𝔾𝔹 𝕝 𝟚𝟜

1.5K 48 0
                                    

Tengku Ayaaz mengambil beg yang berada didalam almari dengan pantas.
Beg yang digunakan untuk meletakkan ubat-ubatan.Mujurlah dia ada ubat alergi dan minyak angin.Tengku Ayaaz berlari menuju kearah Naura yang berada di atas katil.Dia meletakkan sikit minta angin dijarinya dan mencuit dihidung mancung Naura.Naura hanya membiarkan sahaja kerana tuhuhnya benar benar tidak bertenaga.

"makan ni"

Naura menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu.Dia memang jenis susah untuk makan ubat.Selalunya Encik Naufal memaksa dan bertegas baru dia makan.

"makan flower...."arah Tengku Ayaaz apabila gadis itu enggan memakan ubat alergi itu.

" tak sedap"

Naura menutup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tangannya supaya Tengku Ayaaz tidak dapat memasukkan ubat itu ke dalam mulutnya.

"Kau dah besar flower,makan cepat"

"Jangan berdegil boleh?"

Mata Naura sudah mula berkaca semula apabila mendengar suara Tengku Ayaaz seperti sedang marah.Dia tetap menggelengkan kepalanya.

Degil betul budak Naura ni haishhh.

"cepat makan ubat ni, Naura Aqila"

Apabila nama penuhnya disebut terus air matanya turun membasahi pipinya.Fia tahu pasti lelaki itu marah dengan sikap degilnya itu.

"sa....sa..ya t...tak na...nak"

Dadanya mula terasa sesak kembali akibat menangis.Semakin cemas Tengku Ayaaz dibuatnya.Tanpa menunggu lama dia terus mencapai air dan menuangkan air itu ke dalam gelas yang berada di tepi katil.Dia harus memaksa gadis itu supaya makan ubat itu dengan kadar segera.Dia menarik tangan Naura yang menutup mulut gadis itu dan ubat dimasukkan ke dalam mulut Naura dengan pantas,sdkarang giliran air itu pula di hulurkan kepada gadis itu.Naura menangis tidak mahu menelan ubat itu namun Tengku Ayaaz merenungnya tajam membuatkan dia takut, terus dia menelan ubat itu dengan laju.

"aku minta maaf flower...,aku tak tahu kau ada alergi" dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya.Dia menggosok lembut belakang tubuh kecil isterinya itu.Jika dia tahu,dia tidak akan memberikan kepada Naura tadi.

"lepasni aku larang kau makan seafood"
pipi isterinya diusap lembut.

"saya tak boleh makan udang je..."Naura memandang wajah Tengku Ayaaz dan menunduk semula kerana takut melihat renungan tajam lelaki itu.

" still no,Aqila.Semua makanan berkaitan seafood aku larang kau makan"

Terus diam Naura Aqila apabila suaminya menyebut nama belakangnya.
Tidak pernah ada sesiapa pun memanggilnya dengan nama itu.Dia dapat rasakan suaminya sedang marah kepadanya sekarang ini.

"t...tapi..."

Tergantung percakapan Naura akibat Tengku Ayaaz melabuhkan bibirnya pada bibir milik Naura.

"nak lagi ke,Aqila?" suaranya di tegaskan
supaya gadis itu tidak berdegil.

Haishhh dah macam marah anak pun ada.Walaupun jarak usia mereka 9 tahun,Tengku Ayaaz mula berasa yang dirinya sudah tua kerana umurnya sudah hampir mencecah 30-an manakala Naura baru 20-an.

Naura hanya diam membisu tanpa mengeluarkan sebarang kata.

"nak makan lagi tak,flower?"

Wajah Naura yang menunduk diangkat menggunakan jari.

"sa..saya tak ja...janji"

Tubuhnya dipeluk lebih erat oleh Tengku Ayaaz, wajah disembamkan pada leher Tengku Ayaaz.Esakan dikeluarkan semula.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now