𝔾𝔹 𝕝 𝟙𝟞

1.6K 54 2
                                    

"Naura sini la makan sama-sama" panggil puan fadhila

Naura tanpa banyak kata terus sahaja melabuhkan dirinya diatas kerusi yang terdapat di dapur mansion itu.

"Kau tidur mana semalam?" soal Tengku Aeyeen apabila mendapati Naura tiada di sebelahnya semalam.

Naura sendiri yang request nak tidur dengan Tengku Aeyeen walaupun di mansion itu terdapat banyak lagi bilik kosong.Takut punya pasal.

Tengku Aeyeen memang berbahasa kan aku kau kerana umur mereka sebaya.

"dekat bil-"

"mama!" belum sempat Naura habiskan kata-katanya Tengku Ayesha terus memanggilnya dengan sebutan mama membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut.Orang yang paling terkejut adalah Tengku Ayaaz sehingga berkerut dahinya.Dia kenal anaknya kerana dia yang menjaga Tengku Ayesha sejak kecil.Tengku Ayesha memang susah nak rapat dengan mana-mana wanita di luar sana.Hairan pula bila anaknya sendiri yang memanggil Naura mama.Kenal pun tak lama terus akrab.

"why you call her mama princess?" soal Tengku Ayaaz sambil memandang wajah ceria anaknya.

"esha nak mama Naura jadi mama esha boleh tak papa?" bertambah kerut dahi Tengku Ayaaz mendengar soalan anaknya itu.

Naura menunduk memandang lantai akibat malu.

"No" balas Tengku Ayaaz sepatah.

Tengku Ayesha mula mencebik dan matanya juga sudah berkaca, tunggu masa sahaja untuk air mata itu turun membasahi pipinya.

"Ayaaz" panggil Tengku Aydin lalu mengangkat cucunya naik ke atas pehanya.

"kahwin jelah dengan Naura" sampuk Tengku Aeyeen membuatkan Tengku Ayaaz memandangnya tajam.

Semakin membahang wajah Naura mendengar kata-kata itu.

"aku tak suka dia" dingin suara garau itu berkata.

"lepas kahwin pun boleh bercinta" celah puan fadhila pula.

Tengku Ayaaz merengus kasar lalu pergi meninggalkan mereka semua di dapur itu.

Setelah kelibat Tengku Ayaaz tidak terlihat puan fadhila memanggil Naura lembut.

"Naura...." Naura mengangkat wajahnya lalu memandang tepat wajah puan fadhila

"ada apa mommy?" tanya Naura dengan suara lembut

"Naura bahagia tinggal dnegna keluarga mommy?" terus sahaja Naura mengangguk sambil tersenyum lebar apabila mendengar soalan itu.Jujur dia sangat bahagia.

"bahagia sangat mommy,terubat rindu Naura pada arwah mak dengan adanya mommy, Naura sayang sangat keluarga ni" katanya sambil melihat satu persatu wajah yang ada di situ.

Mereka semua banyak memberikan kekuatan dan dorongan kepadanya.

Tersenyum puan fadhila mendengarkan itu.

"mommy ada satu permintaan, boleh Naura tunaikan?"

"insyaallah Naura akan berusaha tunaikan permintaan mommy" janji Naura Aqila, mengenangkan keluarga ini telah banyak berjasa dan membantunya, dia berasa sangat berhutang budi dengan mereka, dulunya dia berfikir dia tidak akan merasakan kebahagiaan namun sekarang dia sudah berbahagia dengan keluarga ini.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now