𝔾𝔹 𝕝 𝟙𝟘

1.7K 65 0
                                    

Naura tersedar dari mimpinya akibat cahaya matahari sudah terbit mengena tepat pada wajah jelita Naura.Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan lalu dia menoleh ke arah jam yang berada di sebelah katilnya.Dia segera bangkit dari katilnya lalu mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk menjdi dan bersiap pergi ke kerja.Jam sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi.Itu bermakna dia sudah lewat untuk pergi ke kerja.

Setelah bersiap Naura melangkah keluar dari biliknya tergesa-gesa akibat sudah terlambat untuk ke tempat kerjanya.Masa yang diambil untuk sampai ke sana dalam empat puluh lima minit. Pasti kak wani akan memarahi ya akibat terlewat datang ke tempat kerja.Naura hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya kerana di yang dia ada sudah diberikan kepada maksunya.Naura tidak mendapat satu sen pun duit yang dia peroleh dengan tenaga nya sendiri.

Naura sudah berada di hadapan kedai bunga itu bersama nafas yang termengah-mengah akibat berlari dari rumah sehingga ke tempat kerjanya.Naura  kembali menegakkan tubuh kecilnya.Kak wani yang melihat Naura yang sedang termengah-mengah itu dihampirinya.Kak wani menepuk bahu kecil Naura dengan lembut.Naura sedikit terkejut apabila bahunya di tepuk.

"maafkan Naura,Naura tak sengaja bangun lewat tadi" ucap Naura lalu memandang wajah kak wani dengan riak wajah cemas.Dia takut dimarahi dan dipecat oleh kak wani kerana sudah membuat kesalahan.

"takpe" ringkas jawapan yang diberikan kak wani sambil tersenyum.

Naura menghela nafas lega.

"k...kak wani t...tak ma..marah?"soal Naura dengan suara seakan mahu menangis

" tak delah, Naura dah makan belum?" kak wani menyoal Naura lembut.

Naura hanya menggelengkan kepalanya.

" haa, kalau macam tu jom kita pergi makan kat dalam dulu sebelum Naura mula bekerja...alang-alang kak wanita da beli untuk Naura sekali tadi" pelawa kak wani lalu menarik lengan Naura masuk ke dalam kedai.

AUCH!

Naura mengaduh sakit apabila lengannya ditarik oleh kak wani.

"maafkan kak wani,kak wani tak sengaja" ucap kak wani serba salah pada Naura kerjaan sudah menarik lengan Naura.

Lengan baju Naura terangkat sedikit lalu menampakkan kesan lebam-lebam yang ada pada lengan Naura. Kak wani terdiam apabila melihat lebam di tangan Naura lalu dia memegang tangan Naura sekadar ingin memeriksa.

"kenapa dengan lengan Naura ni?!" soal kak wani lembut namun kedengaran tegas di gegendang telinga Naura.

"er...err it...itu-" bergetar getar suara Naura ingin merungkapkan hal sebenarnya.

"jawab Naura!" tegas kak wani menyuruh Naura menjawab.Matanya merenung wajah jelita Naura inginkan jawapan.

Naura diam sahaja lalu pipinya dibasahi mutiara putih yang turun dengan derasnya.Susah untuk dian ungkapkan isi hatinya.Hanya air mata yang bisa membuatnya meluahkan segalanya.

"kita bercakap kat dalam ye" kata kak wani lalu membawa Naura masuk ke dalam.

Setelah Naura menceritakan kisah hidupnya pada kak wani.Dia menghapus airg matanya yang sudah hampir kering itu dengan tisu.Semasa dia bercerita air matanya turun tanpa henti untung ada kak wani yang berada di samping nya untuk memberi semangat.Kak wani berasa kesian pada seorang gadis yang berada di sebelahnya itu,Sungguh dia tidak sangka mak saudara gadis itu sanggup lakukan ini semua pada gadis yang berumuran 19 tahun itu.Namun dia bangga dengan gadis itu walaupun didera, disepak dan dipukul gadis itu masih bisa bertahan. Sungguh kuat seorang gadis bernama Naura Aqila menerima dugaan dan takdir dari Allah SWT.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now