𝔾𝔹 𝕝 𝟚𝟟

1.3K 48 0
                                    

Tubuh dibaringkan perlahan diatas katil.Dia baru pulang dari paris petang tadi,penat sangat tubuhnya ketika ini.Dia hanya mahu rehat sebentar.Mata di pejam rapat sebelum matanya terbuka luas apabila merasakan tubuhnya ditindih.

"Kau buat apa ni flower?"tangannya naik menolak tubuh isterinya supaya turun daripada tubuhnya.

"saya nak goda suami saya lah"

Tengku Ayaaz bangun dari perbaringannya dengan dahi yang berkerut.

"OMG!Naura!siapa ajar kau bukan-bukan ni?" baru je dia tinggal seminggu dah berperangai pelik.

Naura hanya tersengih seperti kerang busuk

"abang tidur lah balik,abang mesti penat kan?" tubuh suaminya dia tolak supaya baring kembali.

Tengku Ayaaz hanya akur dia benar-benar penat sekarang ini.

Naura mendiamkan diri.Mrlihat Tengku Ayaaz yang sudah kembali lena membuatkan idea nakal mula menerjah kotak pemikirannya.

Jari-jemari Naura mula mengelus lembut dada suaminya.Sesekali jarinya membuat bulatan,membuatkan raut wajah Tengku Ayaaz berkerut sedikit.
Naura ketap bibir cuba tahan senyum.

"flower..."suara serak basah milik Tengku Ayaaz membuatkan Naura meneguk liurnya.

Seksi betul suara serak basah suaminya tu.Mata Tengku Ayaaz masih tertutup rapat.Naura sengih lagi.Makin galak pula nak mengusik suami.Dada Tengku Ayaaz yang separuh terdedah itu dielus lembut dengan jemarinya.Membuatkan Tengku Ayaaz laju menangkap tangan Naura.

"bagi lah aku berehat kejap.Aku letih ni flower" Tengku Ayaaz menggumam perlahan.

Nampak sangat penat sampai nak buka mata pun tak larat.

"Abang berehat je lah, Naura tak kacau abang pun" Naura berkata sambil cuba melepaskan pegangan tangannya dari genggaman Tengku Ayaaz.

Tengku Ayaaz diam membisu.Sekali lagi senyum nakal terukir di bibir Naura ketika dia mengangkat kepala dan mendekatkan bibir ke telinga Tengku Ayaaz.Ditiup-tiupnya telinga lelaki itu sambil jari-jemari ya menyentuh pipi dan hidung suaminya.

Tak tahan digoda membuatkan Tengku Ayaaz buka mata dan mengerakkan tubuh ke sebelah kiri.Sekelip mata sahaja Tengku Ayaaz sudah berada diatas Naura.

"Nakal ye bunga kesayangan abang ni hm"

"mana ada" berdebar-debar pula Naura melihat cara Tengku Ayaaz merenung
nya saat ini.

Bibir Tengku Ayaaz mula mengukir senyuman penuh makna.

"orang nakal ni patut kena hukum"

"Err,abang nak hukum apa?" tanya Naura mula cuak.

Bibir Tengku Ayaaz semakin lebar mengukir senyuman mengusik manakala pipi Naura pula dah terasa hangat macam kena simbah dengan air panas.

"abang nak buat apa?" Naura berani kan diri untuk bertanya

"memandangkan abang belum mandi,abang nak flower mandi dengan abang" Tengku Ayaaz sengih lagi.

Dia tahu pasti Naura tidak mahu pasti gadis itu akan larikan diri sebentar lagi, dia sudah masak dengan perangai kesayangan dia ni.Niatnya saja ingin mengusik dan melihat wajah merah isterinya.

"okay jom" terus mata senyuman penuh makna Tengku Ayaaz tadi,Matanya terbuka luas mendengar balasan dari isterinya.

"seriously,Naura Aqila?" semakin menghisaukan isterinya ni.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Där berättelser lever. Upptäck nu