BAB 30

5.7K 242 20
                                    

"Hello"

"Hello cik ecah ke?" Tanya aku.

"Cik ecah. Nak tanya, macam mana nak cuci uri?

"Oo okay, mula-mula cuci dengan garam. Lepas cuci dengan garam cuci dengan asam jawa. Pastikan tiada darah tau kalau ada darah sikit2 itu tidak ada masalah. Lepas tu kamu potong limau nipis. Cuci dengan limau nipis. Kasi banyak sikit limau nipis. kasi harum uri tu.  Nanti masukkan dalam bekas, supaya tidak menitik sisa-sisa darah kat lantai." Beritahu cik ecah

"Lagi." tanya aku.
     
"Itu saja. Ni cik ecah nak pesan. Tanam secepat yang mungkin dan tanam dalam sikit." Ucap cik ecah"

"Kenapa cik ecah?" Tanya aku

Belum sempat cik ecah nak menjawab soalan aku, tiba izuwann menjerit.

"Mei!!! Penanggal!!' jerit izuwann dari belakang.

Aku lantas berpaling. Panggilan telefon aku lantas tutup. Start kereta terus balik kerumah. Sampai saja dirumah, aku lantas suruh izuwann korek lubang. Tak lama selepas itu, aku memintak maria temankan aku. Aku mengikut apa yang cik ecah suruh. Baunya hanyir. Aku terpaksa tutup hidung sebab aku tak tahan dengan baunya. Selesai basuh apa semua, aku masukkan uri tadi ke dalam plastik dan letak dalam bekas. Aku terus pergi ke kereta dan ambil torchlight lantas aku pergi ke izuwann.

"Okay tak?" Tanya aku.

"Okay-okay mei" Ucap izuwann termengah-mengah. Tak lama selepas itu, sham dengan anuar muncul.

Aku masih memegang uri tersebut sambil memandang sekeliling. Maria dekat sebelah aku hanya diam tak terkata. Aku menyuluh ke arah lubang yang izuwann korekkan itu. 'macam dah okay' ucap aku dalam hati.

"Okay tak mei?" Tanya izuwann.

"Kejap izz. Meh cangkul tu" ucap aku. "Tolong pegang ni" pinta aku.

Cangkul bertukar tangan. Masa aku tengah cangkul lubang, tiba-tiba angin datang entah dari mana. Aku mendongak memandang sekeliling. Aku meneruskan bercangkul. Hati tiba-tiba rasa tak sedap. Tengah aku bercangkul tiba-tiba izuwann menjerit.

"Meii tunduk!!!!" Jerit izuwann.

Secara spontan aku menundukkan dan mendongak ke atas.

"Zassssss"

Penanggal terbang betul-betul dekat kepala aku. Aku lantas bangun dan menjerit meminta izuwann meletakkan uri ke lubang.

"Cepat izz cepat!! Letak dalam lubang uri tu." Jerit aku lantang.

Izuwann cepat-cepat meletakkan uri tersebut ke dalam lubang. Dan aku capai cangkul untuk kambus uri tersebut. Masa aku tengah nak kambus, tiba-tiba penanggal itu terbang dan menuju ke arah aku dan izuwann.. sham anuar dan maria berdiri ke arah tepi rumah. Oleh kerana aku terlampau sakit hati, aku mengenggam batang cangkul seperti aku mengenggam kayu baseball lalu mengangkat cangkul tersebut dengan laungan ALLAHUAKBAR lantas aku menghayun cangkul ke arah penanggal tersebut. Akibat dengan itu, penanggal tersebut terhuyun hayang kekiri dan kekanan. Tak lama selepas itu, penanggal itu terbang laju. Aku mengikut arah penanggal itu terbang. Oleh kerana dia terbang dekat kawasan rumah orangg dan hutan, jadi sukar sikit untuk aku kejar. Agak jauh sedikitlah aku kejar waktu tu..

Aku berpatah balik dan pergi kat tempat uri yang ditanam. Sampai saja, aku perasan mak embun dan seorang lelaki.

"Eh mak embun, bukan balik nanti ke?" Tanya aku.

"Iman ada telefon dan bagitahu yang kamu ada cari mak embun. Untuk tanam uri. Mak embun tak sedap hati sebab itu mak embun balik jugak hari ni." Jawab mak embun

Aku hanya menganggukkan kepala dan mengelap peluh dekat dahi.

"Kamu kenapa?" Tanya mak embun..

"Kejar penanggal. Tapi tak dapat." Ucap aku
   
"Penanggal?" Tanya mak embun..
 
Aku hanya mengangguk je.

"Tak boleh jadi ni.." ucap mak embun..
   
"Kenapa mak embun?" Tanya aku pelik

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now