𝔾𝔹 𝕝 𝟜𝟚

1.1K 36 1
                                    

Seminggu berlalu...

Hujan renyai membasahi tanah perkuburan di hadapannya ini.Hanya dia yang masih setia datang di tanah perkuburan ini tanpa mengira hujan panas.Buku surah Yasin ditutup.Tanah perkuburan dihadapannya itu di tenung dengan tatapan sayu.Air matanya berjurai-jurai turun ke pipi.

"Naura rindu...Naura rindu sangat-
sangat, Naura reda dengan dugaan ini semua" ucap Naura dengan tangisnya.

Naura masih setia di situ tanpa menghiraukan jubha hitamnya yang mula membasah disebabkan air hujan itu.

Dan tiba-tiba ada satu tangan yang sedang memayungkan nya sekarang ini.
Sepasang tangan yang sedang baju melayu hitam.Naura mengharapkan orang itu adalah suaminya.Tapi dia tahu itu sangat mustahil untuk berlaku.

"Abang...." seru Naura dengan suara yang makin sebak.Bibirnya makin bergetar.Naura kuatkan diri untuk mendongak.

"Naura" panggil satu suara.

"A..Abah.."Naura memandang semula kubur itu.

" Sudahlah Naura sayang,balik jom?kesian anak-anak kamu, mereka perlukan kamu sayang..."ujar Encik Naufal kepada anak perempuannya yang masih setia diatas tukar mengkuang.

" Balik lah...sekarnag hujan ni, nanti kamu sakit macam mana?"pujuk Encik Naufal lembut.

" Mak mesti bahagiakan dekat sana? "
soal Naura sambil memegang tanah kubur dihadapannya.Taburan bunga di pusara itu dihiasi indah.

Encik Naufal mengangguk lantas tersenyum nipis.

" Insha Allah, Naura kena selalu doakan mak tiap kali solat ya" balas Mecik Naufal menyenangkan hati anaknya.
Walaupun dia juga berasa sebak dan rindu akan arwah isterinya itu.

Naura tersenyum nipis.

"Mak mesti bangga ada anak yang kuat menghadapi dugaan macam Naura ni" ujar Encik Naufal lalu memeluk tubuh anaknya dari sisi lalu dicium dahi anaknya sekali.

Mereka meleraikan pelukan lalu perlahan-lahan Naura dan Encik Naufal bangun dari situ sambil mengemas barang yang patut sebelum pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.

"Terima kasih mak sebab lahirkan Naura di dunia ni" ujar Naura dalam hati sambil melangkah pergi.

______________________

Setia Naura menunggu jasad dihadapan
nya ini sedarkan diri.Buku Yasin berwarna hijau itu seharian dipegang
nya.Tanpa henti ayat-ayat suci itu dibaca.Tubuh yang tersirat dengan wayar itu dipandang sayu.Air matanya ingin gugur namun cuba ditahan.
Perlahan-lahan Naura meletakkan tangannya diatas katil lalu dia labuhkan kepalanya pula.Dia termenung seketika memandang kearah jendela.

"Abang, bila nak bangun?Naura rindu abang" bisik Naura seorang diri mengharapkan Tengku Ayaaz di sebelahnya ini sedarkan diri.

Mujur tidak lama selepas kejadian itu datangnya pihak medik menyelamatkan nyawa suaminya dan maksu siti.Maksu siti masih berada di ruangan ICU kerana kesan tembakan itu nyawa maksu siti hampir terkorban.

"Abang...bangunlah.Naura rindu sangat dekat abang" ujar Naura seorang diri.
Tangannya diletakkan pada paha Tengku Ayaaz.Dia pegang rambut lelaki itu terasa dingin.

Hatinya penuh harapan dan doa agar agar Tengku Ayaaz segera bangun dari lena panjang.

"Abang...I love you...." ujar Naura dengan nada sebak.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now