𝔾𝔹 𝕝 𝟚𝟞

1.3K 44 0
                                    

Naura memeluk tubuh suaminya erat apabila suaminya menghantar dirinya dan Tengku Ayesha di mansion Tengku Aydin.Naura akan ditinggalkan suaminya selama seminggu.Air matanya turun membasahi pipi gebunya apabila dia mengingatkan apa yang diberitahu Tengku Ayaaz semalam.Dia tidak mahu lelaki itu meninggalkannya.Tengku Ayaaz bukannya sengaja mahu tinggalkan isterinya itu,dia terpaksa kerana markas nya diserang secara tiba-tiba di Paris.

"shh...don't cry" tangannya naik menyeka air mata isteri tercinta.
Tangannya sebelah lagi memeluk erat tubuh kecil gadis itu.

"abang hiks... tipu Naura hiks..."semakin kuat tangisan Naura membuatkan Tengku Ayaaz berasa bersalah.

" abang kata takkan tinggalkan Naura"

Puan Fadhila hanya tersenyum melihat anak dan menantunya itu.

"macam you,dear,kalau kena tinggal je nangis" bisik Tengku Aydin perlahan di telinga isterinya.

Puan Fadhila terus menyiku manja lengan Tengku Aydin dan mengerling sekilas lelaki itu.

"sorry flower...abang takde niat pun nak tinggal flower,abang ke sana sebab kerja" lembut suara Tengku Ayaaz memujuk.

Isterinya pula yang terlebih manja.
Tengku Ayesha elok aje nangis pun tak.
Tapi dia suka melihat isterinya menangis sebab kelihatan comel di mata nya.

"abang promise,abang pergi kejap je kalau kerja abang siap cepat abang balik awal ye"

"betul ni?"

"ye bunga kesayang abang"

Terus tersenyum lebar Naura apabila gelaran itu keluar dari mulut suaminya.

"janji dulu" Naura menaikkan jari kelingkingnya,Tengku Ayaaz memaut jari kecil isterinya sebelum jarinya naik mencuit hidung mancung gadis itu.

Dia mencium ubun-ubun isterinya yang masih memakai tudung bawal hitam bercorak kan bunga,seterusnya dia mencium dahi licin gadis itu lalu mencium kedua-dua pipi gadis itu pula.
Dua mencium seluruh wajah isterinya berkalikali.Merah padam muka Naura apabila dicium di hadapan keluarga jejaka itu.Tengku Aeyeen menjeling tajam kearah pasangan suami isteri itu.
Jiwa single nya meronta-ronta bila melihat abang dan kaka iparnya itu.

Tengku Aydin dan Puan Fadhila hanya menggelengkan kepala

"hormat lah sikit orang single ni" Tengku Aeyeen menayang kan wajah menyampah.

Terlepas ketawa mereka semua melihat wajah tidak puas hati Tengku Aeyeen.

"Aunty kahwin lah cepat-cepat,aunty nak ke jadi anak dara tua?"

Mereka semua menoleh kearah gadis kecil itu.Dahsyat betul mulut buka kecil ni.

"ESHA!"

Semua orang ketawa terbahak bahak apabila melihat wajah Tengku Aeyeen yang merah akibat menahan geram.

"Good girl,ni baru princess papa"

Tangan lelaki itu naik mengusap lembut kelapa anaknya.

"jaga mama,papa pergi kejap je" pesan Tengku Ayaaz sebelum mencium pipi anaknya itu.

"okay papa!" ucap Tengku Ayesha berserta senyuman lebar.

"Tuan,kita kena cepat, semua dah tunggu dekat sana" kata salah seorang anak buah Tengku Ayaaz.

"abang pergi dulu,jaga diri" pesan Tengku Ayaaz kepada Naura.

"Nanti abang balik,flower gigit lah abang lagi" bisik Tengku Ayaaz ditelinga Naura
beserta senyuman nakal.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now