BAB 5

9.5K 303 62
                                    

Akibat dari itu, maria dan sue menghimpit aku dekat tengah-tengah. Yang lelaki pulak dekat belakang.
 
"Korang jangan lah macam ini" Ucap aku rimas.    

"Aapa tu mei.." Tanya sue gagap.
    
"Aku rasa itu bebola api.." Ucap aku masih lagi memandang bebola api tersebut.

"Haaah?" Jerit yang lain.

Bebola api yang tadinya bergerak menuju ke arah kitaorang, tiba-tiba berhenti. Terhoyong hayang kekiri dan kenanan.

"Habis kita nak buat apa ni mei? Weh Kenapa benda tu berhenti?" Tanya maria.. 

"Jangan takut gundik-gundikku, Abang izz kan ado!" ucap izuwann tiba-tiba.

Aku memandang ke arah izuwann. Dia berjalan dan berhenti betul-betul di depan aku.

Puk!!! Aku tumbuk bahunya kuat.

"Adooi!! Sakitlah mei!" Ucap izuwann putra.

"Gundik otak hang! Kau azan sekarang!." Ucap aku.

Tengah aku membebel dekat izuwann, Bebola api tersebut bergerak menuju ke arah kitaorang. Tanpa membuang masa aku dengan yang lain berlari meninggalkan izuwann yang tengah membebel mengadap kekiri.

"Betullah aku cakap. Nak takut buat apa. Kitaorang kan lela...... Makk!!! Tolong mak!!! Jerit izuwann lantas berlari. "Jangan tinggalkan aku woii!!" Jerit izuwann lagi.

Aku dengan yang lain berhenti disuatu tempat. Penat sangat berlari. Kaki aku mula menunjukkan tanda-tanda nak sakit.

"Weh! Suara siapa tu?" Tanya anuar.
"Suara kawan kau lah setan! Pergi tahan dia." Arah aku dekat anuar.

Anuar terus meninggalkan kitaorang dan menahan izuwann yang tengah berlari.

"Apalah! Berlari pun bising." Bebel maria.

Aku dengan yang lain terus tergelak. Kelakar dengan sikap izuwann. Aku geram betul dengan mamat seorang tu. Cakap berani, hujung-hujung lari jugak. Selepas anuar mendapatkan izuwann, kitaorang lantas memikirkan sesuatu. Risau pulak nak balik. Jauh lagi perjalanan. Tengah berbincang-berbincang tu tiba-tiba sham bersuara.

"Kita kena gerak jugak weh. Tak kan nak duduk dekat sini sampai siang!" Ucap sham.

"Tapi aku takut lah syam." Ucap sue.

"Tak apa. Macam ni weh. Kita jalan je macam biasa." Ucap anuar.

Kitaorang membuat kata sepakat untuk balik jugak ke rumah tumpangan. Tak mungkin nak menunggu disini sampai pagi.

"Izz kau okay tak?" Tanya maria.

"Aku okay. Cuma semput kau" ucap izuwann.

Kitaorang hanya ketawa. Dalam ketawa-ketawa tu tiba-tiba.

"Meii!!! Tu!" Jerit maria.

Aku dengan yang lain pusing kebelakang. Kitaorang tercegat kaku disitu.

"Dia ikut kita lah" ucap anuar.

"Haah! Tak boleh jadi ni. Sham! Azan!" Ucap aku memandang bebola api dihadapan.
 

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now