𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟙

1.3K 42 0
                                    

"Mommy!"

Naura memeluk tubuh Puan Fadhila dengan erat,Puan Fadhila turut membalas pelukan menantunya itu.

"jemput lah masuk mommy, yeen pun jemputlah masuk ye.."pelawa Naura kepada ibu mertua dan adik iparnya itu.

Naura melabuhkan dirinya semula disebelah Tengku Ayaaz manakala Puan Fadhila dan Tengku Aeyeen duduk berhadapan dengan mereka.

Baru saja Naura ingin memeluk lengan sasa suaminya,segera lelaki itu menepis dan bangun melangkah kearah ibunya,
puan fadhila.Dia melabuhkan dirinya disebelah wanita separuh usia itu.
Memuncung bibir Naura melihat suaminya menjauh darinya.

"kenapa pula ni?gaduh ke?" soal puan fadhila,hairan dia melihat anak dan menantunya ini,selalunya berkepit aje

Tengku Ayaaz menyandarkan kepalanya dibahu puan fadhila.Semakin hairan puan fadhila melihat anak sulung ini.
Jarang anak lelaki nya itu mahu bermanja-manja dengannya seperti ini.

Baru saja Tengku Ayaaz nak hidu haruman wangi mommynya.Lelaki itu dah mula rasa mual balik.Dia kepit hidung.

"mommy ni busuk lah!" Tengku Ayaaz menjauhkan diri dari puan fadhila.

Pertama kali dia rasa tak suka dengan bau mommynya.Naura dan Tengku Aeyeen memandang kearah Tengku Ayaaz dengan riak terkejut.Boleh pula dia cakap puan fadhila ni busuk.Puan Fadhila tersentak.Tengku Aydin pun tidak pernah cakap dia busuk.Berani Tengku Ayaaz cakap dia busuk.Puan Fadhila bau tubuhnya,tak ada apa yang pelik pun.

"Kamu ni kenapa?tiba-tiba je cakap mommy busuk.Selama ni tak pernah pun cakap macam tu" geram puan fadhila,kecik besar kecik besar je dia tengok anak sulungnya itu.

"betul lah mommy,along tak tipu, mommy dah mandi ke belum pagi ni hm?" Tengku Ayaaz tekup mulut dan hidungnya.

"mommy dah mandi lah!" membulat mata puan fadhila mendengar kata-kata anaknya itu.

"mommy,yeen rasa along ada masalah dengan rongga hidung" kata Tengku Aeyeen selamba

"Dah tiga hari suami Naura macam ni,pagi-pagi lagi dia dah keluar masuk bilik air, harini pun dah lima belas kali muntah,kuat sentap pun ye juga,terlebih manja pun ye..." adu Naura kepada ibu mertuanya

Tengku Ayaaz bangkit dari tempat duduknya dan melangkah kearah isterinya semula.Hanya bau wangian isterinya yang dapat hilangkan bau busuk yang menusuk masuk ke dalam hidungnya ini.

Puan Fadhila berfikir sejenak,dia pernah lalui situasi ini semasa mengandungkan Tengku Ayaaz dulu.Mungkin Naura.....

"Kamu mengandung ke Naura?" tanya puan fadhila,terkedu mereka mendengar soalan yang dilemparkan oleh puan fadhila.

"mengandung?"

Naura memandang wajah suaminya.

"mommy agak aje,sebab waktu mommy mengandung dulu....lebih kurang macam ni la alahan yang mommy dapat,
sehingga tak boleh bau badan daddy...."
ujar puan fadhila.

"Naura tak cuba check ke?" tanya puan fadhila lembut

Naura menggelengkan kepala,Tengku Ayaaz laju sahaja menyembamkan wajahnya di dada Naura.Naura kemam bibirnya.

"Naura takut.Naura takut kalau Naura tak mengandung pun" kata Naura dengan nada sebak sedikit.Dia pun menunggu kehadiran zuriat mereka ada didalam rahimnya.

"It's okay flower.Kalau takde kita boleh cuba lagi...flower muda lagi jadi kita masih ada peluang" Tengku Ayaaz mengukir senyuman kecil.Dia baring diatas riba isterinya lalu mata mereka bertembung Membuatkan Naura berasa bersalah.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now