𝔾𝔹 𝕝 𝟙𝟡

1.7K 59 2
                                    

Suasana di Diamond Hotel mewah milik keluarga Tengku Ayaaz itu masih meriah dengan kehadiran tetamu.Tetamu-
tetamu yang hadir walaupun jam sudah menunjukkan angka 11:17 malam.Tengku Aydin dan Puan Fadhila seperti lipas kudung ke sana ke mari untuk menyambut dan menyapa rakan-rakan mereka.

Tetamu-tetamu yang hadir bukan calang-calang.Boleh dikatakan orang yang sangat berada.Tetamu-tetamu mereka semua orang-orang ternama.

"Congratulations!" sampuk satu suara lelaki muda sambil menepuk-nepuk bahu Tengku Ayaaz.

"Beau"(beautiful) kata lelaki itu perlahan namun masih kedengaran di gegendang telinga Tengku Ayaaz.

Tengku Ayaaz memandang tajam ke dalam anak mata lelaki itu.

"Blague"(bergurau) gerun lelaki itu apabila di tenung tajam.

"Naura right?" soal lelaki itu

Naura hanya mengangguk.

"kenalkan aku zakuan" kata Tengku Zakuan Haider

"maaf lambat" kata seorang gadis yang baru tiba dengan nafas yang tercungap-cungap.

Dia berdiri tegak lalu memandang wajah Naura,wajah yang sangat dia rinduinya.

"Na...Naura" panggil gadis itu dengan mata yang mula berkaca.

"lissa!" Naura terus berlari memeluk tubuh gadis itu dengan erat.Sahabat yang sudah hampir tiga tahun tidak berjumpa,akhirnya bertemu kembali.

"macam mana awak boleh ada dekat sini?" soal Naura Aqila dengan ai mata yang sudah membasahi pipinya

"Er...err sa-" belum sempat lissa menghabiskan kata-katanya Tengku Zakuan sudah memotong.

"dia datang dengan aku" kata Tengku Zakuan membuatkan Naura Aqila memandang jejaka itu.

"awak boyfriend lissa ke?" soal Naura lalu meleraikan pelukannya.

"tak"

"ye" serentak mereka menjawab namun jawapan mereka berbeza.Tengku Ayaaz hanya beriak kosong.

Naura menggeleng kepalanya.

"kalau dah berjodoh takkan kemana" kata Naura dengan senyuman lebar apabila melihat wajah Zakuan dan lissa memerah.

"never" kata lissa lalu menyilangkan tangannya di dada.

Tengku Ayaaz menarik tangan Naura Aqila lalu dia menggenggam tangan kecil itu.Naura hanya mengikuti langkah Tengku Ayaaz kerana dia belum terbiasa dengan keadaan orang ramai begini, maklum saja sebelum ini dia hanya dikurung dirumah maksunya.

"kau dah mengantuk ke?" soal Tengku Ayaaz apabila melihat Naura menguap beberapa kali.

Soalan dari Tengku Ayaaz mengejutkan
nya,mata naik memandang wajah lelaki dingin itu.

Naura mengangguk.

Perlahan-lahan Tengku Ayaaz tunduk memandang kearah isteri yang baru saja dinikahinya.Bibirnya di dekatkan pada telinga Naura membuatkan gadis itu menjarakkan sedikit jarak diantara mereka.

"Apa awak n?" pegangan tangan mereka cuba dirungkaikan.Mata yang tadinya mengantuk terus terbuka luas apabila melihat wajah nakal suaminya.

"abang tanya,flower dah mengantuk ke?hm my wife?" sengaja suara garau itu dilembutkan dengan senyuman manis membuatkan Naura menelan liur.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now