𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟛

1.3K 41 0
                                    

Hari berganti hari sekejap saja kandungan Naura sudah masuk tiga bulan.Namun perutnya masih tidak berapa kelihatan lagi dan perubahan tubuh badannya juga tidak lah begitu drastik.Boleh dikatakan walaupun dia sedang mengandung tiga bulan namun fizikalnya tetap sama kerana tubuhnya yang kecil itu.

Naura menuruni anak tangga dan dia lihat Tengku Ayaaz sedang baring di atas sofa dengan mata yang terpejam dan muka berkerut.Dia tersenyum melihat wajah suaminya itu.

"Kesiannya papa awak..."gumamnya perlahan dengan tangan yang mengusap lembut perutnya yang belum kelihatan itu.

" Abang....okay tak ni?"soal Naura

Dia melabuhkan dirinya diatas sofa yang di duduk suaminya lalu dia mengangkat kepala lelaki itu dan meletakkan kepala suaminya diatas riba.Tengku Ayaaz membuka sebelah mata kemudian dia memejamkan kembali matanya.

" flower rasa abang okay?"Tengku Ayaaz bersuara perlahan.

Naura ketawa kecil dan membuatkan Tengku Ayaaz terus membuka mata dan memandang isterinya dengan mata mengecil.

" flower gelak kan abang?"

" Eh mana ada...Naura tak gelak pun..."

Tengku Ayaaz bangun dari pembaringan
nya dan duduk bersandar pada sofa.
Sebelah tangannya memicit dahi.

Alamak...pening betul kepala sekarang ini.Berdenyut-denyut, rasa macam nak cabut saja kepala ni dan campak dalam laut.Memang orang perempuan akan rasa macam ni ke setiap kali awal kehamilan.

"Aduii...bila nak habis alahan ni?" soal Tengku Ayaaz pada Naura yang duduk di sebelahnya.

"biasanya bila kandungan dah masuk empat bulan atau lima bulan, tapi tak tentu juga" sampuk maksu siti yang sedang meletakkan dulang berisi minuman diatas meja kecil itu.

Mata Tengku Ayaaz terus tercelik.Dia kini duduk tegak menghadap maksu siti.
Maksu siti baru saja ingin melabuhkan dirinya berhadapan pasangan suami isteri itu.

"Tak tentu juga?Ibu jangan main-main.
Takkan lah setiap pagi Ayaaz kena muntah dulu dalam bilik air sampai Naura bersalin?"

"Matilah Ayaaz macam ni" luah Tengku Ayaaz sengaja.

Padahal dia tidak kisah pun dengan alahan ini.Sekurang-kurangnya dia dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh isterinya.Bukan dia tidak tahu yang enam bulan akan datang
isterinya itu akan menanggung kesakitan yang lebih teruk dari ini.Jadi
apalah sangat alahan-alahan biasa macam ni.

Dia juga dapat bermanja dengan isterinya,Naura pula memang menumpukan sepenuh tumpuannya kepada Tengku Ayaaz.Walaupun begitu,
dia tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya untuk menjaga maksu siti.Kini maksu siti sudah pulih sepenuhnya dengan bantuan Naura dan juga keluarga Tengku Ayaaz.Wajah maksu siti kelihatan seperti dulu bahkan lebih cantik dari dulu.

Naura tersengih senget.

"Maaflah...sebab Nuara abang yang kena alahan ni" ucap Naura dengan wajah yang dibuat-buat sayu.

Tengku Ayaaz yang sedar perubahan pada wajah jelita isterinya, segera mendekati Naura.

"Isy...flower ni, kenapa cakap macam tu hm?Abang tak cakap apa-apa pun tadi.
Ada ke abang cakap alahan ni semua menyusahkan?tak ada kan?Jadi jangan fikir sampai ke situ.Abang okay je, abang bersyukur sebab abang dapat mengurangkan sikit rasa sakit bunga kesayangan abang ni."

Naura tersenyum lebar.Dia terharu dengan kata-kata suaminya.

" Abang pening kepala lah.Boleh Flower tolong picitkan?"Tengku Ayaaz tersengih mengada.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now