatnya setelah melihat suaminya berdiri dihadapan nya.

"Rossa Ammara binti Rosyam, aku ceraikan kau talak tiga!" ucap Encik Naufal  dengan pandangan kosong lantas dia berlalu pergi mengabaikan Rossa tanpa basa basi lagi.

Sudah tiada apa yang dikatakan lagi olehnya.Bercerai adalah pilihan terbaik buat dirinya dan keluarganya.Selepas ini biar polis yang menjalankan hukuman seterusnya buat mereka bertiga selayaknya.

Rossa diam tersentak lalu tubuhnya ditolak masuk ke dalam kereta polis tanpa banyak bunyi lagi.Dia termenung jauh.

Tidak lama setelah itu kereta polis berlalu pergi dari kawasan itu secepat mungkin membawa Rossa dan Pembantunya ke muka pengadilan dunia.

TBC

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now