𝔾𝔹 𝕝 𝟚𝟡

1.2K 35 0
                                    

"maksu banyak dosa dengan Naura tapi kenapa Naura tetap sayangkan maksu?"

"ya Naura tetap akan sayangkan maksu sampai bila-bila sebab maksu ada iras iras arwah mak,bila Naura tengok muka maksu, Naura teringat dekat mak......"
ujarnya jujur.

Maksu siti terdiam mendengar apa yang keluar dari mulut Naura.Jiwanya tersentak.Dia tidak menyangka buka yang dia siksa selama ini sangatlah bersih.Sesuci air embun di pagi hari.
Dirinya ketika ini terasa amat terhina dan terpukul sekali.

"maafkan aku, aku tak patut buat kau macam tu" Encik Naufal mula bersuara kembali.

"Sudahlah,siti taknak ingat lagi.....
cukuplah" ujar maksu siti, sudah lelah untuk menyimpan dendam.Cukuplah apa yang dia terima sekrnag sebagai balasan apa yang sudah dia lakukan.

"maksu jangan fikir banyak-banyak.
Rehat ye" ujar Naura

Maksu siti memandang kearah Tengku Ayaaz yang berada di sebelah Naura.
Naura yang perasan akan itu  tersenyum lebar,dia masih belum kenalkan suaminya kepada maksu siti.

"nanti makcik bayar balik ye duit kamu hari tu..."maksu siti masih ingat raut wajah jejaka itu.Dia harus mengganti kembali duit 5m yang lelaki itu berikan padanya dulu.

Tengku Ayaaz menggelengkan kepalanya.

" tak perlu,lagipun saya dah halalkan duit tu" kata Tengku Ayaaz

Sekali lagi air mata maksu siti mengalir ke pipi.

"Maafkan makcik sebab pukul kamu" pinta maksu siti

"maksu..."Naura memeluk lengan sasa suaminya di hadapan maksu siti membuatkan maksu siti terkedu.

"ni suami Naura,maksu"

Maksu siti terdiam seketika,dia berfikir itu salahnya,pasti kerana dia menjual Naura kepada lelaki itu dahulu sehingga anak saudaranya perlu menikahi jejaka itu dengan usia yang masih muda begini.

"maafkan maksu...disebabkan maksu kamu kena kahwin" kata maksu siti dengan nada sebak

"tak maksu...ni bukan salah maksu...
sepatutnya Naura yang berterima kasih pada maksu...sebab maksu Naura kahwin dengan suami Naura" Naura tersenyum lebar sambil memandang wajah handsome suaminya.

"maafkan maksu..."pinta maksu siti lagi

" saya dah maafkan, lagipun kalau tak jadi semua tu takde lah saya kahwin dengan anak sedar maksu ni, ni semua takdir yang Allah tentukan" Tengku Ayaaz mencuit hidung mancung isterinya.

Maksu siti tersenyum nipis manakala Naura menjeling suaminya tajam.

"Suraya....maafkan aku.Aku adik yang kejam,adik yang jahat,tapi aku bersyukur kau tinggalkan Naura untuk sedarkan aku dari kesilapan aku.Kau beruntung ada anak sebaik dan sesuci Naura Aqila.
Kakak...semoga kau tenang di sana" ujar maksu siti didalam hati sambil berdoa mengenang kakaknya yang sudah berada di alam kubur.

_________________

3 bulan berlalu....

Kini sepenuhnya tanggungjawab menguruskan maksu siti jatuh kepada Naura.Setiap hari dia akan menguruskan maksu siti sekadar yang dia mampu.
Bukan hanya Naura yang menjaga maksunya.Malah ada juga dua orang maid yang ditugaskan oleh Tengku Ayaaz untuk membantu isterinya menguruskan maksu siti.Naura tidak pernah mengabaikan maksu siti yang sudah dia anggap seperti ibunya sendiri.
Panggilan maksu juga sudah dia tukarkan kepada ibu.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora