BAB 41

5.5K 235 3
                                    

"Eh mei nak kemana? Tak habis berbincang lagi ni" Tanya mak embun.
   
"Nak call kak lela kejap" ucap aku.
   
"Kenapa?" Tanya iman pulak
   
"Jangan risau, Kak lela ada call tadi. Dia suruh aku bagitahu dekat kau yang mak kiah ada dekat sini dan kak lela pun dah balik dah pun tengah hari tadi.." ucap izuwann sambil memandang aku.
   
"Dia call siapa?" Tanya aku.
   
"Dia call kaulah. Tapi kau tidur mati. Mana nak sedar telefon bunyi. Jadi aku pun angkat lah ucap izuwann.
   
"Oooo.." Jawab aku duduk balik.
 
Aku malas nak menyampuk apa yang diaorang bincangkan. Aku hanya diam sahaja. Sesekali diaorang tanya aku macam mana, aku hanya mengiakan tanpa banyak songeh. Lagi pun aku dah tak lama dekat sini. Malam seterusnya seperti yang kitaorang lakukan malam yang lepas. Iman sham anuar izuwann aku dan beberapa warga penduduk kampung itu turut serta dengan kami pada malam itu. Selepas ayu keluar dari rumah, salah seorang dari penduduk kampung memecah masuk rumah mak mah. Kitaorang semua masuk dalam rumah mak mah. Masa kitaorang masuk, kitaorang tengok makmah tengah lakukan sesuatu didalam bilik. Salah seorang penduduk kampung menendang pintu bilik bilik mak mah sekali penuh asap. Berkepul-kepul asap kemenyan dalam bilik. Aku pulak jenis tak tahan bau asap kemenyan aku lari keluar terus. Aku terus melanglah kearah dapur. Disatu sudut aku perasan ada tempayan dekat dinding dapur. Aku ingat ke aku sorang dekat dapur masa tu, rupanya sham dan izuwann ikut serta. Mugkin diaorang nak tgok jugak kot apa yang ada dekat dapur. Barang yang kitaorang bawa dari rumah seperti paku, kaca, daun mengkuang ke dalam tempayan tersebut. Aku meminta sham dan izuwann terbalikkan badan ayu ke bawah. Selesai semuanya aku, sham dengan izuwann naik kat atas. Mak mah pulak teruk kena belasah dengan penduduk kampung. Lembek tak terkata. Aku dan yang lain-lain turun ke bawah dan menyorok didalam hutan sebab nak tunggu penanggal ayu balik. Tak lama aku perasan cahaya dari jauh. Bermakna ayu balik. Tingkap yang tak tutup tu, ayu terus masuk. Tak lama tu jugak aku terdengar jeritan di dalam rumah. Ayu terapung2 didalam rumah. berpusing-pusing tak tentu hala. Mungkin terkena daun mengkuang. Tak lama selepas itu, seorang penduduk kampung tutup tingkap itu dari luar. palang terus tingkap tersebut. Pendunduk yang lain, palang pintu depan belakang tingkap semua supaya ayu dan mak mah tak terlepas keluar.. 
   
Jeritan ayu makin lama makin kuat. ketua kampung pak mahad datang bersama penduduk kampung yang lain bawa kayu api. Diaorg semua berkumpul di tengah-tengah laman rumah mak mah. Belum sempat diaorang nak bakar rumah ayu, aku pergi dekat pak mahad.
       
"Tunggu! Tunggu."ucap aku lantas mendepakan tangan.
       
"Kenapa?" Tanya pak mahad dengan suara yang garau..
           
"Tak akan kita nak bakar rumah ni.." tanya aku panik.
       
"Anak aku mati kerana penanggal ni!!!!.." marah pak mahad.

"Ye saya faham. Tapi takkam sampai nak membunuh" pujuk aku lagi

"Habis penanggal ni bunuh, boleh pulak?" Tanya salah satu penduduk yang lain.

"Sudah!! Kamu ketepi! Nanti kamu aku bakar kan!" Jerit pak mahad betul-betul depan muka aku.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now