BAB 14

6.9K 257 6
                                    

Selesai semuanya, kitaorang masuk makan. Masa tengah makan, aku tanyalah dekat maria, macam mana mak embun itu boleh tahu yang kita duduk sini. Maria cakap tadi masa aku tidur, ada orang bagi salam. Lepas itu kitaorang pergilah tengok siapa. Maria tanya cari siapa apa semua then mak embun cakap.

"Nak cari perempuan yang pakai topi hitam, baju putih dan seluar jeans hitam. Rambut panjang paras pinggang. Dia ada tanya mak cik pasal penanggal. Katanya dia sewa dekat sini rasa"

Lepas dia cakap macam itu, maria baru perasan yang aku ada pakai topi masa pegi pasar tadi dan cakap pasal penanggal. So dia tak syak lagi lah siapa. Kan.

"Tak nak pegi rumah kekasih kau ke sham.." Tanya aku selepas makan malam.

"Itu lah. Aku rasa macam nak pergi rumah ayu. Tetapi bila fikir balik dah malam la. Takut yang semalam muncul balik." Ucap sham menjebek bibir.

"Hahaha! Pergi sajalah. Tak ada benda apa lah." Ucap aku.

"Ah kau!. Memang lah kau kata tak ada benda apa. Sebab kau boleh hadap. Aku ni haa. Usah kata nak hadap, nak berdepan pun belum tentu. Tahu-tahu nanti basah je seluar aku." Ucap sham. Marah sangat tu.

Aku dengan yang lain berdekah-dekah iyal! Sakit perut aku dibuatnya. Entah apa-apa si gile ni. Sempat lagi dia buat lawak.

"Beb, Agak-agak kau kan, benda itu akan datang lagi tak malam ni?" Tanya maria.

"Aku rasa dia datang lagi!" ucap aku memandang ke arah sue.

"Weh jangan lah pandang aku macam itu. Aku takut lah" ucap sue.

"Tak ada apa lah. Ni yang korang bertiga ni memang tak reti nak balik rumah sendiri ke? Takkan nak tidur sini lagi?" Tanya aku

"Hurm. Mei kitaorang dah berpakat nak tidur sini malam ni. Itu ha toto kitaorang.." Tunjuk izuwann

"Pulak?" Ucap aku.

Malam itu, tengah aku sedap-sedap tidur tiba-tiba sue kejut aku mintak teman dia pergi ke tandas. Nak atau tak nak, aku kena jugalah bangun temankan. Masa tengah mamai sambil tunggu sue dekat pintu bilik air, tiba-tiba, telinga aku tertangkap satu bunyi sayup-sayup.

Ngeee!. Ngeee!. Ngeee!.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now