𝔾𝔹 𝕝 𝟚𝟠

1.2K 30 0
                                    

Naura berlari kearah Encik Naufal yang berdiri di hadapan pintu ICU.Encik Naufal
memeluk tubuh anak perempuannya erat.Entah berapa kali Naura menelan liur.Dia masih cuba menghadamkan apa yang telah terjadi.Tengku Ayaaz hanya beriak kosong walaupun didalam hatinya berasa cemburu apabila isterinya dipeluk,padahal bapa mertua sendiri.Pada awalnya dia melarang Naura datang bertemu maksunya namun gadis itu memaksa,nak tak nak terpaksalah dia akur,kalau tidak tidur diluarlah dia nanti.Tengku Ayaaz masih tidak boleh lupakan apa yang maksu siti lakukan pada isterinya sebelum ini..

"ma...macam mana de....dengan ma..maksu?" tanya Naura dengan suara yang tersekat-sekat akibat menangis.

"maksu masih didalam,abah belum dapat apa-apa perkembangan dari doktor lagi" kata Encik Naufal

Tiba-tiba pintu ICU itu terbuka dan ada seorang doktor wanita yang melangkah keluar dari sebalik pintu itu.Dontor wanita itu berjalan mendekati mereka.

"macam mana dengan maksu saya,
doktor?" tanya Naura

Tangannya digenggam erat oleh Tengku Ayaaz.Seolah-olah Tengku Ayaaz dapat rasakan kenyataan yang berat akan disampaikan oleh doktor wanita itu.Naura merenung wajah doktor itu dengan mata berkaca Jantungnya berdebar-debar,menantikan jawapan dari doktor itu.

"disebabkan kebakaran itu,50% badan cik siti suziana terbakar rentung" ujar doktor itu dengan nada sayu.

Dia turut bersimpati akan nasib maksu siti.

Semakin kuat tangisan Naura apabila mendengar kenyataan yang disampaikan doktor wanita itu.Tengku Ayaaz menarik Naura ke dalam pelukannya.Dia mengusap lembut belakang isterinya untuk meredakan tangisan gadis itu.Habis basah baju kemeja yang dipakai Tengku Ayaaz akibat air mata Naura.Naura masih cuba untuk mencerna apa yang terjadi walaupun terasa kelat.

"Bo...boleh saya jenguk maksu saya?" tanya Naura kepada doktor itu.

"boleh,silakan puan...kalau dah tak ade apa-apa saya minta diri dulu" kata doktor wanita itu dnegna senyuman kecil.

"terima kasih doktor"

Doktor wanita itu menangguk dan melangkah meninggalkan keluarga itu di situ.

"abah balik dulu,biar Naura yang tunggu" ujar Naura menyuruh Encik Naufal pulang dahulu.

"baiklah, kalau ada apa-apa beritahu abah ye" kata Encik Naufal sebelum Naura menyalam dan mencium tangan bapanya itu.

Encik Naufal tersenyum nipis lalu mencium dahi licin anak perempuannya itu.

Naura berjalan berpegangan tangan dengan Tengku Ayaaz masuk ke dalam ruangan ICU itu.Mata hitam Naura tertumpu pada seseorang yang terbaring lemah diatas katil,tidak sedarkan diri.

Naura tergamam melihat badan maksu siti yang sudah separuh badannya melepuh keluar isi-isi merah seperti daging dibakar.Hampir saja Naura jatuh tersungkur diatas lantai kerana lututnya terlalu lemah untuk berdiri namun segera Tengku Ayaaz memegang isterinya itu supaya tidak terjatuh.

"abang..."panggil Naura dengan suara serak.

Naura memeluk tubuh suaminya dan menangis teresak-esak.Terlalu pahit baginya.

" sabar flower,sabar" pujuk Tengku Ayaaz

Naura merenung tubuh maksu siti yang terbakar itu dengan pandangan sayu.
Entah kenapa dia tidak mampu membenci maksunya itu walau apa yang sudah dilakukan.Mungkin sebab dia harus menanggung kesilapan lama ornag tuanya atas apa yang berlaku.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now