𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟞

1.2K 52 3
                                    

Tengku Ayaaz dengan perlahan menuruni anak tangga.Bebola matanya bergerak meliar mencari kelibat isteri tercinta.Kakinya melangkah laju kearah ruang tamu,dia melihat Tengku Ayesha dan maksu siti sedang bermain dengan anak kembarnya.Baru saja dia ingin mendekati anak-anaknya itu terus langkahnya terhenti apabila gegendang telinganya mendengar suara seseorang sedang bernyanyi di dapur.Dia sangat kenal suara itu.

"hey senangnya dalam hati kalau bersuami dua!" Naura bernyanyi sambil memcuci pinggan.

Dahi Tengku Ayaaz berkerut mendengar nyanyian isterinya itu.

"oh seperti dunia ana yang punya!"

"huh?"kening Tengku Ayaaz terjungkit sebelah.

" kepada suami tua!dinda sayang padamu!"Naura teruskan lagi nyanyiannya tanpa dia sedari Tengku Ayaaz berada di belakangnya.

"flower panggil abang suami tua?" tanya Tengku Ayaaz dengan wajah yang masih berkerut.

"Oh kepada suami muda i say i love you!" Naura mengabaikan suaminya dia masih tidak perasan akan kehadiran suaminya itu.

"huh?suami muda?flower ada suami lain ke?" tanya Tengku Ayaaz lagi.

"suami tua merajuk balik ke rumah suami muda!"

"stop it Aqila,kau nak sangat ke suami baru?"

"kalau dua-dua merajuk ana kahwin tigahhh!" Naura membuat jari tiga.

"Seriously Aqila?"

"Tak cukup kau menduakan aku, kau nak mentigakan aku pula?" Naura toleh ke belakang dan melihat wajah suaminya.

"Eh abang, bila abang ada dekat dapur ni?" tanya Naura,dia langsung tidak perasan akan kehadiran suaminya itu.

"Answer me, Naura Aqila" Naura kemam bibirnya.Bila nama penuhnya diseru terus dia menunduk kebawah.

Dia mendongak semula melihat wajah suaminya.

"Err,jawab apa?" dia beranikan diri untuk bertanya.

Tengku Ayaaz merengus membuatkan Naura gigit bibirnya.

"Kau ada suami lain ke selain aku?" soal Tengku Ayaaz dengan nada suara dingin.

"Eh mana ada,Naura ada abang sorang je" kata Naura lalu dia melangkah mendekati suaminya.

Baru sahaja dia ingin memeluk tubuh suaminya itu terus lelaki itu menolaknya perlahan.

"Pergilah dekat suami muda kau tu,pergi peluk dan cium dia sekali" sindir Tengku Ayaaz lalu melangkah meninggalkan isterinya.

"Eh abang!" Naura mengejar langkah suaminya sehingga ke tingkat atas.

BAM!

Bunyi hempasan pintu yang kuat itu membuatkan bahu Naura terhinjut sedikit.

"Abang...buka pintu ni" ujar Naura sambil mengetuk pintu bilik mereka.

"taknak!flower pergilah dekat suami muda flower tu!"

"Abang bagi ke?"

"Kau nak mampus ke Flower?hm?"

"Jangan lah merajuk abang,Naura nyanyi je tadi tu.Naura takde niat nak duakan atau tigakan abang.Walaupun abang tua,Naura tetap sayang abang" pujuk Naura lembut

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now