BAB 11

7.3K 263 2
                                    

Selesai saja masak, badan aku terasa letih tiba-tiba. Dengan pantas aku masuk bilik dan berbaring. Akhirnya aku terlelap dengan sendirinya.

"Mei. mei. Meiiiiiiii!!" Jerit seseorang. 

Aku membuka mata untuk melihat siapa yg jerit itu. rupanya maria. Adeh! Potong lah minah ni. Aku lantas mengiring kekanan dan aku sambung tidur semula.

"Mei! Hoii bangunlah. Ada org nak jumpa kau ni" Kejut maria lagi.

"Hurm. Siapa?" Tanya aku.

"Tak tahu." Ucap maria 

'Siapa pulak. Menganggu betul lah.' Ucap aku dalam hati. Aku masih lagi memejam mata.

"Hooii!! Bangun lah" kejut maria sambil menggoncang2 badan aku. Dah macam gempa bumi rasanya.

"Ye lah! Aku bangun lah ni. Kau ni. Aku nak tidur sekejap pun susah." Bebel aku lantas bangun duduk.

"Tidur sekejap acik kau. Kau tidur sebelum zohor tadi tau. Sekarang dah nak habis asar dan." Ucap maria   

Aku memandang maria. Uish! Terbeliak biji mata aku bila maria cakap macam gitu. Aku terus bangun dari katil lantas kebilik air. Tak lama kemudian aku menuju ke ruang tamu.

"Mana?" Aku tanya pada maria.

"Tu kat bawah." Tunjuk maria.

 Aku pun pegilah dekat luar rumah. Seorang perempuan bertudung. Badan dia sedikit gempal. Dan dia membelakangkan aku.

"Ye.." Ucap aku.

Tak lama kemudian, perempuan tersebut pusing. Laa mak cik kat pasar itu rupanya. Tetapi kenapa dia datang sini? Macam mana dia tahu aku dok sini? Bermacam-macam soalan bermain dekat kepala aku.

"Kenapa mak cik?" Tanya aku.

"Tadi kamu cakap pasal penanggal?" Tanya mak cik.

"Mak cik sebelum itu naik lah dulu.. Kita sembang kat dalam lah senang." Ucap aku.

"Iye lah.." Ucap makcik itu dan melangkah masuk dalam rumah tumpangan kitaorang.

"Maaflah berselerak sikit.." Ucap aku malu

"Tak apa." Ucap mak cik.

"Maria. Buat air kopi." Suruh aku.

"Wokey." Ucap maria berlalu pergi meninggalkan aku dan sue. Sebelum mak cik tu nak buka mulut, tiba-tiba sham izuwann dan anuar sampai. Terbantut lagi.. Memang kacau betul lah.. Benda ni seolah-oleh macam sukar untuk dihuraikan.
     
"Tadi bukan mak cik tak nak cerita dekat kamu apa yang kamu tanya. Mak cik cuma terkejut. Masa kamu bayar barang dan berlalu pergi, mak cik ada panggil. Mugkin disebabkan orang ramai, mungkin panggilan mak cik itu kamu tak dengar. Dulu kampung ni, pernah tergempar dengan perempuan mati beranak. Lama jugak lah cerita itu nak hilang. Semua anak-anak dara takut nak keluar malam. Ada yang pernah jumpa dengan penanggal itu"  cerita makcik itu.

Bila mak cik itu cerita pasal perempuan mati beranak, aku macam teringat sesuatu. Adakah dalam gambar yang diambil dekat tangki air dalam hutan tu benda yang sama?? Hurmm.

"Selepas senyap cerita pasal perempuan mati beranak itu, kampung ini kembali aman. Tak lama selepas itu keluarga mak mah, rumah yang dekat lorong denai tu pindah duduk dekat situ, bermula dari situ lah kemunculan penanggal secara tiba2.." Sambung mak cik tu lagi.

"Kiranya keluarga mak mah itu baru pindah ke situ mak cik?" Tanya aku.

"Nak kata baru itu, tidaklah. Lama jugak." Jawab mak cik.

"Keluarga mak mah pindah dekat situ sebelum tapak klinik hujung itu dibangunkan ke mak cik?" Tanya aku lagi.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now