𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟜

1.4K 48 1
                                    

Maksu siti mengurut kaki Naura yang bengkak itu.Diurutnya penuh tertib.Dia
meletakkan sebelah kaki Naura diatas
pahanya.Naura tersenyum lebar.Dia bersyukur kerana maksu siti sudah berubah ke jalan yang benar.Maksu siti melayaninya baik seperti anak sendiri.Selalunya Tengku Ayaaz yang akan mengurut kakinya namun hari ini jejaka itu tiada dirumah kerana ada hal yang perlu dia uruskan di syarikatnya.

Awalnya dia tidak mahu pergi tetapi Naura memujuk supaya dia pergi.Naura berkata hal syarikat lebih penting berbanding dirinya.Dengan berat hati Tengku Ayaaz meninggalkan Naura dengan keadaan sarat.Hanya menunggu tarikh bersalin sahaja iaitu minggu hadapan.Sempat jejaka itu menyuruh Fara Melissa menjaga isterinya kerana tidak mahu menyusahkan maksu siti.
Walaupun sudah ramai maid-maid dan anak buah yang lain dia tetap memerlukan Fara Melissa untuk menjaga isterinya.

Fara Melissa adalah salah satu anak buah kepercayaannya,hanya gadis ini sahaja yang bergabung dengan kumpulan Black Diamond.Penyebab gadis itu bergabung dengan kumpulan ini kerana dia mahu belajar berdikari, dia tidak mahu menyusahkan sesiapa untuk menjaganya.Dia juga mahu mencari informasi tentang pembunuhan kedua ibu bapanya.Ibu bapanya dibunuh dan ditikam beberapa kali sewaktu umurnya sembilan tahun di hadapan matanya sendiri.

Padahal Tengku Ayaaz bukan pergi ke syarikat.Dia ke markas Black Diamond kerana Bryan sudah menghubunginya awal pagi tadi.Katanya ada hal penting yang harus diuruskan.Tengku Ayaaz terpaksa menipu Naura,sekarang bukan waktu yang tepat untuk memberitahu isterinya itu tentang pekerjaan nya.Dia takut isterinya tidak dapat menerimanya selepas mengetahui kebenaran.

"saya tak sabar nak tunggu anak awak ni lahir" ujar Fara Melissa dengan senyuman.

"saya dan zakuan boleh jadi babysitter kalau awak nak" ujarnya lagi.

Sekarang dia dan Tengku Zakuan sudah menjalinkan hubungan percintaan tiga bulan lalu.Dengar-dengar bulan depan diorang nak tunang.

"haritu cakap tak suka,tahu-tahu dah nak tunang" kata Naura,sengaja dia ingin mengusik.

Fara Melissa hanya tersengih suka.Dia perlu tarik balik kata-katanya dulu.Orang tua-tua cakap kalau benci lama-lama suka juga.

"Naura...."panggil maksu siti perlahan,
Naura dan Fara Melissa menoleh memandang maksu siti.

" ye ibu...kenapa?"soal Naura

" Ibu nak minta maaf...ibu per-..."

"Ibu jangan lah macam ni...Naura dah lama maafkan ibu,Naura tak pernah salahkan ibu atas apa yang terjadi,Naura tak pernah ada rasa berdendam pun terhadap ibu..."kata Naura,tangannya memegang tangan maksu siti dengan erat.

" saya pun nak minta maaf dengan makcik...kalau saya ada buat salah apa-apa kepada makcik,makcik maafkan saya ye..."kata Fara Melissa pula.

" Terima kasih sebab masih terima ibu dalam keluarga Naura,Walaupun ibu banyak buat dosa pada Naura"air mata maksu siti mengalir ke pipinya perlahan.

"takpe ibu....Naura yang sepatutnya berterima kasih kepada ibu" Naura menyeka air mata maksu siti daripada turun.Dia memeluk tubuh wanita itu dengan erat.

"Fara taknak peluk ibu ke hm?" soal maksu siti kepada Fara Melissa.

"I...Ibu?" Fara Melissa kemam bibirnya.
Dia tahan air matanya daripada turun.

Maksu siti mengangguk kepalanya.Dia tahu gadis itu juga perlukan kasih sayang seorang ibu.

"Huwaaaaaaa ibu....."pecah tangisannya apabila maksu siti memeluk tubuhnya.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora