𝔾𝔹 𝕝 𝟜𝟝

1.9K 51 3
                                    

Sudah seminggu Naura berada dirumah Encik Naufal.Dia langsung tidak mahu berjumpa dengan suaminya itu.Puas Maksu Siti dan Encik Naufal memujuk.
Dia masih kecewa dengan suaminya.
Perasaannya ketika ini bercampur baur, kecewa, sedih, sakit, rindu, sayang, takut
membuatkan dirinya sukar menerima keadaan ini.Fara Melissa juga sudah cuba memujuk namun gagal.Fara Melissa menceritakan semua, dia memberitahu Naura bahawa Tengku Ayaaz bukan orang jahat seperti Naura fikirkan.Dia merasakan dirinya diperbodohkan oleh orang yang dia sayang.Kenapa suaminya perlu rahsiakan hal ini daripadanya.Kenapa?
Kenapa?!!

TOK! TOK! TOK!

"Naura...jom makan, ibu dah masak lauk kesukaan Naura" ujar maksu siti dari luar pintu.

"Ibu makan lah dulu...Naura tak lapar.."
Kata Naura.

"Jangan macam ni...Dah seminggu Naura terperap dalam bilik tu...makan pun sikit je Keluarlah kita bincang elok-elok" pujuk maksu siti lembut.

"Takde apa yang nak di bincang kan lagi ibu...Naura taknak jadi isteri pembunuh.
Kesian anak-anak Naura makan duit haram"

"Flower...."panggil Tengku Ayaaz.

Keadaanya sekarang sangat tidak terurus.Matanya bengkak.Badannya kelihatan kurus.Jejaka itu langsung tidak terurus setelah Naura meninggalkannya.
Makan pun tidak.Terlihat jelas wajah pucat lelaki itu.

"Pergi!Saya taknak tengok muka awak lagi!Pergi dari hidup saya!" Jerit Naura kuat.

"Maaf-"

"Pergi!Berambus!Saya benci penipu!" belum sempat Tengku Ayaaz menghabiskan kata-katanya, Naura sudah memotong dan menjerit.
Tangisannya semakin kuat.

"Saya cakap Berambus!Tak faham bahasa ke?!!Jangan muncul kan diri awak lagi dekat sini!Kalau boleh pergi mampus sekali macam mana awak buat dekat mangsa-mangsa awak!" marah Naura dengan penuh emosi.

"Ya Allah!!Naura Aqila!!Tak baik cakap macam tu dengan suami!!" marah Encik Naufal pula.

"Abah tak pernah ajar kamu biadap macam ni!!" Encik Naufal memegang bahu Tengku Ayaaz.Tersedusedu jejaka itu menangis.

"Biarlah dia mati!Naura dah taknak tengok muka dia!" tersentak Tengku Ayaaz mendengar kata-kata isterinya.

"Kalau flower memang nak abang mati, abang akan tunaikan.Terima kasih sebab jadi isteri abang...Abang sayang bunga kesayangan abang" usai berkata Tengku Ayaaz terus melangkah dan berlalu pergi.

"Ayaaz!Jangan nak buat kerja gila!" Encik Naufal cuba menahan namun lelaki itu teruskan melangkah keluar dari situ.

"Ya Allah!!Ayaaz!" kereta Tengku Ayaaz memecut laju keluar dari kawasan rumah itu.

____________________

Naura yang sedang tidur itu terjaga akibat bunyi ketukan pintu yang kuat.Dia membuka mata perlahan-lahan lalu turun dari katil dan menuju kearah bilik air untuk mencuci muka.Semakin kuat bunyi ketukan itu bila Naura tidak menghiraukannya.Boleh roboh pintu itu kalau diketuk begitu.Naura membuka pintu lalu....

"Naura!" jerit Lissa

"Apa lagi awak nak?" tanya Naura dengan nada dingin.

"Awak kena ikut saya" Lissa menarik tangan Lissa lalu keluar dari bilik itu.

"Nak pergi mana hah?!" Naura menepis tangan Lissa dengan kasar.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant