BAB 4

10.2K 312 22
                                    

"Bukan mak cik. Saya mintak maaf.. Kawan saya ni nak jumpa dengan ayu. Katanya ada hal. Boleh panggil ayu sekejap?" Ucap aku berterus terang dengan mak mah.    

"Tak boleh! Kamu pergi balik sekarang!" Halau mak mah.     

"Mak cik boleh lah. Saya nak jumpa dengan ayu sekejap saja" rayu sham sambil merapatkan kedua tangannya.

 "Aku cakap tak boleh.. Pergi!!" Halau mak mah.

Sebelum jadi lagi teruk lebih baik aku tarik sham.
  
"Maaf mak cik. Kitaorang balik dulu.."ucap aku dan berlalu pergi.

"Aku dah cakap.. Kau degil lah sham. Kan dah kena marah. Kalau malam tak payah lah jumpa. Jumpa siang sudah lah.. Kau ni macam tak ada hari esok nak jumpa ke?" Bebel aku. Marah dengan sikap sham sebentar tadi.

"Haah lah sham. Kau ni tak patut betul lah.." Marah maria.
    
"Kau apa tahu maria. Ini semua melibatkan hati maria. Hati." Ucap sham sambil menunjuk dada dia dengan jari telunjuk..       

"Kang aku humban kau dalam parit ni kang sham.." Ucap izuwann. 

Selepas izuwann berkata bergitu, kitaorang berenam berdekah-dekah ketawa tanpa memikirkan yang kiri dan kanan kitaorg ni hutan. Tak lama selepas itu. Dari gelak-gelak tadi terus terdiam. Suasana sunyi dan sepi.. Hanya bunyi cengkerik dan unggas yang kedengaran. Seketika kemudian, aku terdengar bunyi tapak selipar beriyot-iyot membuatkan aku pusing belakang. Saja nak tengok ada apa dekat belakang. Ye lah waktu itu aku dengan maria dan Sue. Sham izuwann dan anuar jalan didepan. Oleh kerana banyak kali aku pandang belakang tiba-tiba maria tegur.

"Kau kenapa mei? Kau nampak apa-apa ke?" Tanya maria setelah aku pandang ke depan semula.

"Tak ada apa." Jawab aku pendek.

Aku tak tahu kenapa aku rasa nak pandang belakang, belakang dan belakang.. Seperti ada sesuatu di belakang aku. Aku ni jenis seorang yang agak geram bila ada sesuatu yang tak kena dibelakang aku. Aku pegang bahu maria dan maria terus berhenti jalan. Aku pandang belakang dan melilau mencari benda apakah yang membuatkan aku rasa tak selesa sangat ni.

"Weh! Sini." Panggil maria. Tak lama kemudian yang lain datang ke arah aku.

Aku berdiri diantara tengah-tengah kumpulan. Tengah aku dengan yang lain memerhati kawasan tersebut, tiba-tiba dari sebelah kiri muncul satu bebola api.. Jaraknya jauh. Biasalah malam kan. Mesti akan nampak punya walaupun jauh.

"YA ALLAH!!" Ucap aku sepatah.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now