BAB 37

5.4K 238 4
                                    

Sampai saja kitaorang dekat belakang rumah mak mah, kitaorang terus masuk ke bawah rumah mak mah. Tiba-tiba tu tak lama tu tingkap terbuka. Bukan sebab apa, sebab kitaorang betul-betul kat bawah tingkap tu. Agak mengejutkan dan kitaorang tak tahu langsung itu tingkap. Aku dengan yang lain masuk ke dalam sedikit. kitaorang terpaksa menyorok kat bawah rumah tu mengelak dari mak mah atau ayu nampak. Sesekali aku dengan yang lain jenguk sedikit. Tengah dalam keadaan macam itu, sham hampir-hampir nak menjerit. Dada dia berombak kencang.. nafas turun naik. Aku pulak terkaku. Macam tak percaya apa yang aku lihat. Tak lama tu izuwann mencuit bahu aku dan cepat-cepat aku menutup mulut sham dari menjerit. Aku dengan izuwann menarik sham masuk ke dalam sedikit supaya tak kantoi. Aku duduk disebelah sham. Berpeluh satu badan.

"Mei kau nampak tak apa yang aku nampak?" Bisik izuwann tiba-tiba

Aku mengangguk walaupun aku tahu yang izuwann tak akan nampak anggukan aku. Apa yang aku nampak ialah kepala terapung-apung.! Shit.

Ngee! Ngee! Ngee!.

"Ssshhhhh"  Ucap iman.

Iman dan anuar melangkah kedepan. Aku segera bangun dan mengikut mereka berdua.

"Pergilah anakku.. pulihkan mukamu." Ucap satu suara.

Tak lama selepas itu keluarlah satu cahaya terang. Aku, anuar dan iman masuk kedalam sedikit. Tak lama selepas itu jugak kepala terapung-apung diawangan itu bergerak menuju ke arah hutan. Makin laju laju dan laju dan hilang dari pandangan aku. Aku menutup mulut. Sukar untuk dipercayai.
   
Kitaorang tak berhenti disitu. selepas kepala itu hilang, aku berjalan sikit ke tepi sebelah kiri. Tiba-tiba aku terdengar suara mak mah tengah baca apa aku tak tahu lah. Macam mantera pun iye. masa dia baca tu, bulu roma aku naik terus. Gila laa. kitaorang masih lagi duduk dibawah rumah mak mah. Jam ditangan menunjukkan pukul 3 pagi. Dengan bertepuk tampar disebab Kan nyamuk. Dengan bunyi cengkerik bersahut-sahut dan yang menambahkan keseraman lagi masa itu aku terdengar bunyi "sttttt.. stttttt" kat semak. Kuat bunyinya. aku tahu, ada gangguan yang lain. Aku mintak membaca surah ruqyah dalam bersuara perlahan. Tak lama selepas itu, benda tu hilang.
   
Tengah duduk menahan kegatalan akibat nyamuk, dari jauh aku nampak cahaya bebola api menuju ke rumah mak mah. kitaorang bangun dan mengintai,

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now