BAB 24

6K 231 17
                                    

Malam itu aku dengan maria tidur dengan kak lela dalam bilik. Yang lelaki tidur diruang tamu. Aku macam biasa. Memang tak boleh nak tidur setelah apa yang aku lihat sebentar tadi membuatkan aku HARUS berjaga-jaga. Aku mengereng mengadap kak lela. Aku memandang kak lela dalam suasana yang gelap. Lepas itu aku terlentang mengadap siling.

Oleh kerana aku susah nak tidur, aku bangun duduk. duduk termenung kat atas katil. tak lama tu aku terasa nak minum air. Belum aku nak bangun, kak lela terus tangkap tangan aku supaya aku tak bangun. aku pusing kepala menghadap kak lela.

"Kenapa?" Tanya aku dalam keadaan berbisik.

Tiba-tiba bunyi ketukan diluar sebanyak dua kali.

Tok! Tok!

Aku beralih pandang.

"Kejap" ucap aku lantas pergi mengintai disebalik pintu bilik kak lela. Bilik kak lela ni betul-betul mengadap ruang tamu dan pintu utama.

Lepas tak ada apa-apa yang mencurigakan aku bergerak menuju ke katil. Belum sempat bontot aku ni nak duduk kat atas katil sekali telinga aku menangkap bunyi
ngee.. ngee.. ngee.. tak lama selepas itu, nampak satu cahaya yang terang lalu kat tingkap bilik kak lela dan berhenti. Tak lama selepas itu cahaya tu tiba-tiba hilang. Tapi penanggal tu still terhoyong hayang kat tingkap bilik kak lela. Kak lela terus bangun duduk dan mengesot duduk kat sebelah aku bersama maria.

"Dah pergi tidur. Kak lela tengah. Maria ko hujung sana. Takpe aku jaga korang tidur" ucap aku perlahan. Penanggal masih ada kat luar ni. Setan btl.

Kak lela dengan maria menurut kata. Diaorang lantas baring. Aku masih lagi duduk di tepi katil sambil mengadap ke tingkap bilik. Penanggal tu masih lagi dekat tingkap. Mungkin dia tengah mengintai kot dari luar. Aku memadang sekeliling bilik. Dalam hati aku ni penuh dengan kerisauan yang teramat besar. Mana tidaknya, aku kena menjaga orang mengandung didalam keadaan kes masih lagi panas. Kes penanggal.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now