𝔾𝔹 𝕝 𝟘𝟟

1.5K 54 1
                                    

Bugatti Chiron milik pemilik syarikat besar The Legacy World yang baru ditubuhkan itu bergerak laju Membelah jalan pagi yang masih sunyi.Harislah sunyi jam baru menunjukkan angka 6:00 am dan Tengku Ayaaz sudah dalam perjalanan ke syarikat barunya akibat daddynya menyuruhnya berada di sana tepat jam 7:00am.Niat Tengku Aydin hanya ingin menyakat anak sulungnya itu tapi Ayaaz terus bertolak ke syarikat itu awal pagi. Padahal bos boleh datang bila-bila masa aje.

Mata coklat itu tajam memerhati jalan raya di hadapannya sesekali dia melihat ke arah cermin sisi memastikan tiada musuh yang mengekorinya dari belakang.Ini adalah salah satu sebab dia tidak mahu pulang ke Malaysia akibat dia takut musuhnya melakukan perkara jahat kepada anaknya.Tiada siapa yang tahu kerja kedua seorang Tengku Ayaaz kecuali sepupunya Tengku Zakuan Haider. Semua orang hanya mengetahui Tengku Ayaaz sebagai bos besar di sebuah syarikat.Disebabkan sifat dinginnya ramai orang takut untuk bersua muka atau mendekati Tengku Ayaaz sesekali dia bersuara boleh membuatkan orang ramai takut apatah lagi bila dia sedang marah, tiada siapa yang berani bersuara atau bertentang mata dengannya.

Manakala di sudut yang lain seorang gadis meraung kesakitan dn merayu minta dilepaskan.Gadis itu dipukul lagi dan lagi oleh maksunya angkara tidak mencari kerja lagi.

"sakit maksu" tangan Naura naik memegang tangan maksu siti yang mencengkam kuat rambutnya.

Tanpa belas kasihan,rambut Naura di cengkam lebih kuat sebelum dia ditampar sekali lagi oleh maksunya.Maksu siti tersenyum sinis apabila mendengar raungan Naura.

"s...sa..sakit maksu" Naura merayu lemah dengan air mata yang mengalir lesu di pipinya.

"DASAR ANAK H*R*M! TAK GUNA! AKU SURUH KAU CARI KERJA BUKAN TIDUR!" bergema suara maksu siti di dalam banglo miliknya.

"ma...maafkan Naura ma..maksu Na...Naura t...tertidur tadi" rambutnya terasa bagaikan hendak tercabut akibat cengkaman maksu siti.

Maksu siti yang mendengarkan alasan Naura itu menjadi semakin berang, dia mengheret anak saudaranya itu dengar kasar sehingga ke muka pintu sebelum gadis itu di lempar keluar.

"Kau pergi cari kerja sekarang!selagi kau tak dapat kerja jangan kau berani balik sini!"kata maksu siti dengan penuh amarah

BANG!

Pintu utama rumah itu di hempas kuat meninggalkan Naura sendirian di luar. Naura hanya memandang satu ke arah pintu rumah yang tertutup rapat itu.Setiap hari hidupnya bagaikan berada di neraka, dia didera, disepak dan ditampar sesuka hati.Bilakah dia dapat merasakan kebahagiaan?Dengan langkah yang longlai, Naura berjalan keluar dri kawasan rumah itu. Setelah hampir sejam berjalan tanpa hala tuju, dia berhenti di sebuah tempat perhentian bas sebelum dia melanjutkan semula perjalanan nya untuk mencari pekerjaan.

Setelah tiga puluh minit Naura menlanjutkan semua perjalanannya.Dia melamar kerja disebuah kafe namun ditolak mentah-mentah kerana penampilan Naura yang agak selekeh.Seterusnya, Naura melawat kerja di beberapa lagi buah kedai namun masih tidak diterima.

"ya Allah, kenapa takde yang terima kau kerja" gumam Naura dalam hatinya.

"hina sangat ke aku ni?" soalnya pula dalam hati.

Tiba-tiba ada seorang wanita yang berpakaian kemas dan bertudung labuhparas dada menghampiri dan menyapa Naura.

"Assalamualaikum dik" tegur wanita itu

"waalaikumsalam" jawab Naura

"puan ni siapa ye?" soal naura

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα