𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟝

1.3K 42 2
                                    

"cucu kita kembar, abang" ucap puan fadhila perlahan sambil memangku tubuh si kecil itu.

Lebar senyuman Tengku Aydin yang berdiri di sisi isterinya.Sebelah tangannya merangkul pinggang puan fadhila.Dia menatap wajah bayi kecil itu.

"Congrats bro" ucap Noah Shayden sambil menepuk-nepuk bahu Tengku Ayaaz.

Tengku Ayaaz tersenyum senget kearah adiknya yang berlindung di belakang puan fadhila.

"Kamu nak pegang tak baby ni?" soal puan fddhila kepada anak bongsunya.

"Err...yeen tak biasa la mommy, baby ni kecil sangat" kata Tengku Aeyeen.

"kena la biasakan nanti kalau ada anak takde la gementar sangat nak pegang baby" kata-kata puan Fadhila membuatkan Tengku Aeyeen kemam bibirnya.

Kekok Tengku Aeyeen memangku tubuh bayi kecil itu.Semua orang toleh memandang kearah seorang lagi bayi yang ada di dalam katil bayi itu.Lena.
Noah Shayden melangkah mendekati Tengku Aeyeen.Dia mendekatkan bibirnya di telinga gadis itu seperti ingin membisikkan sesuatu.

"You look so cute baby..."bisik Noah Shayden dengan nada suara bakal membuatkan muka Tengku Aeyeen merah padam.

"Eyyow everybody!I'm here!" jerit Bryan dan Zarif serentak membuatkan bayi kecil itu mengeluarkan tangisan nya.

Tengku Ayaaz menatap tajam kearah mereka berdua.

"Ops...sorry" Bryan menekup mulutnya menggunakan tapak tangannya.

Tengku Ayaaz memangku anak perempuannya yang menangis itu, terus terhenti tangisan bayi itu apabila berada di pangkuan papanya.Tidak berkelip-kelip dia memandang wajah Tengku Ayaaz.

"Assalamualaikum, little flower papa" Tengku Ayaaz cium ubun-ubun kepala anaknya itu.

Bayi lelaki yang berada di pangkuan Tengku Aeyeen mula menangis membuatkan Tengku Aeyeen gelabah.

"mommy dia nangis!" Tengku Aeyeen terus menghulurkan bayi kecil dipangkuannya itu kepada Naura apabila puan fadhila tidak menghiraukannya.

"shh...don't cry" terus berhenti bayi itu daripada menangis selepas mendengar suara mamanya.

"baby twins ni dah ada nama ke?" tanya maksu siti yang sedari tadi diam.Dia hanya tersenyum melihat wajah ceria anak buahnya itu.

Naura dan Tengku Ayaaz saling menatap antara satu sama lain.Mereka mengukir senyuman lebar sebelum menoleh memandang semua wajah yang ada dalam ruangan itu.

"Little boy mama,Tengku Ayaan Nuqman bin Tengku Ayaaz" kata Naura berserta senyuman manisnya.

"Little flower papa,Tengku Ayaana Naqmeen binti Tengku Ayaaz" kata Tengku Ayaaz pula.

"sedap nama tu..." ujar maksu siti dengan senyuman kecil.

"siapa yang lahir dulu?" tanya Tengku Aydin.

"Ayaan yang lahir dulu" kata Tengku Ayaaz.

"comelnya adik-adik esha, macam esha" kata Tengku Ayesha yang berada di sebelah Naura.

Dari tadi dia tidak lepas memandang wajah comel adik kembarnya itu.Tidak berkelip mata gadis kecil itu melihat adik kembarnya.

_____________________

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now