𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟘

1.4K 45 0
                                    

Darah dari jejaka itu tersembur kearah mereka.Bau darah itu menusuk masuk ke dalam hidung Tengku Ayaaz dan.....

Bwerkk!

Semua menoleh kearah Tengku Ayaaz yang sedang menekup mulut dan hidungnya.

"Kau dah kenapa baby?" soal Tengku Zakuan dengan nada keliru,tak pernah-
pernah Tengku Ayaaz muntah apabila bau darah.

Tengku Ayaaz berlari kearah sinki apabila merasakan ada sesuatu yang mahu keluar daripada mulutnya.
Tubuhnya terasa lemah terhuyung-
hayang dia berjalan kearah anak-anak buahnya semula.

"Kau okay tak bro?" soal Noah Shayden apabila melihat Tengku Ayaaz seperti orang yang sedang mabuk.

"Pening sikit" balas Tengku Ayaaz lalu melabuhkan diri diatas kerusi sebelum tangannya naik memicit kepalanya yang terasa berdenyut itu.

"korang settle mayat ni, aku nak balik" arah Tengku Ayaaz, dia cuba bangun lalu sebelum sempat dia berdiri tubuhnya terduduk kembali.Semakin berdenyut hebat kepalanya seketika ini.

"biar aku hantar tuan balik rumah" kata Zarif lalu dia bantu memapah tuan mudanya bangun dan melangkah kearah kereta.

Tiba sahaja di hadapan pintu utama rumah bosnya itu,Zarif memimpin Tengku Ayaaz masuk ke dalam.Betul-
betul mabuk Tengku Ayaaz ni.Dari markas sehingga kerumah tak henti-henti muntah.Pucat bibir lelaki itu apabila minta berkali-kali.Bau darah tadi semakin kuat menusuk ke dalam hidungnya.

"Eh, abang Zarif pun ada" tegur Naura apabila melihat Zarif memapah suaminya duduk diatas sofa.

Tengku Ayaaz terus membaringkan tubuhnya diatas sofa itu, kepalanya diletakkan diatas bantal kecil berwarna kelabu.

Zarif tersenyum tipis kearah Naura

"OMG!Abang Zarif senyum lah,haa macam ni lah baru handsome" teruja Naura melihat senyuman Zarif, jarang jejaka itu senyum,mana taknya bercakap pun bila perlu sahaja.

Dengar sahaja isterinya memuji anak buahnya, terus terbuka luas matanya.
Baru saja dia pejam kan mata tadi.Dia memandang tajam kearah Zarif.

"abang okay tak ni?" soal Naura dengan nada risau.

"hm" hanya itu dibalas Tengku Ayaaz,matanya masih merenung tajam kearah Zarif.

"Err, puan sa...saya balik d...dulu" tergagap-gagap Zarif berkata apabila Tengku Ayaaz tidak lepas memandang nya dengan renungan membunuh.

"hati-hati abang Zarif" Naura melambai-
lambai tangannya kearah Zarif.

Tanpa menunggu lama Zarif terus berlari meninggalkan pasangan suami isteri itu.

"mampus aku"bisik Zarif perlahan

Selepas memastikan kelibat Zarif tiada terus Tengku Ayaaz menyuruh Naura duduk diatas pehanya.

"sit on my lap, flower" Tengku Ayaaz menepuk-nepuk pahanya.

Setelah Naura sudah duduk diatas ribanya, tangannya naik melingkar pad pinggang ramping isterinya itu agar tidak terjatuh.

"taknak peluk abang ke, hm?" suara garau Tengku Ayaaz menyapa gegendang telinga Naura.

Meremang bulu roma Naura mendengar suara seksi suaminya.Dia mengemam bibirnya.

"taknak sudah" Tengku Ayaaz melepaskan pelukannya dan memandang kearah lain.

Naura menelan liur kesat memandang dada suaminya yang terdedah itu.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now