𝔾𝔹 𝕝 𝟚𝟚

1.7K 49 7
                                    

Dua minggu menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada Tengku Ayaaz cukup membuatkan Naura Aqila stress dengan perangai jejaka itu.Ada saja helah lelaki itu untuk mengenakannya dalam masa yang sama dia bersyukur dikurniakan suami yang mampu menceriakan hari-harinya walaupun kadang-kadang annoying!Depan orang lain punya lah dingin mengalahkan berada di dalam peti ais tetapi apabila tinggal berdua hanya tuhan saja yang tahu betapa mengada nya lelaki itu.

"flower...."sengaja Tengku Ayaaz meleretkan suaranya apabila memanggil isterinya itu.

Dagunya diletakkan diatas bahu isterinya yang sedang memasak itu.Apabila Naura merasa geli dia mula menolak lembut kepala suaminya agar menjauh.

" ya abang"soal Naura Aqila dengan lembut,dia masih memasak tanpa memandang sedikit pun kearah suaminya.

sejak maid-maid dirumah ini diperintahkan oleh Tengku Ayaaz untuk teman isterinya hanya ketika dia tiada dirumah semakin mengada perangai suaminya itu,mentang-mentang lah dia bos kat syarikat tu suka hati dia je nak cuti lama-lama,lagipun tiada siapa yang nampak perangai tak semergah dia kalau semua maid hanya ada dirumah ini jikalau dia tiada dirumah sahaja, kalau tidak beku memanjang.

"let's go out" ajak Tengku Ayaaz sambil tangannya memeluk pinggang ramping isterinya dari belakang.

"nak pergi mana abang?!" soal Naura Aqila dengan teruja,terukir senyuman manis dibibirnya

yelah selama mereka berkahwin Tengku Ayaaz melarang Naura keluar, nak pergi rumah mommy pun kena bertemankan bodyguard atau Tengku Ayaaz sendiri.Naura pun hairan,dia bukannya budak kecil lagi sehingga harus ditemankan oleh orang dewasa.Lagipun dia tidak akan tertipu kalau penculik bagi gula-gula,suami dia kaya kot boleh beli satu mall gula-gula kalau dia nak.

"kita pergi ambil esha dekat rumah mommy, lepas tu isteri abang yang comel pendek ni cakap je nak pergi mana abang bawa, abang tahu Naura bosan duduk rumah terus kan?" tangan sasa itu naik membelai rambut Naura serta memeluk pinggang gadis itu dengan lebih erat.

Naura hanya membiarkan sahaja pinggang nya dipeluk,kalau disuruh lepaskan bukannya lelaki itu menurut pun,lagi dia kuat dia peluk ada la,itu adalah salah satu hobi suaminya selain suka mencium bibirnya secara tiba-tiba,
pada awalnya dia juga malu tetapi sekarang dia sudah terbiasa.Suaminya
itu hanya dingin dan beku di luar tetapi sangat manja bila bersamanya.

"jom abang" ajak Naura sebelum menarik tangan suaminya.

"pergi mana?" soal Tengku Ayaaz bingung apabila isterinya tiba-tiba menarik tangannya.

"mandilah" balas gadis itu sepatah membuatkan Tengku Ayaaz menjungkitkan keningnya sebelah.

"biar betul flower nak mandi dengan abang?" berkerut dahi Tengku Ayaaz memandang wajah blur isterinya itu.

Selalunya kalau dia ajak mandi sekali bukan main gadis itu mengelak tapi kalini gadis itu pula yang mengajaknya.

"demam ke bini aku ni?"bisik Tengku Ayaaz didalam hati namun terukir senyuman nakal di bibir merah jambu nya.

" alamak!salah cakap lah pulak" Naura menepuk dahinya, dia baru perasan kata-katanya dari mengundang senyuman nakal di bibir suaminya.

Tengku Ayaaz mencempung tubuh kecil isterinya membuatkan gadis itu terkejut.Tengku Ayaaz melangkah kearah lift untuk ke tingkat atas dimana terletaknya bilik tidur mereka.

Naura Aqila meronta-ronta minta dilepaskan apabila lift sudah mula tertutup.

"Abang!Turunkan Naura!" jerit Naura, tangan kecil itu naik memukul dada suaminya yang terdedah itu.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora