BAB 15

6.7K 240 6
                                    

Terus cerah biji mata aku. Dari sayup-sayup bunyi itu, tiba-tiba makin kuat sangat. Aku memandang tingkap. "Zassss"  bayang dekat luar tingkap rumah. Aku capai daun mengkuang diatas meja lantas aku mengetuk pintu toilet dan memanggil nama sue, tetapi tiada sahutan dari dalam. Aku tengok jam kat pengelangan tangan. Sudah pukul 2.30 pagi. Aku ketuk lagi pintu toilet kuat. Masih tak ada sahutan. Aku dah mundar mandir dah. 'Apahal lama ni'. Ucap aku perlahan sambil mengaru-garukan kepala. Tak lama kemudian.

"Ngeee! Ngeee! Ngee!.

Bunyi itu betul-betul dibelakang bilik air. Aku dah tak boleh nak berdiam dah. Aku buat bilangan 1 2 3. elum sempat aku nak tendang pintu, tiba2 pintu berkuak dari dalam.

"Mei." Panggil sue lemah.

Mata aku terus menangkap darah yamg mengalir dekat paha sue. Keadaan sue lemah sangat. Dia dalam keadaan separuh bogel.. aku terus masuk ke dalam bilik air. Di sebalik dinding, aku ternampak asap hitam berkepul-kepul keluar dari celah atap tersebut. Belum sempat aku nak tanya apa-apa, sue terus tumbang. Nasib baik aku sempat tangkap sue. Nyaris-nyaris kepalanya nak terhantuk dekat batu simen.

"Sue! Sue!" Panggil aku. Tetapi tak ada sahutan.

Sue diam tak berkutik.

"Sue! Bangun sue!" Panggil aku lagi.. Keadaannya tetap sama.. 

Tanpa membuang masa, aku segera memanggil diaorang.

"Izuwann!!!!!!!!!! Sham!!!!!!!!! Anuar!!!!!!!!!" Jerit aku dari dapur.

"Allahuakbar sue bangun." Ucap aku.
Aku dah panik habis gile dah.

"Maria!!!!!!! Izuwann!!!!!! Sham!!!! Anuar!!!!!" Jerit aku sekuat hati.

Tidak lama selepas itu, aku dengar bunyi lantai papan berkeriuk.. Aku dah tak boleh nak tahan. Aku cuba nak angkat sue tetapi x boleh sebab sue badan dia agak gempal sedikit. Kalau aku tinggal lagi bahaya!. Darah dipaha sue makin banyak mengalir dan hanyir.

"Sham!!!!! Izuwann!!" Jerit aku lagi.

"Eh kau ke mei?" Tanya seseorang.

Aku berpaling. Oleh kerana gelap, aku tak perasan siapa.

"Eh kenapa ni mei"

Aku berpaling. Derapan kaki kuat berbunyi. Sham!

"Stop!" Larang aku.

"Kenapa?" Tanya sham.

Aku cuba tutup bahagian yang terdedah dari dilihat oleh sham..

"Kau pergi ambil kain apa-apa dalam bilik. Cepat sikit." Arah aku.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now