𝔾𝔹 𝕝 𝟘𝟞

1.6K 61 0
                                    

3 hari kemudian....

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Tepat pada jam 12:00 tengah hari mereka sekeluarga tiba di Malaysia.Setelah enam tahun Ayaaz menetap di bumi Paris akhirnya dia kembali semula ke tanah air tercinta.
Adakah malapetaka yang akan berlaku sekiranya dia kembali pulang?masih Ayaaz ingat lagi setiap tutur kata yang pernah keluar dari mulut bekas isterinya enam tahun lalu. Dia masih tidak boleh melupakan kejadian yang berlaku padanya dan bekas isterinya itu.

"where were we, Aunty?" soal Ayesha

"Malaysia" jawap Aeyeen sepatah.

"kita buat ape kat sini?travel ke?" soal Ayesha lagi

"eh kau ni esha banyak tanya pulak" kata Aeyeen

Puan fadhila melihat ke arah anak bongsunya lalu menggelengkan kepalanya.

"layan kan aje lah esha tu, biasa la budak-budak umur macam ni memang banyak cakap" kata puan fadhila pada anaknya itu

Aeyeen tersengih seperti kerang busuk

"nanti kalau kamu dah ada anak baru kamu tahu betapa susahnya nak membesarkan seorang anak" kata puan fadhila lagi

"mana daddy, mommy?" saja dia ingin menukar topik, pura-pura menanyakan dimana keberadaan daddynya kerana tidak mahu mommynya berbahas tentang masa depannya.Lepasni mesti akan ditanya dah ada menantu belum kalau dah ada bawa lah jumpa mommy.

"ada kat sana tu tengah call budak-budak dia" kata puan fadhila sambil menunjukkan jarinya ke arah suaminya yang sedang menelefon seseorang.

"hensem ke mommy budak bawahan daddy tu?" soal Aeyeen sambil tersengih.

"mesti lah hensem, hari tu pun mommy ada terpikat kat salah sorang tu" kata puan fadhila

"siapa yang hensem tu dear?" soal Tengku Aydin apabila mendengar perbualan isteri dan anaknya itu.

GLUP!

Puan fadhila meneguk air liurnya laju.

"e..eh takde pape lah abang" ucap puan fadhila agak terkejut apabila suaminya itu tiba tiba ada di samping mereka.

"are you sure?" soal Tengku Aydin lalu menenung tajam anak mata isterinya.

"mommy cakap budak-budak bawahan Daddy tu hensem" kata Aeyeen jujur dia sengaja ingin kenakan mommynya.

Anak & bapak sama je dua-dua kuat menyakat.

Puan fadhila mengerling ke arah anak bongsunya itu.

Aeyeen menarik tangan anak fruitnya ke tempat lain kerana tidak mahu menganggu ibu bapanya itu.

Setelah hampir 1jam menunggu, tiba 5 buah kereta mewah yang datang untuk menjemput mereka di KLIA itu.Semua kereta itu adalah milik keluarga Tengku Aydin.Mereka bukan orang biasa semua orang kenal akan keluarga mereka kerana mereka adalah Keluarga yang terkaya di seluruh dunia.Orang ramai sangat menghormati mereka.Semua orang yang berada di situ terkaku.

Lalu keluarlah beberapa lelaki yang berpakaian hitam dan bercermin mata hitam berbaris untuk memberi laluan kepada keluarga majikannya masuk ke dalam kereta.Kereta-kereta itu terdiri daripada kereta Bugatti Chiron, Lamborghini Aventador, Ferrari 812 superfast, Rolls Royce Ghost dan Rolls Royce Phantom.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now