BAB 38

5.4K 236 6
                                    

Tok. Tok Tok!

Tingkap diketuk dengan kepala. Aku memintak mereka masuk ke dalam sedikit sebab takut asid di usus penanggal tu menitik. Takut nanti terkena kitaorang. Naya weh kalau terkena acid dia tu. Tak lama tu, ada bunyi dekat belakang rumah.

"Ngeee.. Ngeee.."

Aku dengan yang lain berjalan menuju kebelakang. Bunyi itu didalam rumah bahagian dapur. Tak lama selepas itu 'tupp' Lampu dalam rumah ditutup. Kitaorang buat keputusan untuk balik ke rumah.

Masa nak balik tu, aku dengan yang lain berlari. Kitaorang balik guna lorong denai sebab entah lah tiba-tiba rasa seram nak balik guna laluan masa datang tadi tu. Berlari non stop kau. Haha. Sampai dekat jalan biasa, kitaorang berjalan sampai lah dekat rumah mak embun. Jauh tersangat jauh. Besi dekat kaki aku waktu tu rasa macam nak tercabut. kitaorang tak terus masuk ke rumah mak embun. kitaorang duduk dekat luar. Sambil-sambil itu, kiraorang sembang pasal ayu.

Aku tak banyak bercakap. Otak aku masih lagi tak boleh nak menerima apa yang aku nampak sebentar tadi. Bila diingat kan balik, pertama kali aku jumpa ayu, waktu itu ayu bukan penanggal sebab aku ingat lagi yang ayu tak pernah pakai apa-apa kain dikepala atau leher. Agak mengejutkan juga waktu aku dengan yang lain sampai ke kampung tersebut dengan perubahan ayu. Tetapi aku diamkan saja. Cantik dan berselendang. Kepala ditutup bukan kerana ALLAH tetapi ditutup untuk sembunyikan sesuatu. Allahurobbi!
     
"Mei.." panggil iman..
 
Aku pusing kepala tengok iman.
     
"Dah percaya sekarang?" Tanya iman.
 
Aku memandang yang lain lantas mengangguk.
   
"Sumpah weh!! Aku tak percaya apa yang aku nampak. Sampai hati ayu buat macam ni kat aku. Selama ni aku tak percaya cakap izz yang ayu tu penanggal." Ucap sham.

Aku membuang pandang ke arah sham dan aku perasan yang sham lap mata. Tetapi aku tak pasti adakah itu peluh atau airmata.
 
 Aku teringat cerita izuwann hari tu. Aku memandang sham.

"Sham takkan kau tak nampak jalur kat leher dia masa kau nak pakaikan rantai?" Tanya aku pelik.
     
"Ada, aku ada nampak sebab aku depan ayu, aku yang selak kain kat leher ayu. Aku langsung tak fikir yang ayu ni penanggal. Izuwann cakap yang ayu tu penanggal pun aku tak percaya. Aku ni mei, siap marah kan izz lagi dan aku fikir masa tu yang izz sengaja nak buruk-burukkan ayu. Entah lah. Tak sangka aku jatuh hati dekat penanggal.." ucap sham sambil menundukkan kepala.. 
   
Aku nak tergelak dengan ayat last sham tu.. 'tak sangka aku jatuh hati dengan penanggal.'
     
"Ala.. rileks lah.. tak kan tu pun nak sedih.." ucap aku.
     
"Kau apa tahu mei. kau tu dah lah kayu. pasal cinta out. ini mengenai hati mei hati.. kau apa tahu. Kau tak akan tahu dan rasa mei.." Ucap sham sambil tekap dadanya..
     
"Acik kau lah mengenai hati, hati. Dah dekat kL tu bukan kau belambak awek ke setan." ucap aku..
   
Sham pandang aku terkebil-kebil lantas tersengeh.. yang lain semua tergelak.
     
"Kau tak payahlah nak sedih-sedih sham. Ramai lagi perempuan dalam dunia ni. Tetapi kalau kau sanggup, kau pegi lah kawin dengan ayu tu. tiap-tiap malam kau boleh tengok ayu buat silap mata. Tengok dia lucutkan kepala dari badan. alang-alang tu kau boleh join dia jugak lucut kepala kau sekali" ucap iman tergelak.
   
Aku tergelak apa yang iman cakapkan tu. Tapi betul jugak cakap iman tu. Kalau sanggup pergilah kawin dengan ayu. Kalau tak sanggup lupakan.
   
"Banyak lah kau iman" ucap sham sedih.

"Dah-dah so macam mana sekarang?" Tanya aku..
   
"Tak apa! kita kasi tahu dekat mak embun dulu. Eh jom lah masuk.." ajak iman.
 
Kitaorang pun masuk lah rumah mak embun. maria dah tidur dalam bilik dah. aku pulak pergi dapur untuk basuh kaki basuh muka dan nak minum air.. dahaga ya amat. Aku pulak buat rumah mak embun macam rumah aku pulak. Haha. Masa aku tengah minum air tu tiba-tiba...

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now