𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟠

1.1K 40 6
                                    

"Apa?!Naura dapat harta kalau abang mati nanti?!" Rossa terkejut apabila suaminya Encik Naufal menceritakan segalanya tentang agihan harta mengikut faraid.

Encik Naufal terdiam tanpa kata.

"Eh,Abang.Apa abang merepek ni?!otak abang dekat mana?!kenapa nak bagi anak abang tu harta sedangkan saya ni isteri abang?! Tengking Rossa dengan hati yang panas membara.Geram dengan apa yang telah suaminya itu cakapkan tadi.Dia merasakan itu semua
tidak adil.

"Dia kan dah ada suami,lagipun suami dia tu kaya, buat apa abang nak bagi dia harta lagi?!"

"Awak tetap akan dapat bahagian awak, jangan risau saya dah agihkan ikut faraid" terang Necik Naufal lagi tanpa rasa jemu.

"Ah peduli apa saya dengan faraid?!" lawan Rossa.

"Saya nak semua harta abang atas nama saya sebab saya isteri abang!" sambungnya lagi dengan wajah menyinga.

"Astarfirullahalazim Rossa, mengucap.
Apa awak merepek ni?Naura tetap anak kandung saya dan anak tiri awak.Apa dosa Naura dekat awak?!Budak tu baik!
Dia tidak pernah bencikan awak tahu tak" Encik Naufal meninggikan sedikit suara.

"Ah abang apa tahu..." lawan Rossa sambil memeluk tubuh dan menjeling kearah lain.

"Selama ni, saya ikut cakap awak.Awak nak saya jauh dengan anak kandung saya, saya ikut.Awak nak tinggal rumah baru saya tunaikan.Awak nak keselesaan saya berikan.Apa lagi yang tak cukup Rossa?!" pinta Encik Naufal dengan nada sayu.

"peduli apa saya?kalau saya dah tak suka sampai mati pun saya tak suka!" lawan Rossa lagi tanpa rasa takut.Dari awal dia tidak pernah suka akan kehadiran Naura dalam hidupnya.

"Cukup Rossa!" Tengking Encik Naufal.

"Apa yang cukup abang!?Saya nak harta abang semua.Saya tak nak anak abang tu dapat sesen pun!Saya nak makan apa nanti?!" lawan Rossa dengan mata terjenggil luas memandang kearah suaminya.

"Saya tak mahu jadi suami dayus, saya  tak mahu awak jadi isteri derhaka Rossa!" ucap Encik Naufal dengan jari telunjuknya tepat kearah isterinya.

Rossa tersenyum sinis.

"keputusan saya muktamad.Awak kena ingat Rossa.Naura tu anak kandung saya!" ucap Encik Naufal sebelum dia berlalu pergi keluar dari rumah meninggalkan Rossa seorang diri.

Rossa jadi sakit hati.Giginya diketap rapat dengan pandangan mata yang membara.Nafasnya mula naik turun cuba menahan rasa marah teramat sangat.

"Celaka kau Naufal!Ini tak boleh jadi!Aku harus buat sesuatu!Budak sial kau tunggu nasib kau.Aku takkan biarkan kau dapat harta laki aku walau sesen sekalipun!" ngomel Rossa seorang diri sambil tersenyum jahat seolah-olah sudah ada rancangan jahat dalam kepalanya.

" Kau jangan cabar aku Naufal.Kau jangan cabar aku.Kau tunggu dan lihat!Apa yang aku boleh buat" ucap Rossa lagi bermonolog seorang diri dengan pandangan dan senyuman jahat.

_______________________

"Lissa, awak nak beli apa lagi ni?" tanya Naura.

Sudah hampir satu jam mereka berada di kedua barangan bayi.Naura meminta izin dengan suaminya pagi tadi untuk keluar bersama Fara Melissa.Perutnya yang kempis itu diusap.Kandungannya baru masuk tiga bulan.Fara Melissa yang terlebih excited bila mengetahui bahawa sahabatnya ini sedang mengandung.Dia yang mengajak Naura membeli barangan bayi, walaupun mereka terlebih mampu membeli kelengkapan anak mereka namun Afra Melissa tetak mahu membeli barangan bayi untuk Naura.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now